Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Pakej Berpantang Yang Boleh Didapati Di Kota Kinabalu, Sabah

Sumber: Adobe Stock

Tradisi dan juga tempoh berpantang sering bergantung kepada amalan dan budaya kaum tertentu. Yang penting, penjagaan bayi dan ibu sering diutamakan dalam kebanyakan proses berpantang.

Jika Ibu sedang mencari-cari perkhidmatan berpantang yang boleh didapati di Kota Kinabalu, kali ini Motherhood berkongsi pakej berpantang Kota Kinabalu berserta informasi asas yang perlu diketahui.

Perkhidmatan yang sering disediakan dalam pakej-pakej berpantang untuk ibu yang baru melahirkan anak adalah seperti menyediakan makanan pantang, mengurut badan dan bengkak susu, bengkung, dan macam-macam lagi.

Manakala untuk bayi pula, perkhidmatannya kerap merangkumi urutan bayi, tuam untuk mengelakkan kembung perut, dan memandikan bayi. Kalau Ibu sudah bersedia untuk membuat tempahan pakej berpantang, mari tengok beberapa pakej yang boleh didapati di Kota Kinabalu.

3 Pakej Berpantang Kota Kinabalu

1. PantangPlus

Highlighted

Sumber: Facebook Pantang Plus

Lawatan Harian (9 pagi – 5 petang)

TEMPOH HARGA (RM)
7 Hari RM2,160
10 Hari RM3,440
14 Hari RM3,880
21 Hari RM5,482
28 Hari RM7,650
40 Hari RM11,410

Perkhidmatan

PENJAGAAN IBU PENJAGAAN BAYI PEMAKANAN
Urut (1x sehari) Mandi (2x sehari) Makanan pantang
Tungku (2x sehari) Urut (2x sehari) Minuman pantang
Bengkung (2x sehari) Tuam (2x sehari) Teh herbal
Param, pilis, tapel (2x sehari)    
Mandi herba (2x sehari)    
Lulur (1x seminggu)    
Urut bengkak susu (3x seminggu)    
Urut kepala buang angin (3x seminggu)    

Tinggal Bersama / Stay-In (8 pagi – 8 malam)

TEMPOH HARGA (RM)
14 Hari RM4,468
21 Hari RM6,311
28 Hari RM8,850
40 Hari RM13,250
44 Hari RM14,489

Perkhidmatan

PENJAGAAN IBU PENJAGAAN BAYI PEMAKANAN
Urut (1x sehari) Mandi (2x sehari) Makanan pantang
Tungku (2x sehari) Urut (2x sehari) Minuman pantang
Bengkung (2x sehari) Tuam (2x sehari) Teh herbal
Param, pilis, tapel (2x sehari)    
Mandi herba (2x sehari)    
Lulur (1x seminggu)    
Tangas (1x seminggu)    
Urut bengkak susu (3x seminggu)    
Urut kepala buang angin (3x seminggu)    

Lihat di sini untuk kawasan-kawasan di Kota Kinabalu yang diliputi oleh Pantang Plus. Ibu juga boleh rujuk di laman web PantangPlus untuk mendapat info lebih lanjut.

2. Ara Mobile Beauty

Sumber: Ara Mobile Beauty

A) Pakej Rawatan Berpantang Ala Carte

  • Pakej Sinar Fajar: Urut Pantang
    • 1 sesi: RM120
    • 3 sesi: RM350
    • 5 sesi: RM570
  • Pakej Riak Air: Urut Pantang & Bertungku
    • 1 sesi: RM140
    • 3 sesi: RM420
    • 5 sesi: RM670
  • Pakej Suasa Murni: Urut Pantang, Bertungku, Param, Pilis, Tapel, & Ikat Bengkung
    • 1 sesi: RM170
    • 3 sesi: RM480
    • 5 sesi: RM800

B) Pakej Rawatan Berpantang Asas Ala Kampung

PAKEJ HARGA
 Pakej Melayu Klasik  RM599 / 3 hari
Pakej Melayu Asli RM899 / 5 hari
Pakej Melayu Kuno RM1,199 / 7 hari

Perkhidmatan

  • Mandi rempah
  • Lulur badan
  • Rawatan rambut
  • Bertasak
  • Urut pemulihan badan
  • Urut bengkak susu
  • Urut tradisional Melayu
  • Bertuam perut
  • Sapuan param, pilis, tapel
  • Ikat bengkung atau barut

C) Rawatan Berpantang Eksklusif

PAKEJ HARGA
 Pakej Ratna Murni  RM699 / 3 hari
Pakej Ratna Kencana RM1,169 / 5 hari
Pakej Ratna Sari RM1,599 / 7 hari

Perkhidmatan

  • Mandi herba
  • Lulur badan
  • Rawatan rambut
  • Minum herba
  • Mendiang bara
  • Urut pemulihan badan
  • Urut kepala, leher, dan bahu
  • Urut bengkak susu
  • Urut tradisional Melayu
  • Bertuam perut
  • Sapuan param, pilis, tapel
  • Ikat bengkung atau barut

Lihat di sini untuk maklumat lengkap tentang pakej-pakej yang ditawarkan.

3. Kecantikan Wanita Sejati Beauty, Health & Postnatal Care

Untuk pakej berpantang yang lebih peribadi dan bukan dari pusat komersial besar-besaran, Ibu boleh pertimbangkan pakej berpantang dari Kecantikan Wanita Sejati Beauty. Pusat rawatan yang eksklusif ini dengan jumlah kakitangan yang kecil berpusat di Kota Kinabalu Sabah dan memberikan perkhidmatan berpantang yang lengkap dan profesional.

Perkhidmatan (pilihan 7 hingga 44 hari)

  • Urutan berpantang
  • Bertungku
  • Sengkak rahim
  • Bertangas
  • Berlulur
  • Mandian herba
  • Berbengkung
  • Rawatan bayi

Rujuk laman sosial Kecantikan Wanita Sejati Beauty untuk harga pakej dan maklumat lebih lanjut.

Jenis pakej dan harga adalah tepat pada waktu artikel ini diterbitkan dan boleh berubah mengikut kehendak perniagaan yang disebutkan diatas.

Bakal ibu selalunya boleh mula membuat booking atau menempah pakej yang diminati seawal tiga bulan usia kandungan kalau tak mahu mana-mana pilihan terlepas! Semoga bermanfaat.