Setelah mengharungi proses bersalin, banyak penjagaan diperlukan oleh ibu baru dan kebanyakannya akan berpantang selama sebulan hingga 44 hari.
Kebanyakan ibu mengandung akan mula mencari pakej berpantang yang bersesuaian dengan kemampuan dan jenis perkhidmatan yang diperlukan seawal trimester pertama kehamilan.
Siapa Yang Memerlukan Pakej Berpantang?
Walaupun pada zaman sekarang ini tak semua ibu baru bersalin akan melalui tempoh pantang, masih ramai juga lagi yang pilih untuk berpantang lepas bersalin kerana manfaat-manfaat yang mungkin diberikan.
Walau bagaimanapun, ibu yang tak bercadang untuk berpantang pun boleh mengambil pakej-pakej yang menawarkan perkhidmatan seperti mengurut badan. Ia tentu dapat melegakan badan ibu selepas penat bersalin!
Bagi ibu yang mahu mengamalkan pantang secara tradisional, pakej-pakej berpantang secara umumnya akan menawarkan atau merangkumi perkhidmatan seperti:
- menyediakan makanan pantang yang sihat dan mengeyangkan untuk ibu serta untuk mengembalikan tenaga
- mengurut badan lepas bersalin untuk melancarkan peredaran darah supaya badan berasa ringan dan selesa, dan juga mengurut bengkak susu untuk melancarkan pengeluaran susu
- bertungku untuk mengecutkan rahim, memecahkan lemak, dan menolong mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal
- memakai param, pilis, dan tapel untuk menghaluskan dan melicinkan kulit serta mengelakkan badan daripada masuk angin dan mengurangkan panas di kepala
- memakai bengkung untuk melindungi organ dalaman dan menolong mengecut dan mengetatkan bahagian perut selepas bersalin
- melakukan tangas untuk mengecutkan kembali bengkak-bengkak yang berlaku akibat proses bersalin dan untuk merawat bahagian intim
- melakukan mandian herba untuk menyegarkan badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, dan melembutkan urat saraf
- membuat lulur untuk mengembalikan seri pada kulit supaya halus dan gebu, dan juga untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan daki pada badan
Senarai di atas adalah perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh kebanyakan perniagaan berpantang. Mungkin ada banyak lagi perkhidmatan ditawarkan atau tiada beberapa perkhidmatan seperti yang disenaraikan di atas bergantung kepada perniagaan atau syarikat tersebut.
Ibu juga boleh memilih pakej berpantang untuk bayi sahaja jika tidak memerlukan pakej berpantang untuk diri sendiri.
Bayi juga boleh mendapat beberapa manfaat dari pakej berpantang seperti:
- memandikan bayi
- mengurut bayi
- tuam untuk mengelakkan kembung perut
- pemakaian barut
Terpulang kepada Ibu apa yang diperlukan oleh ibu dan bayi. Ada sesetengah pakej menawarkan perkhidmatan yang tetap dan tidak boleh pilih, dan ada yang Ibu boleh pilih mengikut kemampuan.
Pakej Berpantang Di Kuala Lumpur Dan Selangor (Lembah Klang)
1. PantangPlus
Lawatan Harian (9 pagi – 5 petang)
TEMPOH | HARGA (RM) |
---|---|
7 Hari | RM2,160 |
10 Hari | RM3,440 |
14 Hari | RM3,880 |
21 Hari | RM5,482 |
28 Hari | RM7,650 |
40 Hari | RM11,410 |
Perkhidmatan
PENJAGAAN IBU | PENJAGAAN BAYI | PEMAKANAN |
---|---|---|
Urut (1x sehari) | Mandi (2x sehari) | Makanan pantang |
Tungku (2x sehari) | Urut (2x sehari) | Minuman pantang |
Bengkung (2x sehari) | Tuam (2x sehari) | Teh herbal |
Param, pilis, tapel (2x sehari) | ||
Mandi herba (2x sehari) | ||
Lulur (1x seminggu) | ||
Urut bengkak susu (3x seminggu) | ||
Urut kepala buang angin (3x seminggu) |
Tinggal Bersama / Stay-In (8 pagi – 8 malam)
TEMPOH | HARGA (RM) |
---|---|
14 Hari | RM4,468 |
21 Hari | RM6,311 |
28 Hari | RM8,850 |
40 Hari | RM13,250 |
44 Hari | RM14,489 |
Perkhidmatan
PENJAGAAN IBU | PENJAGAAN BAYI | PEMAKANAN |
---|---|---|
Urut (1x sehari) | Mandi (2x sehari) | Makanan pantang |
Tungku (2x sehari) | Urut (2x sehari) | Minuman pantang |
Bengkung (2x sehari) | Tuam (2x sehari) | Teh herbal |
Param, pilis, tapel (2x sehari) | ||
Mandi herba (2x sehari) | ||
Lulur (1x seminggu) | ||
Tangas (1x seminggu) | ||
Urut bengkak susu (3x seminggu) | ||
Urut kepala buang angin (3x seminggu) |
Ibu boleh rujuk di laman web PantangPlus untuk mendapat info lebih lanjut.
2. MamaCare
Pakej Basic
TEMPOH | HARGA (RM) |
---|---|
3 Hari | RM499 |
7 Hari | RM1,159 |
14 Hari | RM2,159 |
21 Hari | RM2,998 |
44 Hari | RM14,489 |
Pakej-Pakej Eksklusif Lain
PAKEJ | TEMPOH | HARGA (RM) |
---|---|---|
Bronze | 3 Hari | RM699 |
Silver | 5 Hari | RM1,329 |
Gold | 7 Hari | RM1,749 |
Platinum | 14 Hari | RM3,499 |
Pearl | 21 Hari | RM4,899 |
Diamond | 30 Hari | RM6,199 |
Crown | 44 Hari | RM8,699 |
Perkhidmatan
Perkhidmatan-perkhidmatan asas untuk pakej-pakej yang disenaraikan tadi termasuklah:
- Mandian herba
- Urutan postnatal
- Urutan wajah
- Bertungku perut
- Tuam badan
- Param, pilis, tapel
- Pemakaian bengkung
- Penjagaan bahagian intim
- Urutan lancar susu
- Konsultasi
Untuk senarai lengkap perkhidmatan semua pakej, Ibu boleh lihat di laman web MamaCare.
3. Natalis Mother Care
Pakej Penjagaan Pantang Ekonomi
Pakej Stay-In A
TEMPOH | HARGA (RM) |
---|---|
7 Hari | RM1,950 |
14 Hari | RM2,900 |
21 Hari | RM4,159 |
28 Hari | RM5,150 |
44 Hari | RM7,700 |
Pakej Stay-In B
TEMPOH | HARGA (RM) |
---|---|
7 Hari | RM2,150 |
14 Hari | RM3,100 |
21 Hari | RM4,350 |
28 Hari | RM5,350 |
44 Hari | RM7,900 |
Perkhidmatan
- Urutan bersalin
- Lulur
- Tangas
- Sauna
- Mandian herba
- Bertungku
- Makanan pantang
- Bengkung
- Param, pilis, tapel
- Mencuci pakaian ibu dan bayi
- Menjaga bayi
- Mengemas rumah
Pakej Penjagaan Pantang Eksklusif
TEMPOH | HARGA (RM) |
---|---|
7 Hari | RM2,300 |
10 Hari | RM2,850 |
14 Hari | RM3,650 |
21 Hari | RM5,000 |
28 Hari | RM6,200 |
44 Hari | RM9,450 |
Perkhidmatan
- Mandian herba wangi
- Urutan tradisional lepas bersalin
- Tungku
- Sauna
- Tangas
- Lulur
- Mandi, urut, dan tungku bayi
- Masakan ibu berpantang
- Bengkung, param, pilis, dan tapel
- Mengemas rumah
- Mencuci pakaian ibu dan bayi
Pakej Penjagaan Pantang VIP
TEMPOH | HARGA (RM) |
---|---|
44 Hari | RM22,000 |
100 Hari | RM40,000 |
Perkhidmatan
- 2x confinement lady untuk penjagaan siang dan malam
- Mandian herba wangi
- Urutan tradisional lepas bersalin
- Tungku
- Sauna
- Tangas
- Lulur
- Mandi, urut, dan tungku bayi
- Masakan ibu berpantang
- Bengkung, param, pilis, dan tapel
- Mengemas rumah
- Mencuci pakaian ibu dan bayi
Untuk senarai lengkap perkhidmatan semua pakej, Ibu boleh lihat di Facebook Natalis Mother Care.
Jenis pakej dan harga adalah tepat pada waktu artikel ini diterbitkan dan boleh berubah mengikut kehendak perniagaan yang disebutkan diatas.
Bakal ibu selalunya boleh mula membuat booking atau menempah pakej yang diminati seawal tiga bulan usia kandungan kalau tak mahu mana-mana pilihan terlepas! Semoga bermanfaat.