Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Apa Yang Ada Dalam Pakej Berpantang Berserta Pakej Berpantang Yang Boleh Didapati Di Lembah Klang

Sumber: MamaCare

Setelah mengharungi proses bersalin, banyak penjagaan diperlukan oleh ibu baru dan kebanyakannya akan berpantang selama sebulan hingga 44 hari.

Kebanyakan ibu mengandung akan mula mencari pakej berpantang yang bersesuaian dengan kemampuan dan jenis perkhidmatan yang diperlukan seawal trimester pertama kehamilan.

Siapa Yang Memerlukan Pakej Berpantang?

Walaupun pada zaman sekarang ini tak semua ibu baru bersalin akan melalui tempoh pantang, masih ramai juga lagi yang pilih untuk berpantang lepas bersalin kerana manfaat-manfaat yang mungkin diberikan.

Walau bagaimanapun, ibu yang tak bercadang untuk berpantang pun boleh mengambil pakej-pakej yang menawarkan perkhidmatan seperti mengurut badan. Ia tentu dapat melegakan badan ibu selepas penat bersalin!

Highlighted

Sumber: Getty Images

Bagi ibu yang mahu mengamalkan pantang secara tradisional, pakej-pakej berpantang secara umumnya akan menawarkan atau merangkumi perkhidmatan seperti:

  • menyediakan makanan pantang yang sihat dan mengeyangkan untuk ibu serta untuk mengembalikan tenaga
  • mengurut badan lepas bersalin untuk melancarkan peredaran darah supaya badan berasa ringan dan selesa, dan juga mengurut bengkak susu untuk melancarkan pengeluaran susu
  • bertungku untuk mengecutkan rahim, memecahkan lemak, dan menolong mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal
  • memakai param, pilis, dan tapel untuk menghaluskan dan melicinkan kulit serta mengelakkan badan daripada masuk angin dan mengurangkan panas di kepala
  • memakai bengkung untuk melindungi organ dalaman dan menolong mengecut dan mengetatkan bahagian perut selepas bersalin
  • melakukan tangas untuk mengecutkan kembali bengkak-bengkak yang berlaku akibat proses bersalin dan untuk merawat bahagian intim
  • melakukan mandian herba untuk menyegarkan badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, dan melembutkan urat saraf
  • membuat lulur untuk mengembalikan seri pada kulit supaya halus dan gebu, dan juga untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan daki pada badan
Sumber: Getty Images

Senarai di atas adalah perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh kebanyakan perniagaan berpantang. Mungkin ada banyak lagi perkhidmatan ditawarkan atau tiada beberapa perkhidmatan seperti yang disenaraikan di atas bergantung kepada perniagaan atau syarikat tersebut.

Ibu juga boleh memilih pakej berpantang untuk bayi sahaja jika tidak memerlukan pakej berpantang untuk diri sendiri.

Bayi juga boleh mendapat beberapa manfaat dari pakej berpantang seperti:

  • memandikan bayi
  • mengurut bayi
  • tuam untuk mengelakkan kembung perut
  • pemakaian barut
Sumber: Getty Images

Terpulang kepada Ibu apa yang diperlukan oleh ibu dan bayi. Ada sesetengah pakej menawarkan perkhidmatan yang tetap dan tidak boleh pilih, dan ada yang Ibu boleh pilih mengikut kemampuan.

Pakej Berpantang Di Kuala Lumpur Dan Selangor (Lembah Klang)

1. PantangPlus

Sumber: Facebook Pantang Plus

Lawatan Harian (9 pagi – 5 petang)

TEMPOHHARGA (RM)
7 HariRM2,160
10 Hari RM3,440
14 Hari RM3,880
21 HariRM5,482
28 HariRM7,650
40 HariRM11,410

Perkhidmatan

PENJAGAAN IBUPENJAGAAN BAYIPEMAKANAN
Urut (1x sehari)Mandi (2x sehari)Makanan pantang
Tungku (2x sehari)Urut (2x sehari)Minuman pantang
Bengkung (2x sehari)Tuam (2x sehari)Teh herbal
Param, pilis, tapel (2x sehari)
Mandi herba (2x sehari)
Lulur (1x seminggu)
Urut bengkak susu (3x seminggu)
Urut kepala buang angin (3x seminggu)

Tinggal Bersama / Stay-In (8 pagi – 8 malam)

TEMPOHHARGA (RM)
14 HariRM4,468
21 Hari RM6,311
28 HariRM8,850
40 HariRM13,250
44 HariRM14,489

Perkhidmatan

PENJAGAAN IBUPENJAGAAN BAYIPEMAKANAN
Urut (1x sehari)Mandi (2x sehari)Makanan pantang
Tungku (2x sehari)Urut (2x sehari)Minuman pantang
Bengkung (2x sehari)Tuam (2x sehari)Teh herbal
Param, pilis, tapel (2x sehari)
Mandi herba (2x sehari)
Lulur (1x seminggu)
Tangas (1x seminggu)
Urut bengkak susu (3x seminggu)
Urut kepala buang angin (3x seminggu)

Ibu boleh rujuk di laman web PantangPlus untuk mendapat info lebih lanjut.

2. MamaCare

Sumber: MamaCare

Pakej Basic

TEMPOHHARGA (RM)
3 HariRM499
7 Hari RM1,159
14 HariRM2,159
21 HariRM2,998
44 HariRM14,489

Pakej-Pakej Eksklusif Lain

PAKEJTEMPOHHARGA (RM)
Bronze3 HariRM699
Silver5 Hari RM1,329
Gold7 HariRM1,749
Platinum 14 HariRM3,499
Pearl21 HariRM4,899
Diamond30 HariRM6,199
Crown44 HariRM8,699

Perkhidmatan

Perkhidmatan-perkhidmatan asas untuk pakej-pakej yang disenaraikan tadi termasuklah:

  • Mandian herba
  • Urutan postnatal
  • Urutan wajah
  • Bertungku perut
  • Tuam badan
  • Param, pilis, tapel
  • Pemakaian bengkung
  • Penjagaan bahagian intim
  • Urutan lancar susu
  • Konsultasi

Untuk senarai lengkap perkhidmatan semua pakej, Ibu boleh lihat di laman web MamaCare.

3. Natalis Mother Care

Sumber: Facebook Natalis Mothercare

Pakej Penjagaan Pantang Ekonomi

Pakej Stay-In A

TEMPOHHARGA (RM)
7 HariRM1,950
14 Hari RM2,900
21 HariRM4,159
28 HariRM5,150
44 HariRM7,700

Pakej Stay-In B

TEMPOHHARGA (RM)
7 HariRM2,150
14 Hari RM3,100
21 HariRM4,350
28 HariRM5,350
44 HariRM7,900

Perkhidmatan

  • Urutan bersalin
  • Lulur
  • Tangas
  • Sauna
  • Mandian herba
  • Bertungku
  • Makanan pantang
  • Bengkung
  • Param, pilis, tapel
  • Mencuci pakaian ibu dan bayi
  • Menjaga bayi
  • Mengemas rumah

Pakej Penjagaan Pantang Eksklusif

TEMPOHHARGA (RM)
7 HariRM2,300
10 Hari RM2,850
14 HariRM3,650
21 HariRM5,000
28 HariRM6,200
44 HariRM9,450

Perkhidmatan

  • Mandian herba wangi
  • Urutan tradisional lepas bersalin
  • Tungku
  • Sauna
  • Tangas
  • Lulur
  • Mandi, urut, dan tungku bayi
  • Masakan ibu berpantang
  • Bengkung, param, pilis, dan tapel
  • Mengemas rumah
  • Mencuci pakaian ibu dan bayi

Pakej Penjagaan Pantang VIP

TEMPOHHARGA (RM)
44 HariRM22,000
100 Hari RM40,000

Perkhidmatan

  • 2x confinement lady untuk penjagaan siang dan malam
  • Mandian herba wangi
  • Urutan tradisional lepas bersalin
  • Tungku
  • Sauna
  • Tangas
  • Lulur
  • Mandi, urut, dan tungku bayi
  • Masakan ibu berpantang
  • Bengkung, param, pilis, dan tapel
  • Mengemas rumah
  • Mencuci pakaian ibu dan bayi

Untuk senarai lengkap perkhidmatan semua pakej, Ibu boleh lihat di Facebook Natalis Mother Care.


Jenis pakej dan harga adalah tepat pada waktu artikel ini diterbitkan dan boleh berubah mengikut kehendak perniagaan yang disebutkan diatas.

Bakal ibu selalunya boleh mula membuat booking atau menempah pakej yang diminati seawal tiga bulan usia kandungan kalau tak mahu mana-mana pilihan terlepas! Semoga bermanfaat.