Bagi orang Asia, terutamanya Asia Tenggara, amalan berpantang selepas bersalin adalah perkara biasa dan sering disyorkan untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Amalan turun-temurun ini dikatakan dapat memberi banyak khasiat dan manfaat bukan sahaja untuk ibu yang baru bersalin, tetapi juga untuk bayi yang baru dilahirkan.
Tidak dinafikan lagi pertolongan yang diberikan oleh bidan-bidan berpantang amat membantu ibu lepas bersalin. Iyelah, kepenatan lepas bersalin selalunya lebih hebat dari waktu bersalin! Tak rugi kalau Mommy mengambil pakej berpantang untuk memudahkan urusan penjagaan diri sendiri dan bayi lepas bersalin.
Tempoh berpantang selalunya merangkumi penjagaan kesihatan bayi dan ibu yang baru lepas bersalin dan boleh dijalankan selama tiga hari hingga 44 hari.
Kali ini, Motherhood kongsikan pakej berpantang di Penang atau Pulau Pinang yang lengkap dengan maklumat asas yang perlu diketahui.
Kalau Mommy sudah bersedia untuk membuat tempahan pakej berpantang, mari tengok beberapa pakej yang boleh didapati di Pulau Pinang ini.
3 Pakej Berpantang di Penang
1. PantangPlus
Lawatan Harian (9 pagi – 5 petang)
TEMPOH | HARGA (RM) |
---|---|
7 Hari | RM2,160 |
10 Hari | RM3,440 |
14 Hari | RM3,880 |
21 Hari | RM5,482 |
28 Hari | RM7,650 |
40 Hari | RM11,410 |
Perkhidmatan
PENJAGAAN IBU | PENJAGAAN BAYI | PEMAKANAN |
---|---|---|
Urut (1x sehari) | Mandi (2x sehari) | Makanan pantang |
Tungku (2x sehari) | Urut (2x sehari) | Minuman pantang |
Bengkung (2x sehari) | Tuam (2x sehari) | Teh herbal |
Param, pilis, tapel (2x sehari) | ||
Mandi herba (2x sehari) | ||
Lulur (1x seminggu) | ||
Urut bengkak susu (3x seminggu) | ||
Urut kepala buang angin (3x seminggu) |
Tinggal Bersama / Stay-In (8 pagi – 8 malam)
TEMPOH | HARGA (RM) |
---|---|
14 Hari | RM4,468 |
21 Hari | RM6,311 |
28 Hari | RM8,850 |
40 Hari | RM13,250 |
44 Hari | RM14,489 |
Perkhidmatan
PENJAGAAN IBU | PENJAGAAN BAYI | PEMAKANAN |
---|---|---|
Urut (1x sehari) | Mandi (2x sehari) | Makanan pantang |
Tungku (2x sehari) | Urut (2x sehari) | Minuman pantang |
Bengkung (2x sehari) | Tuam (2x sehari) | Teh herbal |
Param, pilis, tapel (2x sehari) | ||
Mandi herba (2x sehari) | ||
Lulur (1x seminggu) | ||
Tangas (1x seminggu) | ||
Urut bengkak susu (3x seminggu) | ||
Urut kepala buang angin (3x seminggu) |
Lihat di sini untuk kawasan-kawasan di Pulau Pinang yang diliputi oleh Pantang Plus. Mommy juga boleh rujuk di laman web PantangPlus untuk mendapat info lebih lanjut.
2. Pudina Confinement
A) Pakej ‘Basic’ (2 1/2 – 3 jam)
Basic 3 (RM480 / 3 hari) | Basic 7 (RM1,120 / 7 hari) | Basic 14 (RM2,240 / 14 hari) |
---|---|---|
Urut (3x) | Urut (6x) | Urut (12x) |
Tungku (3x) | Tungku (7x) | Tungku (14x) |
Bengkung (3x) | Bengkung (7x) | Bengkung (14x) |
Param, pilis, tapel (3x) | Param, pilis, tapel (7x) | Param, pilis, tapel (14x) |
Tangas (1x) | Tangas (3x) | Tangas (6x) |
Lulur (1x) | Lulur (2x) |
B) Pakej ‘All-In-One’ (8.30 pagi – 1.00 petang)
AIO 7 (RM1,490 / 7 hari) | AIO 14 (RM2,890 / 14 hari) | AIO 21 (RM4,290 / 21 hari) |
---|---|---|
Urut (7x) | Urut (8x) | Urut (18x) |
Tungku (7x) | Tungku (14x) | Tungku (21x) |
Bengkung (7x) | Bengkung (14x) | Bengkung (21x) |
Param, pilis, tapel (7x) | Param, pilis, tapel (14x) | Param, pilis, tapel (21x) |
Tangas (3x) | Tangas (6x) | Tangas (9x) |
Lulur (1x) | Lulur (2x) | Lulur (3x) |
Penjagaan bayi (7x) | Penjagaan bayi (14x) | Penjagaan bayi (21x) |
Masakan pantang | Masakan pantang | Masakan pantang |
Mandian herba (3x) | Mandian herba (3x) | Mandian herba (3x) |
- Percuma bengkung Razowa untuk setiap pakej ‘All-In-One’
C) Pakej ‘Full Day’ (8.30 pagi – 4.30 petang)
FD 7 (RM1,910 / 7 hari) | FD 14 (RM3,590 / 14 hari) | FD 21 (RM5,340 / 21 hari) |
---|---|---|
Urut (7x) | Urut (8x) | Urut (18x) |
Tungku (7x) | Tungku (14x) | Tungku (21x) |
Bengkung (7x) | Bengkung (14x) | Bengkung (21x) |
Param, pilis, tapel (7x) | Param, pilis, tapel (14x) | Param, pilis, tapel (21x) |
Tangas (3x) | Tangas (6x) | Tangas (9x) |
Lulur (1x) | Lulur (2x) | Lulur (3x) |
Penjagaan bayi (7x) | Penjagaan bayi (14x) | Penjagaan bayi (21x) |
Masakan pantang | Masakan pantang | Masakan pantang |
Cuci baju ibu dan bayi | Cuci baju ibu dan bayi | Cuci baju ibu dan bayi |
Mandian herba (3x) | Mandian herba (3x) | Mandian herba (3x) |
- Percuma bengkung Razowa untuk setiap pakej ‘Full Day’
Lihat di sini untuk tawaran perkhidmatan lain.
Pudina Confinement menawarkan pakej berpantang di Seberang Prai dan Butterworth, Pulau Pinang. Untuk kawasan lain, Mommy boleh minta sebut harga melalui laman web Pudina Confinement.
3. BungaHerba Confinement Penang
Pakej | Harga | Perkhidmatan |
---|---|---|
Melur |
RM120 / 1 hari (2 jam 15 minit) |
|
Orchid |
RM320 / 3 hari (2 jam) |
|
Mawar |
RM420 / 3 hari (2 jam 40 minit) |
|
- Caj pengangkutan:
- Butterworth: RM15 / hari
- Balik Pulau, Sg Batu, Teluk Kumbar, Teluk Bahang: RM10 / hari
- Add-on cukur dan mandi bayi: RM50 (1x)
Lihat laman sosial Instagram Bunga Herba Confinement Penang untuk pakej-pakej lain.
Jenis pakej dan harga adalah tepat pada waktu artikel ini diterbitkan dan boleh berubah mengikut kehendak perniagaan yang disebutkan diatas.
Bakal ibu selalunya boleh mula membuat booking atau menempah pakej yang diminati seawal tiga bulan usia kandungan kalau tak mahu mana-mana pilihan terlepas! Semoga bermanfaat.