Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Membina Hubungan Akrab, Ini Panduan Untuk Berkawan Dengan Anak Mommy!

Ramai ibu bapa beranggapan bahawa menjadi kawan dengan anak mereka akan menjadikan tugas keibubapaan lebih mudah, dengan harapan anak akan lebih patuh dan menerima arahan dengan keputusan yang telah dibuat.

Namun, tindakan tersebut adalah salah kerana tiada batasan antara anak dan ibu bapa itu sendiri. Ia boleh menimbulkan pelbagai masalah di kemudian hari.

Batas pergaulan dan sempadan antara ibu bapa dan anak adalah penting untuk mewujudkan sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Risiko Jika Anda Mahu Berkawan Dengan Anak Anda

Highlighted


1. Kehilangan Kuasa Sebagai Ibu Bapa 

Apabila ibu bapa mencuba untuk menjadi kawan dengan anak-anak, ia akan mengurangkan rasa kepercayaan dan selamat apabila bersama dengan Mommy dan Daddy.

Anak-anak memerlukan ibu bapa yang selalu melindungi, menyayangi mereka, yang dapat menetapkan batasan, mengatakan tidak dalam sesetengah situasi, dan memberikan nasihat. Ia penting untuk perkembangan anak-anak Mommy dalam mengenali kehidupan.

Usaha untuk menjadi kawan dapat menghapuskan gambaran ibu bapa sebagai pelindung dan penjaga, serta menghilangkan salah satu rangkaian sokongan penting dalam hidup mereka.

Kurangnya struktur dalam hubungan ibu bapa dan anak sebenarnya dapat melemahkan hubungan kekeluargaan tersebut dan membuat anak-anak berasa kurang terkawal.

2. Hubungan Ibubapa dan Anak Menjadi Tegang 

Cubaan untuk menjadi kawan anak anda boleh mewujudkan tekanan kepada mereka, terutama tekanan yang mereka belum cukup matang untuk menanganinya.

Tidak semua permasalahan boleh dikongsi dengan anak-anak kerana ia akan memberikan perspektif yang buruk pada mereka tentang sesuatu perkara itu.

Satu kajian menunjukkan bahawa apabila ibu yang bercerai berkongsi maklumat peribadi dengan anak perempuan mereka, seperti butiran kewangan atau pemikiran negatif tentang bekas pasangan mereka, hal ini tidak membawa mereka berdua lebih dekat. Sebaliknya, ia menyebabkan tekanan psikologi pada anak perempuan tersebut.

10 Cara Berkawan Dengan Anak

Sebagai ibu bapa, adalah penting untuk sentiasa memberikan yang terbaik pada anak-anak. Mommy perlu pandai mengambil hati anak dan membuatkan mereka rasa selesa dan percaya dengan ibu bapa mereka sendiri.

Dengan itu, mereka lebih terbuka untuk berkongsi cerita atau masalah tanpa rasa segan dan takut dengan Mommy dan Daddy.

Kebanyakkan ibu bapa, tidak mengenali anak-anak mereka dengan mendalam disebabkan oleh kesibukan kerja atau kurang memberikan perhatian sehingga mengabaikan perasaan anak-anak tanpa sedar.

Penting untuk menjaga emosi dan fizikal anak-anak dengan baik!

1. Luangkan Masa Berbual 

Membangunkan persahabatan yang lebih erat dengan anak-anak anda bermula hubungan ibu bapa dan anak yang baik.

Pastikan Mommy selalu berkata perkara yang memberikan semangat pada anak-anak seperti ‘Walau apa pun yang berlaku, saya tidak akan berhenti menyayangi atau menyokong anda.’

2. Selalu Ada Untuk Anak-anak

Selain, mempunyai masa yang dijadualkan dengan anak-anak Mommy, jika Mommy ingin membina persahabatan yang bermakna makan Mommy perlu sentiasa bersedia dan ada pada bila-bila masa yang diperlukan.

3. Fahami Anak-anak 

Aspek penting dalam membina persahabatan dengan anak-anak Mommy ialah dengan mendengar dan memahami perasaan mereka tanpa menghukum terlebih dahulu.

4. Jangan Terlalu Melindungi 

Memastikan anak-anak anda menuju ke arah yang betul dan selamat semestinya penting. Walau bagaimanapun, pakar psikologi kanak-kanak mengatakan bahawa terlalu melindungi adalah perkara yang merosakkan hubungan.

Cukup mengajar mereka tentang apa perkara yang betul dan salah dan berikan ruang untuk mereka membuat pilihan sendiri. Hormati pilihan anak-anak selagi ia adalah perkara yang baik.

Dengan cara ini, mereka bukan sahaja akan mempercayai anda tetapi juga akan yakin dengan keputusan mereka

5. Bermain Bersama Anak

Meluangkan masa dengan bermain bersama anak-anak dapat mewujudkan hubungan yang baik dan kasih sayang antara ibu dan anak.

6. Mengajak Anak Keluar Bersama

Pada hujung minggu, bawa anak-anak keluar berjalan atau pergi ke tempat permainan kesukaan mereka. Ia dapat menceriakan hari anak-anak Mommy dan menghilangkan rasa bosan mereka dengan aktiviti yang menarik.

7. Tingkat Harga Diri Anak 

Raikan setiap kejayaan anak apabila mereka berjaya dalam mencapai sesuatu kejayaan. Berikan pujian atau penghargaan kepada mereka supaya anak merasakan diri mereka sangat berharga di mata Mommy dan Daddy.

8. Percaya Pada Anak 

Anak yang matang dan mampu berdikari adalah susulan tingkah laku ibu bapa yang memberi kepercayaan kepada mereka. Jika anak Mommy meminta izin untuk sesuatu perkara yang mendatangkan kerisauan dalam diri Mommy, berikan kepercayaan kepadanya.

Walau pun berat untuk Mommy lepaskan, Mommy kena percaya kepadanya. Jika Mommy sukar untuk lepaskan dia membuat sesuatu perkara dan terlalu mengongkongnya kerana risau dan tidak percaya, maka anak Mommy tidak akan pandai berdikari dan tidak matang.

Kesannnya, jika dia mengalami masalah kelak, dia tidak mampu atasinya.

9. Bergurau Dengan Anak 

Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka. Apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik.

10. Jadi Contoh Yang Baik 

Sebagai orang tua, kita haruslah memberikan contoh yang baik kepada anak. Tunjukkan tingkah laku yang baik. Tunjukkan sikap kasih sayang. Jangan menggunakan kata-kata kasar di depan anak-anak.

Keluarga yang bahagia sememangnya menjadi idaman setiap keluarga.

Semoga perkongsian ini membantu Mommy dan Daddy untuk lebih memahami cara berkawan dengan anak-anak.


Dapatkan pelbagai artikel tentang keibubapaan yang menarik di SINI.