Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Panduan Lengkap Membeli ‘Bottle Warmer’ Untuk Ibu Bapa di Malaysia

bottle warmer malaysia

Umum mengetahui bahawa susu ibu merupakan susu yang terbaik untuk bayi. Khasiat yang terkandung dalam susu ibu membantu dalam tumbesaran dan kesihatan si manja.

Untuk ibu yang bekerja tetapi masih menyusu, salah satu cara untuk terus menyusu anak ialah dengan mengepam dan menyimpan susu ibu di dalam botol atau pek simpanan susu. Tapi tak ramai yang tahu cara yang betul untuk panaskan susu tersebut sebelum diberikan pada anak-anak.

Highlighted


Sebenarnya, cara terbaik untuk berikan susu ibu atau susu formula pada suhu yang sesuai untuk bayi ialah dengan memanaskan botol susu tersebut di dalam ‘bottle warmer’.

‘Bottle warmer’ atau pemanas botol khusus untuk botol bayi adalah sangat berguna. Walaupun ia bukanlah kepentingan yang utama, tetapi ‘bottle warmer’ merupakan salah satu keperluan yang dapat memudahkan hari-hari Mommy.

Dibawah merupakan antara tips yang boleh dijadikan panduan apabila Mommy ingin membeli ‘bottle warmer’.

Tips Memilih ‘Bottle Warmer’

+1 Perlu atau tidak?

Bukanlah keperluan utama, namun bottle warmer sangat membantu para ibu dalam menyediakan susu untuk si manja.

Tanya pada diri dan bincang dengan suami, anda betul-betul perlukan ‘bottle warmer’ atau tidak? Walaupun terdapat pelbagai cara lain untuk memanaskan botol susu bayi, namun ‘bottle warmer’ dapat mempercepatkan proses memanas botol susu.

+2 Dimanakah anda akan menggunakannya?

Mula-mula sekali, fikirkan tempat yang anda akan sentiasa gunakan pemanas tersebut. Maksudnya, adakah akan sentiasa gunakan di rumah, untuk travel, atau di dalam kereta? Cuba lihat ciri-ciri yang sering ada pada ‘bottle warmer’, bergantung pada tempat yang akan digunakan:

  • Rumah – Diperbuat dengan pelbagai ciri-ciri menarik seperti ‘temperature recognition’, sistem memori, dan sistem penyejukan sendiri.
  • Travel/Portable – Sering dihasilkan dengan ciri mudah dibawa, ringan, dan ‘self-heating’ yang tidak memerlukan sumber tenaga elektrik luaran.
  • Kereta – Pemanas botol susu yang boleh disambungkan terus pada ‘car adapter’.

+3 Tahap terbaik ia dalam memanaskan botol susu bayi

Setiap pemanas botol bayi dihasilkan dengan fungsi dan ciri-ciri yang berbeza. Ada yang memanaskan botol melalui asap stim, pusaran air, dan banyak lagi.

Setiap fungsi dan cara ia memanaskan botol akan menentukan tahap suhu susu dalam botol tersebut – samada memanaskan secara sama rata atau menghasilkan ‘hot spots’ yang akan memanaskan susu di dalam botol.

+4 Tahap kelajuan memanaskan botol 

Masa yang diambil sesebuah ‘bottle warmer’ untuk memanaskan botol bayi juga harus dititikberatkan. Lebih cepat ia panaskan botol susu bayi, lebih mudah kerja anda, terutamanya jika si manja anda inginkan susu pada tengah malam.

+5 Sukar atau mudah untuk menggunakannya 

Mommy juga harus menitikberatkan cara penggunaan pemanas botol terebut, samada mudah atau sukar untuk anda menggunakannya.

Lebih baik pilih yang mudah cara penggunaannya bukan? Jangan lupa untuk tunjuk ajar pada suami sekali. Senang untuk anda minta pertolongan encik suami sekiranya memerlukan.

+6 Pembersihan 

Dalam pada itu, cara pembersihan pemanas botol susu bayi juga penting untuk anda tahu. ‘Bottle warmer’ yang mudah digunakan dan dibersihkan pasti akan mempercepatkan kerja harian.

Alaa, tak payah membazir. Panaskan guna microwave je pun boleh,

SALAH! Walaupun ia mungkin cara termudah dan termurah (sekiranya anda sudah memiliki microwave), namun ia bukanlah cara terbaik.

  • Jangan sesekali panaskan botol bayi menggunakan microwave.
  • Jangan panaskan susu atas api dapur.

Hal ini kerana, ia boleh mengurangkan khasiat semulajadi susu, dan risau susu lebih cepat rosak sekiranya suhu terlalu panas.

Memanaskan susu dengan menggunakan microwave dapat mengurangkan khasiat semulajadi susu tersebut.

Kini terdapat pelbagai jenis dan jenama pemanas botol susu yang ada di pasaran. Antaranya, Philips Avent Fast Electric Bottle Warmer, Autumnz, dan banyak lagi.

Buat sedikit kajian mengenai pemanas botol yang anda inginkan dan jangan lupa untuk baca maklum balas yang diberikan pengguna yang lain terlebih dahulu.

Dapatkan ‘bottle warmer‘ dan pelbagai barangan keperluan bayi yang lain di Motherhood.com.my.