Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Panduan Menambah Berat Bayi Anda

Feeding

Feeding. Adorable baby child eating with a spoon in high chair. Baby's first solid food

Panduan Menambah Berat Bayi Anda

Membuat bayi anda kekal sihat pada tahun pertamanya agak susah. Ini yang anda perlu tahu tentang penambahan berat bayi, cara memastikan dia mengikut saranan doktor dalam pemakanan dan mempunyai berat yang padan, dan cara memastikan dia sihat serta berpuas hati sepanjang prosess.

Berusia 1 Bulan

Daripada sekarang sehingga bayi berumur 6 bulan, dia mungkin membesar seinci sebulan dan bertambah 5-7 auns seminggu. Jika pemakanannya dijaga, penambahan beratnya menjadi tetap.

Bayi Perlu Makan: Susu ibu atau formula. Masa makan sukar dijangka dan mustahil ditentukan jumlah susu badan yang bayi ambil setiap kali menyusu. Bayi pada umur ini seharusnya diberi makan 8 hingga 12 kali sehari setiap dua ke tiga jam.

Berusia 2 Bulan

Bayi perlu tetap tambah berat setiap minggu. Jika bimbang, berjumpa penasihat susu atau pediatrik untuk tahu cara membantu bayi mendapat makan yang cukup. Dalam beberapa hal, bayi mungkin tidak menyusu dengan betul, atau mungkin susu yang diberi tidak mencukupi, menurut Michelle LaRowe, pakar pengasuh dan pengarang Nanny to the Rescue.

Bayi Perlu Makan: Susu ibu dan formula. Jangan memberi makanan bayi yang pejal sehingga dia sekurang-kurangnya 4 bulan, lebih baik 6 bulan. Memberi terlalu awal boleh menyebabkan masalah penghadaman kepada anak anda, kata Dr. Joanna Dolgoff, pakar kanak-kanak obesity.

Berusia 3 Bulan

Pada tahap ini, bayi anda mula bergerak daripada tetap 6 auns kepada kurang 4 auns seminggu. Ini menunjukkan bahawa dia akan bertambah lebih kurang 2 poun bulan ini, dan setiap bulan berikutnya sehingga berumur 7 bulan.

Bayi Perlu Makan: Susu ibu dan formula. Frekuensi pemakanan akan menurun antara lima dan lapan kali sehari, bayi yang menyusu badan mungkin lebih daripada yang mengambil susu formula. Bayi mungkin masih terjaga malam untuk penyusuan, tetapi tidak selalu.

Berusia 4 Bulan

Pada akhir bulan ini segelintir bayi mula menunjukkan tanda bahawa dia sedia untuk pepejal. Antara petunjuk ialah: Dia boleh mengangkat kepalanya, boleh duduk dengan sokongan, dan menunjukkan minat dengan makanan anda. Perubahan daripada cecair kepada pepejal adalah rumit, jadi jangan paksa bayi anda untuk makan jika dia belum bersedia.

Bayi Perlu Makan: Susu ibu dan formula. Pediatrik di American Academy menyarankan susu badan khusus untuk 6 bulan pertama, jadi cuba halang pepejal untuk sekarang, melainkan bayi menunjukkan tanda tidak puas dengan diet cecairnya. Jika begitu, minta nasihat pediatrik anda.

Berusia 5 Bulan

Berat bayi pada bulan ini sepatutnya dua kali ganda dari lahir. Minta persentil tinggi dan beratnya daripada doktor ketika pemeriksaan untuk memastikan dia ikut perjalanan. Jika bayi berisiko tidak cukup berat, cari tahu peranan anda untuk menambah beratnya.

Bayi Perlu Makan: Susu ibu dan formula, dan pepejal untuk segelintir bayi. Jika pediatrik anda benarkan, berilah. Tiada peraturan tegas tentang makanan yang perlu diambil dahulu, selagi ianya puri dan bijirin nipis yang hampir kepada konsistensi cecair bersama susu ibu atau formula (pilih bijirin gandum berbanding nasi putih). Jika bayi jelas tidak lagi berminat, tunggu seminggu dan cuba lagi.

Berusia 6 Bulan

Bermula pada 6 bulan, bayi akan membesar setengah inci sebulan dan bertambah 3-5 auns seminggu.

Bayi Perlu Makan: Susu ibu dan formula. Termasuk pepejal. Jika masih belum beri, inilah masanya. Lebih baik tunggu sekitar 3 hari setiap makanan baru yang diberi. Jika berlaku reaksi alahan, senanglah untuk tahu. Cirit-birit atau ruam menunjukkan sesitiviti makanan. (bayi selalunya memerlukan pendedahan kepada makanan lebih 10 kali sebelum memperoleh rasanya.)

Berusia 7 Bulan

Berat badan bayi akan bertambah secara tetap 2 poun sebulan. Minta nasihat doktor jika beratnya kurang, atau jika beratnya bertambah lebih dari 6 poun sebulan, kata Dr. Dolgoff.

Bayi Perlu Makan: Susu ibu dan formula, cuba daging, sayuran dan buahan yang dikisar. Jika anda membuat makanan bayi sendiri, jangan takut untuk tambahkan perasa. Dia sudah biasa dengan pelbagai rasa pada susu badan anda!

Berusia 8 Bulan

Bayi perlu menambah berat badan tiga kali ganda ketika lahir pada usianya 1.

Bayi Perlu Makan: Susu ibu dan formula, puri yang lebih kasar, dan sedikit makanan jejari. Cuba telur hancur atau yang bersaiz gigitan (lebih kurang setengan inci) kiub pasta yang betul-betul masak, sayuran, bebola daging, keju dan buah yang ranum. 

Berusia 9 Bulan

Untuk mengekalkan penambahan beratnya, suap anak anda snek ringan antara sarapan dan makan tengahari dan antara makan tengahari dan makan malam.

Bayi Perlu Makan: Susu badan dan formula, puri kasar, dan banyak makanan jejari. Biarkan dia makan dari pinggan anda selagi tidak membuatnya tercekik.

Berusia 10 Bulan

Bayi mungkin meragkak diseluruh lantai dapur dan mungkin cuba berdiri dan bertatih dengan bantuan meja, kerusi atau kaki anda. Merangkak membakar banyak kalori, jadi kenaikan berat badannya mungkin perlahan sedikit sekarang.

Bayi Perlu Makan: Makanan jejari yang sesuai dengannya. Cuba juga memberinya sayuran hijau, buah yang lebih keras seperti epal yang dipotong dadu dan mi kecil, kata Dr. Dolgoff. Bayi anda masih lagi mengambil susu badan dan formula ketika ini.

Berusia 11-12 Bulan

Dua bulan berikut memegang ganjaran besar kepada kerja keras anda. Pada ulangtahun kelahirannya yang pertama, beratnya akan meningkat tiga kali ganda kelahirannya dan akan mengambil langkah pertamanya apabila dia mula bertatih!