Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Panduan Praktikal Mengajar Anak Pelbagai Peringkat Umur Tentang Nilai Wang

800x600

Panduan praktikal mengajar anak dari pelbagai peringkat umur tentang nilai wang

Penting untuk mengajar anak anda tentang nilai wang secepat mungkin. Walaupun segelintir mungkin fikir ia adalah subjek yang taboo, kami mohon kelainan. Tetapan nada tentang bagaimana kita melihat dan menghargai setiap ringgit dan sen bermula dari rumah, dan menyediakan ruang tentang bagaimana mereka menilai dan menghargai wang.

Ini adalah beberapa panduan untuk mengajar anak- anak – besar dan kecil – tentang nilai wang.

Kanak-kanak

Kanak-kanak perlu diajar dengan kreatif kerana genggaman tentang konsep masih kecil.ini adalah helah DIY yang boleh dilakukan:

·         Lekatkan syiling  bersama magnet dan letakkan di peti ais atau papan putih. Contohnya, tunjukkan anak anda berapa banyak syiling 5 sen diperlukan untuk mendapat 20 sen.

·         Bercakap tentang cara orang mendapatkan wang. Seiring perjaanan anda, tunjukkan profsion yang berbeza. Misalnya, pemilik gerai, guru, pemandu bas. Ajar mereka konsep bekerja secara professional dan gaji bulanan.

·         Jika membawa anak anda ke pasar atau kedai runcit, tunjukkan mereka cara menawar dan bertolak ansur. Jika di francais pasaraya, tunjukkan mereka cara untuk melihat tanda harga yang berbeza dan menilai keluaran yang segar.

·         Tunjukkan mereka kod tawaran dan kupon dan terangkan cara ia menjimatkan wang anda.

·         Reka bebrapa jar duit di rumah – simpanan, barangan runcit, pelaburan, derma  – dan minta bantuan mereka untuk meletakkan duit ke dalam jar-jar tersebut. Ini mengajar mereka beberapa penggunaan duit, dan bukan sahaja untuk dibazirkan. Anda juga mengajar mereka belanjawan asas.

·         Jika mereka inginkan permainan yang mahal, buat simpanan dan bantu mereka mencapai sasaran. Boleh juga dibuat dengan tabung, dan terangkan caranya kepada mereka. Letakkan simpanan asas harian di dalam jar membuat duit bertambah sehingga mereka mampu untuk membeli barangan mahal. Juga, dengan mengajar mereka  melewatkan kehendak, mereka mungkin berfikir dua kali sebelum memecahkan tabung untuk permainan yang tidak memuaskan.

·         Ajar mereka tentang bekalan duit yang terhad. Kaedah yang hebat melaksanakannya ialah membiarkan mereka membuat pilihan. Misalnya, perjalanan ke pit bola atau filem? Mereka tidak boleh mendapatkan keduanya kerana terlalu banyak duit akan dibelanjakan. Bantu mereka menilai keinginan dengan kewangan adalah pelajaran yang tepat kepada mereka.

Remaja

·         Cipta akaun bank yang memberi nilai akauntabiliti dan kebanggaan. Ajar mereka asas seperti, menjejak wang mereka, membuat bayaran yang mudah dan juga mendeposit duit untuk simpanan.

·         Jika anda sudah benar-benar percaya anak anda, buatkan mereka kad kredit tambahan. Walaupun ia memerlukan kawalan dan pengurusan yang tegas. Anda perlu menguruskan penyata bulanan dan berbincang dengan mereka bentuk perbelanjaan jika sudah terlebih. Tetapi kebanyakan remaja tidak tahu mengurus hutang kad kredit mereka, ini boleh menjadi latihan asas yang bagus untuk membantu melengkapkan kemahiran sebelum mereka membuat kad sendiri. Ajar mereka konsep meminjam dan tiada “duit percuma” untuk dibelanjakan. Anda juga boleh menghadkan pengeluaran dan lihat jika mereka boleh bertahan dengannya. Penting untuk mengajar mereka pengurusan wang menggunakan kad kerana menuju ke masyarakat tanpa tunai dan penting juga untuk menjejak pengeluarannya ketika tidak menggunakan tunai. Pelbagai lagi kawalan pengeluaran yang sukar.

·         Biar mereka membuat kerja rumah untuk mendapatkan wang. Ini mengajar mereka konsep ganjaran kerja keras.

·         Jika anak anda kaki permainan, anda mungkin ingin mengajarnya nilai wang dan pembelian “syiling” dalam talian sebenarnya menghabiskan akaun simpanan, anda boleh mengaitkan kad tambahan mereka dengan ID dalam talian dan memeberi mereka elaun bulanan, untuk memastikan tiada pembaziran.

·         Galakkan mereka untuk menggunakan semula atau menjual permainan lama. Duit yang diperoleh daripada jualan boleh terus dimasukkan ke dalam akaun simpanan atau membeli permainan baru.

·         Ini mungkin masa yang sesuai untuk mengajar mereka tentang mata wang asing dan nilainya yang berbeza dengan Ringgit. Ini mungkin membuat mereka lebih menghargai nilai perjalanan seberang dengan lebih baik.

·         Beri mereka elaun sambil membantu mereka membuat keputusan untuk perbelanjaaan bulanan, contohnya, telefon prabayar/perbelanjaan internet, pakaian, kenderaan, makanan, perbekalan persekolahan, filem, dan sebagainya.