Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Panduan Pendaftaran Tahun 1 Bagi Sesi Pengambilan 2024/2025 Secara Online Di Malaysia

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak lahir pada tahun 2017 dan 2018, adakah anda sudah mendaftar anak untuk kemasukan ke Tahun 1 untuk sesi pengambilan 2024/2025?

Untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga, mulai tahun 2023 pendaftaran Tahun 1 secara online adalah di Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di pautan https://idme.moe.gov.my/login. Pendaftaran Tahun 1 Kalendar akedemik sesi 2024/2025 boleh dibuat di pautan tersebut.

Permohonan boleh dilakukan secara online dan manual untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan WP Labuan. Anda juga boleh membuat pendaftaran dan semakan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara online. Terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir dari 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa Pendaftaran Tahun 1 bagi ambilan 2024/2025 telah dibuka bermula 2 Mei 2023 sehingga 30 Jun 2023 bagi seluruh negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan WP Labuan.

Berikut merupakan info-info dan proses pendaftaran Tahun 1 yang anda harus tahu:

Siapakah yang Layak Mendaftar Tahun 1 Bagi Sesi 2024/2025?

  • Kemasukan Tahun 2024 – Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.

Tarikh Penting Yang Mommy Harus Tahu 

  • Pendaftaran secara atas talian kini telah dibuka: 2 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023.
  • Keputusan penempatan: 1-31 Oktober 2023
  • Tarikh Rayuan: 1-31 Disember 2023

Cara Mendaftar 

Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) telah diperkenalkan oleh KPM untuk memudahkan ibu bapa membuat pendaftaran Tahun 1 tanpa perlu isi borang manual.

a. Layari portal rasmi Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) dan kemudian klik pada butang ‘Pengguna Baru’. Isikan semua maklumat yang diperlukan. Mommy kena pastikan semua maklumat diisi dengan betul dan lengkap tau.

Highlighted


b. Kemudian, Mommy akan kembali ke skrin yang pertama tadi untuk log masuk dengan akaun yang baru anda isikan sebentar tadi.

c. Setelah berjaya masuk, Mommy perlu klik bahagian pengurusan awam untuk mengisi segala maklumat yang diperlukan.

d. Seterusnya, akan keluar paparan nama dan no kad pengenalan. Mommy perlu klik pengurusan profil dan mengemaskini maklumat peribadi, maklumat pasangan dan juga maklumat anak jagaan.

e. Pastikan segala maklumat peribadi telah diisi dengan betul. Kemudian, klik simpan untuk semua maklumat yang telah dikemaskini. Setelah lengkap dan buat pengesahan barulah Mommy boleh pergi ke bahagian permohonan kemasukan.

f. Klik pada bahagian Permohonan Kemasukan Ke Tahun 1 KPM Tahun 2024. Masukkan nombor Mykid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar.

g. Kemudian, Mommy perlu semak semula bahawa nama dan mykid adalah betul sebelum klik pada bahagian Mohon.

 

h. Mommy boleh memilih sekolah yang sesuai untuk anak Mommy. Pilihan sekolah berdasarkan alamat tempat tinggal yang didaftarkan. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya.

i. Seterusnya, Mommy perlu memuat naik dokumen yang diperlukan mengikut format dan saiz yang ditetapkan. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya.

Dokumen Sokongan yang diperlukan:

  • Salinan Slip Gaji Ibu dan Bapa/ Pengesahan Pendapatan ( Bagi yang tiada penyata gaji)
  • Mykad ibu/ bapa/ penjaga
  • Sijil Digital Mysejahtera/ Salinan Kad Vaksinasi
  • Salinan Surat Nikah/ Surat Kahwin/ Surat Cerai/ Surat Pembubaran

j. Setelah selesai muat naik semua dokumen, semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.

Mommy juga perlu mencetak permohonan yang telah dibuat untuk tujuan rujukan.

Semakan Keputusan Pendaftaran Murid Tahun 1 Online 2024/2025

Mommy boleh menyemak keputusan permohonan penempatan Tahun 1 di pautan https://idme.moe.gov.my/login pada 1 hingga 30 Oktober 2023. Pemakluman keputusan permohonan penempatan akan dipaparkan di laman utama idme untuk makluman ibu bapa dan penjaga.

  • Untuk yang TIDAK berjaya

Rayuan Penempatan Semula boleh dibuat melalui sistem yang sama selepas keputusan diumumkan.

Tarikh Rayuan: 1 Disember – 31 Disember 2023

Manual Pengguna

Mommy juga boleh download manual pengguna idMe di sini.

Cara Hubungi Pihak Berkenaan

Sekiranya Mommy mengalami sebarang masalah ketika mengisi borang tersebut, Mommy boleh menghubungi pihak berkenaan di:

  • Emel ke supportidMe@moe.gov.my
  • Untuk isu teknikal: Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 Putrajaya

Pastikan Mommy dan Daddy telah mengisikan segala borang yang diperlukan dengan betul. ‘Double-check’ sebelum tekan butang ‘Hantar’ ya. Semoga dipermudahkan semuanya!

  1. Bilakah tempoh pendaftaran Tahun 1 2024/2025?

    2 Mei sehingga 30 Jun 2023

  2. Pendaftaran Tahun 1 2024/2025 boleh dibuat

    Secara atas talian: https://idme.moe.gov.my/login

    Secara manual: pendaftaran di sekolah

3. Apakah yang harus dilakukan sekiranya permohonan gagal?

Untuk permohonan yang gagal, anda boleh membuat rayuan dengan mengisi borang dipautan yang sama selepas keputusan diumumkan.

  1. Cara mendaftar pelajar Tahun 1 secara online:

    1. Layari laman web Sistem Bersepadu KPM (MOEIS)
    2. Sekiranya anda pernah mendaftar, sila login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
    3. Untuk pengguna baru, anda harus mendaftar dahulu di: https://idmstrn.moe.gov.my/daftarawam

    Kemudian isikan informasi yang diperlukan.