Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Jom Beach-Dipping di 6 Pantai di Kedah Ini!

pantai di Kedah

Apabila kita bercuti atau berjalan-jalan di suatu tempat tu, selain daripada keenakan makanannya, kita pasti akan mencari tempat-tempat semula jadi yang cantik di sekitarnya kan?

Kalau di Kedah, ada banyak pantai yang indah Mommy dan Daddy. Nak mandi manda, berkelah, buat aktiviti dan sukan air; macam-macam boleh!

6 Pantai di Kedah Yang Sesuai Untuk Percutian Mommy Seterusnya

Jom, kita ke pantai-pantai di Kedah:

#1. Pantai Pasir Tengkorak

Highlighted

Kredit gambar: Facebook@ Jalan-Jalan Cari Makan Di Kedah

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di pantai ini ialah:

  • Mandi manda
  • Berkelah
  • Sun-bathing

Alamat: Pantai Pasir Tengkorak, Pantai Pasir Tengkorak

#2. Pantai Murni

Kredit gambar: Facebook@ Jalan-Jalan Cari Makan Di Kedah

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di pantai ini ialah:

  • Mandi manda
  • Berkelah
  • Menginap di resort dan chalet berdekatan
  • Makan-makan

Alamat: Pantai Murni, 06900 Yan, Kedah

#3. Pantai Merdeka

Kredit gambar: adamhomestay.com

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di pantai ini ialah:

  • Mandi manda
  • Berkelah
  • Menginap di resort dan chalet berdekatan
  • Makan-makan
  • Berkhemah

Alamat: Pantai Merdeka, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah

#4. Pantai Rhu Tanjung Dawai

Kredit gambar: kakitravel.net

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di pantai ini ialah:

  • Mandi manda
  • Berkelah
  • Makan-makan menikmati makanan laut segar dan celup tepung
  • Beli-belah produk hasil laut seperti keropok

Alamat: 153, K161, Tanjung Dawai, 08400 Merbok, Kedah
Tel: 011-2140 4190
Akaun Facebook: Pantai Rhu Tanjung Dawai

#5. Pantai Teluk Nipah

Kredit gambar: Youtube @ Campervan Atok

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di pantai ini ialah:

  • Mandi manda
  • Berkelah
  • Makan-makan
  • Melihat kehidupan di kampung nelayan

Alamat: Pantai Teluk Nipah, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam

#6. Pantai Pulau Sayak

Kredit gambar: Youtube @ Zam Kdh

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di pantai ini ialah:

  • Mandi manda
  • Berkelah
  • Makan-makan
  • Menginap di chalet berdekatan

Alamat: Pantai Pulau Sayak, K639, Kampung Pulau Sayak, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah

Cantik-cantik juga pantai di sekitar negeri Kedah ni kan? Kalau tak buat aktiviti apa-apa pun, sekadar datang ke pantai pun dah cukup. Boleh menenangkan fikiran dan lari sekejap daripada kesibukan harian.

Nanti ke sini, jangan lupa bergambar untuk kenang-kenangan ya?


Banyak je pantai menarik dekat Malaysia ni. Rujuk SINI untuk panduan percutian Mommy yang seterusnya.