Kelantan merupakan salah satu daripada 14 negeri di Malaysia yang terletak di pantai timur semenanjung Malaysia. Pantai di Kelantan adalah antara tarikan utama bagi para pelancong, tidak kira sama ada lokasi tersebut terkenal atau tidak.
Keunikan dan keindahan yang terdapat pada setiap pantai di negeri Cik Siti Wan Kembang ini membuatkan semua tempat ini sering menjadi pilihan ramai untuk santai petang.
Bagi anda yang baharu pertama kali menjejakkan kaki ke negeri Serambi Mekah ini, boleh ikuti perkongsian di bawah mengenai senarai pantai menarik di Kelantan. Jom lihat!
Senarai Pantai Di Kelantan
Di bawah ini, adalah 10 pantai di Kelantan yang pasti akan memukau anda iaitu:
#1. Pantai Cahaya Bulan
Pantai Cahaya Bulan, atau lebih dikenali sebagai PCB, terletak di sebelah barat Kota Bharu dan merupakan antara pantai terbaik di Kelantan.
Ia menghadap Laut China Selatan dan terkenal dengan pasir putihnya yang lembut dan panorama matahari terbenam yang cantik.
#2. Pantai Sabak
Pantai Sabak terletak di Pengkalan Chepa dan tidak jauh dari Lapangan Terbang Kelantan.
Pantai ini antara pantai paling ramai dikunjungi pelancong asing untuk berjemur sambil merasai suasana panas di tepi pantai.
Di pantai ini juga pengunjung boleh menikmati hidangan ikan celup tepung atau dikenali sebagai Acu Tera yang sememangnya terkenal dengan keenakan dan kesegaran makanan laut tersebut.
#3. Pantai Bisikan Bayu
Terletak di Kampung Semerak, Pantai Bisikan Bayu merupakan pusat pelancongan yang terawal dibangunkan di Pasir Puteh.
Pantai ini sesuai dijadikan destinasi penginapan bersama keluarga kerana terdapat banyak chalet yang disertakan dengan kolam renang sebagai aktiviti riadah bersama yang tersayang.
Selain itu, ia juga menjadi tumpuan pengunjung untuk menikmati suasananya yang tenang dan tiada gangguan.
#4. Pantai Irama Merupakan Pantai Viral di Kelantan
Pantai Irama ialah pantai paling famous di daerah Bachok. Mendapat jolokan Pantai Irama kerana seolah-olah bunyi tiupan angin yang menenangkan jiwa.
Pantai Irama mempunyai air laut yang membiru dan dikelilingi oleh pokok rhu dan pokok kelapa menjadikan suasana di sini agak teduh dan sesuai untuk bersantai.
#5. Pantai Seri Tujuh
Pantai Seri Tujuh terletak di Tumpat, Kelantan. Mendapat nama Pantai Sri Tujuh kerana terdapat 7 teluk atau lebih di sini.
Kedudukan pantai ini menghadap ke arah Laut China Selatan dan bersempadan dengan Thailand.
Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuklah berkelah, berkhemah, melihat pertandingan wau antarabangsa, dan lain-lain lagi.
#6. Pantai Mek Mas
Mungkin masih belum ramai yang mengetahui berkenaan Pantai Mek Mas ini. Namun, itu tidak bermaksud pantai ini tiada daya tarikan.
Pantai ini bersambung dengan sungai serta mempunyai beberapa gunung berpasir seolah-olah berada di padang pasir atau gurun.
Tempat ini amat instagrammable yang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai tempat mengambil gambar untuk perkahwinan, pre-konvo dan lain-lain lagi.
#7. Pantai Tok Bali
Pantai Tok Bali adalah sebuah pantai yang menjadi penempatan para nelayan melakukan ativiti laut mereka.
Apa yang menarik di sini adalah terdapatnya ramai penjal makanan laut yang segar dengan harga berpatutan di sini.
Pantainya yang indah dan tenang juga menjadi faktor penarik pengunjung ke sini.
#8. Pantai Geting Antara Senarai Pantai di Kelantan
Pantai Geting ini berada dalam kawasan Tumpat, Kelantan. Sebuah tempat peranginan yang sesuai untuk aktiviti berkeluarga kerana mempunyai keluasan tempat yang agak besar.
Di pantai ini juga terdapat banyak aktiviti sukan untuk kanak-kanak. Antaranya ialah supa dupa, belon air dan lain-lain.
#9. Pantai D’Aur
Pantai D’Aur terletak dalam daerah Bachol, Kelantan. Dikunjungi oleh ramai orang kerana kecantikan dekorasinya.
Selain itu, kecantikan pantai yang terjaga rapi juga menjadi tarikan kepada ramai pengunjung. Pasir yang memutih dan pemandangan yang sangat indah terutamanya pada waktu matahari terbenam.
#10. Pantai Senok Merupakan Pantai Viral di Kelantan
Pantai Senok yang juga dikenali sebagai “Pulau Nami” terletak dalam daerah Bachok. Pantai ini mula menjadi perhatian orang ramai selepas ianya viral di dalam Facebook.
Mendapat jolokan Pulau Nami kerana dikelilingi pokok rhu yang tersusun cantik dan lurus secara semula jadi.
Kebanyakan pantai-pantai ini masih terjaga rapi keindahan semula jadinya. Sangat sesuai dengan mereka yang cintakan alam semula jadi.
Inginkan lebih informasi berkenaan tempat menarik yang lain? Jom baca lebih lanjut di SINI!