Pulau Pinang merupakan salah satu destinasi pelancongan yang popular di Malaysia dengan tempat-tempat menarik termasuklah pantai yang cukup indah. Terdapat lebih daripada sepuluh pantai di Penang yang menjanjikan panorama yang cukup indah dan sesuai dengan aktiviti marin.
Untuk mengetahui apakah pantai yang menarik dan digemari ramai di sini, anda boleh ikuti perkongsian di bawah!
Senarai Pantai Di Penang
Berikut adalah 10 pantai yang wajib anda lawati jika datang ke Pulau Pinang iaitu:
#1. Pantai Batu Ferringhi Antara Pantai di Penang Yang Popular
Pantai Batu Ferringhi tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ramai yang sudah tahu berkenaan keindahan pantai yang dimiliki oleh pantai ini.
Pantai ini merupakan pantai paling popular di Pulau Pinang. Pantai ini menampilkan pasir putih bersih dan air laut yang jernih.
Pelbagai aktiviti seperti banana boat ride, parasailing, dan jet ski boleh dilakukan bersama keluarga di sini.
Bukan itu sahaja, di sini juga erdapat banyak penginapan seperti hotel, chalet dan apartment yang boleh dipilih sekiranya anda ingin menginap di tempat ini.
#2. Pantai Tanjung Bungah
Pantai Tanjung Bungah mempunyai pasir putih bersih dan pemandangan pantai yang menarik.
Jika anda seorang yang gemarkan aktiviti sukan air, Pantai Tanjung Bungah adalah tempat yang sesuai untuk anda kerana di sini terdapat Pusat Sukan Air Pulau Pinang.
Anda boleh melakukan aktiviti parasailing atau wakeboarding dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang lain boleh anda lakukan jika berkunjung ke sini.
#3. Pantai Pulau Jerejak
Pantai Pulau Jerejak mempunyai pantai yang bersih dan hutan hujan yang subur serta suasana dengan menenangkan dan ia juga merupakan antara pantai yang paling bersih yang terdapat di Pulau Pinang.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan sekiranya berkunjung ke sini adalah berenang, berkayak, bermain polo air, merentas hutan, bermain paintball, bola tampar pantai dan banyak lagi.
Di sini juga turut disediakan tempat penginapan sekiranya anda ingin merehatkan diri dan bermalam di sini.
#4. Pantai Monkey Beach Antara Pilihan Pantai Menarik di Pulau Pinang
Pantai Monkey Beach terletak di Taman Negara Pulau Pinang dan hanya boleh dicapai melalui jalan air atau dengan mendaki hutan.
Pantai ini terkenal dengan pelbagai spesies monyet serta aktiviti contohnya seperti menyelam, memancing dan banyak lagi.
#5. Pilihan Pantai di Penang Antaranya Kerachut
Pantai Kerachut adalah destinasi yang tepat sekiranya anda ingin melarikan diri daripada hiruk pikuk di bandar.
Dengan pasir pantai yang putih, air yang jernih dan alam semulajadi yang menghijau, ia membuatkan kedatangan anda ke sini seolah-olah berada di syurga dunia.
Disebabkan ciri-cirinya yang menarik, pantai ini sering menjadi tumpuan pengunjung dari serata tempat.
Bukan itu sahaja, anda boleh melihat penyu hijau, penyu sisik dan penyu lipas bersarang di sini sekiranya anda berkunjung antara September hingga Februari.
#6. Pantai Tanjung Asam
Pantai Tanjung Asam terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang menawarkan suasana yang tenang dan damai.
Pasir putih bersih dan air laut yang jernih menjadikan tempat ini popular di kalangan penduduk tempatan.
#7. Pantai Pasir Panjang
Pantai Pasir Panjang ini bagaikan permata yang tersembunyi kerana masih ramai yang tidak mengetahui berkenaan dengan pantai ini.
Pantai yang indah,dikelilingi oleh pohon palma yang tinggi, dan mempunyai pemandangn matahari terbenam yang cukup cantik.
Sudah pasti boleh menjadi destinasi percutian yang mengujakan.
#8. Pantai Moonlight Bay
Pantai Moonlight Bay ini terletak di antara Pantai Miami dan Pantai Batu Ferringhi. Walaupun kedudukannya agak terpencil namun, pantai ini sangat cantik dan menawarkan pemandangan yang menakjubkan.
Pantai ini adalah tempat yang popular untuk mandi dan berkelah bersama keluarga.
#9. Pantai Teluk Kampi
Pantai Teluk Kampi ini terletak di dalam Taman Negara Pulau Pinang. Kunjungan anda ke pantai ini pastinya akan menjadi satu pengalaman yang sangat menyeronokkan apabila melihat landskap yang indah dan pemandangan yang menawan.
Jika rezeki memihak kepada anda, anda boleh menyaksikan penyu laut naik ke darat untuk bertelur.
#10. Pantai Teluk Bayu
Pantai Teluk Bayu ini terletak di Teluk Kumbar, Pulau Pinang dan menawarkan suasana yang tenang dan damai.
Pantai ini mempunyai pasir putih bersih dan air laut yang jernih, menjadikan ia sesuai untuk mandi, berkelah, bermain layang-layang dan lain-lain.
Pulau Pinang sememangnya menawarkan pelbagai jenis pantai untuk dinikmati oleh pelancong. Setiap pantai mempunyai keunikan tersendiri dan aktiviti yang menarik untuk dinikmati.
Oleh itu, pastikan untuk merancang perjalanan anda dengan baik dan memilih pantai yang paling sesuai dengan keperluan anda.
Untuk lebih banyak tempat menarik untuk dilawati di Pulau Pinang baca di SINI!