Perak merupakan negeri di Malaysia yang mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. Salah satu tempat yang paling popular dan disukai ramai sudah tentu adalah pantai di Perak yang banyak pilihannya.
Kesemua pantai di Perak ini memiliki keunikan dan kecantikannya yang tersendiri.
Bagi anda yang merancang untuk melancong ke negeri ini, jangan lupa untuk lawati kesemua pantai di Perak dengan jadikan perkongsian ini sebagai rujukan anda!
Untuk mengetahui apakah senarai pantai menarik di Perak tersebut, ikuti perkongsian di bawah!
Senarai Pantai di Perak
Di bawah ini adalah senarai 10 pantai yang wajib dilawati di Perak iaitu:
#1. Pantai Teluk Senangin
Pantai Teluk Senangin terletak dalam daerah Manjung, kira-kira 32 km dari bandar Setiawan. Pantai ini terkenal dengan pasirnya yang putih dan air yang jernih.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di pantai ini, antaranya ialah mandi laut, ATV, berkayak, memancing, berkhemah, meronda kawasan sekitar dengan bot dan banyak lagi.
#2. Pantai Teluk Batik
Pantai Teluk Batik merupakan salah satu pantai tercantik di negeri Perak.
Terletak di daerah Manjung, pantai ini menawarkan aktiviti seperti mandi laut, jet ski, aktiviti berkhemah, parasailing dan banyak lagi.
Di sini juga terdapat penginapan yang boleh dipilih sekiranya datang berkunjung ke sini.
#3. Pantai Pasir Panjang
Pantai Pasir Panjang yang terletak di daerah Manjung merupakan pantai paling panjang iaitu sepanjang 6 km.
Kehalusan pasir pantai, pohon yang merimbun dan kawasan yang bebas dari gangguan menjadikan Pantai Pasir Panjang sebuah kawasan yang ideal untuk penyu bertelur.
#4. Pantai Remis di Perak
Pantai Remis adalah salah satu destinasi percutian yang sangat menarik untuk dikunjungi.
Pantai yang kaya dengan sumber alam sekitar ini sangat mempesonakan dan mampu memberikan ketenangan kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah mandi laut, memancing, berkhemah dan lain-lain.
#5. Pantai Teluk Nipah
Inginkan percutian di tempat yang mempunyai pasir pantai yang seputih salji, air biru kristal dan bukit-bukau hijau yang subur?
Pantai Teluk Nipah adalah jawapannya. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah berkayak, bermain sukan air, snorkeling dan lain-lain.
#6. Pantai Damai Laut
Seperti namanya, kumjungan anda ke sini pastinya mendamaikan.
Pantai Damai Laut ialah antara pantai yang memukau pandangan sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini.
Pantai ini terletak di daerah Lumut dan mempunyai pantai yang jernih dan tenang. Pantai ini sesuai untuk berkelah dan memancing.
#7. Pantai Ban Pecah
Pantai Ban Pecah ini terletak di Tanjung Piandang, Batu Kurau, Perak. Pantai Ban Pecah adalah tempat yang terbaik untuk dikunjungi jika anda mahukan tempat yang tenang untuk berehat dan bersantai.
Walaupun pantai ini agak kecil tetapi sering menjadi tumpuan ramai orang untuk beriadah di sini kerana keindahannya.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah berkelah, bermain layang-layang, menaiki ATV dan banyak lagi.
#8. Pulau Pangkor Merupakan Pantai Perak Yang Popular
Tidak perlu diperkenalkan lagi destinasi percutian ini. Pulau Pangkor mempunyai pulau dan pantai yang indah dan menjadi antara destinasi percutian utama dalam Malaysia.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah snorkeling, scuba, berkayak dan banyak lagi.
#9. Pulau Giam
Pulau Giam adalah salah satu pulau kecil yang terdapat di Pulau Pangkor.
Pantai yang bersih dengan air yang jernih pastinya memukau pandangan setiap yang memandang.
Jika anda seorang yang sukakan aktiviti snorkeling dan berkayak jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sini.
#10. Pantai Pasir Bogak di Perak
Pasir Bogak merupakan pantai yang terkenal di Pulau Pangkor.
Pantai ini menawarkan pasir putih dan air yang tenang dan sesuai untuk aktiviti seperti berkelah, memancing dan sebagainya.
Lengkap kesemua pantai yang cantik di negeri ini yang sangat sesuai dan popular untuk dilawati oleh para pengunjung yang gemar menikmati keindahan pantai!
Selamat melancong!
Mommy jugak boleh lihat pelbagai lagi tempat menarik yang lain di sendiri di SINI!