Selangor, sebuah negeri yang padat dengan penduduk dan pesat membangun. Tetapi, tahukah anda walaupun membangun dengan pesat terdapat banyak pantai di Selangor yang cantik dan menarik untuk dilawati?
Kesemua pantai ini pula mempunyai keindahan yang tersendiri dan pelbagai aktiviti yang menarik boleh anda lakukan bersama keluarga tersayang.
Tanpa membuang masa, jom lihat apakah senarai pantai yang terdapat di negeri ini!
Senarai 10 Pantai di Selangor
Berikut adalah 10 pantai di Selangor yang boleh menjadi pilihan untuk anda menenangkan fikiran dan beriadah bersama keluarga.
#1. Morib Antara Pantai di Selangor Yang Popular
Sebut sahaja Pantai Morib pasti semua orang tahu berkenaan panatai ini. Pantai Morib terletak di daerah Kuala Langat Selangor. Pantai ini mempunyai pantai yang panjang dan pasirnya yang putih dan lembut.
Aktiviti yang boleh dilakukan ialah berkelah, mandi-manda, bermain bola tampar dan bola sepak pantai.
Alamat: Pantai Morib, 42700 Banting, Selangor
#2. Pantai Bagan Lalang
Pantai Bagan Lalang terletak di Sepang Selangor. Pantai ini sangat terkenal karena pemandangan langit biru, ombak yang tenang serta pasir pantai yang lembut.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah memancing dan menikmati keindahan panorama pantai. Pantai ini antara pantai yang hebat di Selangor kerana terletaknya resort mewah seperti Avani Sepang Gold Coast.
Alamat: Bagan Lalang, 43950 Tanjong Sepat, Selangor
#3. Pantai Kelanang
Tempat menarik ini terletak di Felda Tanjung Layang, Kampung Kelanang, Selangor. Pantai ini masih terjaga kerana kurang dikunjungi dan berbeza daripada pantai-pantai yang lain.
Pasir di pantai ini bukanlah 100% pasir tetapi juga bercampur dengan lumpur. Oleh itu, anda harus berhati-hati sekiranya berkunjung ke sini.
Anda inginkan privasi? Berkungjunglah ke Pantai Kelanang.
Alamat: Pantai Kelanang, Kampung Kelanang, Selangor
#4. Pantai Remis
Pantai Remis terletak di Kuala Selangor. Walaupun tidak sesuai untuk mandi di sini kerana air laut yang bergelora dan terdapat batu-batu yang besar akibat ditambak, namun, masih terdapat banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini.
Antaranya ialah berkelah, berkhemah, memancing dan bermain layang-layang.
Alamat: Jalan Pantai Remis, Kampung Dungun, 45800 Jeram, Selangor
#5. Pantai Redang Sekinchan
Pantai Redang Sekinchan berada di Sekinchan. Bukan sahaja terkenal dengan sawah padi, tetapi Sekinchan pun ada pantai yang cantik tau.
Anda boleh berjalan di pesisiran pantai sambil mengutip cengkerang dan melihat burung serta menyaksikan keindahan matahari terbenam.
Alamat: Pantai Redang Sekinchan,25, Jalan Jpt, 45400 Sekinchan, Selangor
#6. Pantai Cunang Antara Pantai Cantik di Selangor
Mahukan pantai yang privasi? Pantai Cunanglah jawapannya. Antara hidden gem di Selangor kerana masih belum ramai yang mengetahui berkenaan pantai ini.
Oleh kerana itu, pantai ini terjaga dan bersih. Mempunyai pasir pantai yang putih dan air laut yang jernih, pastinya memukau sesiapa sahaja yang hadir ke sini.
Ada pokok rhu yang di taman di sepanjang persisiran pantai dan pokok bakau di dalam air. Sangat sesuai untuk bergambar di sini.
Alamat: 17, Jalan Pelangi 20, Pekan Tanjung Sepat, 42800 Tanjong Sepat, Selangor
#7. Pantai Bagan Nakhoda Omar Antara Pantai di Selangor Yang Digemari Ramai
Pantai Bagan Nakhoda Omar ini terletak daerah Sabak Bernam, Selangor. Pemandangan pokok bakau di sini sangat cantik. menghabiskan masa di sini bersama keluarga sambil menikmati angin laut dan melihat pemandangan alam sekitar pastinya sangat mendamaikan.
Yang paling menarik di sini ialah kedudukan pantai ini menghadap ke arah matahari terbenam.
Alamat: Jalan Satu Pantai Bno, 45200 Sabak Bernam, Selangor
#9. Pulau Ketam
Pulau Ketam ini terletak di Sungai Klang dan berhampiran dengan Pelabuhan Klang. Pulau Ketam merupakan kawasan perkampungan nelayan masyarakat Cina.
Satu-satunya cara untuk sampai ke Pulau Ketam ini hanyalah melalui feri dan akan melalui kawasan paya bakau.
Sekali-sekala ingin berjalan-jalan melihat kehidupan para nelayan apa salahnya kan? Asyik lihat kehidupan di bandar saja.
Alamat: Pulau Ketam, Port Klang, Selangor.
#10. Pantai Tanjung Rhu Pantai Menarik di Selangor
Pantai Tanjung Rhu ini berdekatan dengan Pulau Carey. Pantai ini juga berdekatan dengan perkampungan masyarakat Orang Asli Meh Meri.
Jika ada rezeki anda semasa berkunjung ke sini anda berpeluang untuk melihat masyarakat orang asli ini kerana mereka masih mengamalkan cara hidup tradisional dan berpegang teguh pada kepercayaan nenek moyang mereka.
Alamat: Pantai Tanjung Rhu,Jalan Pulau Carey, 42000 Pulau Carey, Selangor
Setiap pantai mempunyai kecantikan dan keunikannya yang tersendiri. Bagi pengunjung sentiasa ingat untuk sama-sama menjaga kecantikan alam semulajadi ini sebaiknya.
Untuk lebih informasi berkenaan tempat menarik di Selangor, jangan lupa klik di SINI!