Terengganu merupakan salah satu negeri di Malaysia yang mempunyai banyak pantai yang cantik dan bersih. Pantai-pantai ini telah menarik perhatian ramai pelancong dari serata dunia. Pantai di Terengganu mempunyai keunikan tersendiri seperti pasir putih, laut biru, kesegaran udara serta keindahan alam semula jadi yang memukau hati.
Terdapat pelbagai pantai yang boleh dikunjungi seperti pantai yang sesuai untuk mandi-manda, pantai untuk aktiviti air, dan pantai untuk menikmati pemandangan matahari terbenam.
Ketahui senarai pantai Terengganu cantik yang paling popular melalui perkongsian di bawah!
Senarai Pantai di Terengganu
Berikut adalah 10 pantai di Terengganu yang menjanjikan pengalaman yang tidak terlupakan iaitu:
#1. Pantai Batu Buruk
Pantai Batu Burok terletak di Kuala Terengganu dan sangat popular di kalangan penduduk setempat dan pelancong.
Walaupun tidak sesuai untuk mandi-manda, tetapi ia menawarkan pemandangan yang menarik dan membolehkan aktiviti seperti memancing, berenang dan berkelah bersama keluarga dilakukan.
#2. Pantai Kelulut
Pantai Kelulut terletak di daerah Marang kira-kira 17 kilometer dari Kuala Terengganu.
Ia menawarkan pemandangan yang menenangkan dan keindahan pantai yang masih terjaga elok dan belum ramai yang mengetahui mengenai pantai ini.
#3. Pantai Kemasik Pantai Cantik di Terengganu
Pantai Kemasik terletak dalam daerah Kemaman. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di pantai ini seperti berkelah, melihat matahari naik dan terbenam, bermain layang-layang dan menikmati pemandangan yang mempesonakan.
#4. Pantai Chendering
Pantai Chendering atau dikenali juga dengan nama Pantai Pandak terletak dalam daerah Marang, kira-kira 9km dari Kuala Terengganu dan ia menjadi lokasi yang popular untuk aktiviti memancing.
Selain aktiviti mandi-manda, pelancong boleh menikmati pemandangan pantai yang indah dan bersantai bersama keluarga.
#5. Pantai Tok Jembal
Pantai Tok Jembal terletak di Kuala Nerus dan ia sesuai untuk aktiviti bermandi-manda, berkelah dan untuk bersantai dengan keluarga.
Pantai ini mempunyai kawasan pantai yang landau menjadi pilihan orang ramai untuk berkelah bersama keluarga.
Bot-bot nelayan yang tersadai di tepi pantai ini menambahkan lagi kecantikan pantai ini.
#6. Pantai Penarik Merupakan Pantai Cantik di Terengganu
Pantai Penarik terletak di Daerah Setiu. Pantai ini masih belum banyak dikenali oleh pelancong dan ia menawarkan pemandangan pantai yang cantik dan tenang.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah mandi pantai, snorkeling, berkelah, berjemur dan lain-lain lagi.
#7. Pulau Kapas
Pulau Kapas terletak di Kuala Terengganu dan menjadi destinasi popular untuk pelancong yang ingin menikmati kecantikan pulau dan pantai.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan di pulau ini seperti Snorkeling, Island Hopping, dan berjemur.
#8. Pulau Redang
Pulau Redang yang terletak dalam daerah Kuala Nerus merupakan sebuah pusat peranginan yang terkenal dengan pasir pantai yang putih.
Sememangnya Pulau Redang ini tidak boleh diragui lagi tentang kecantikan pantai dan alam semulajadi yang dimilikinya.
Terdapat juga pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan di pulau ini seperti Scuba Diving, Snorkeling, berjemur dan lain-lain.
#9. Pantai Teluk Lipat & Pantai Teluk Gadong
Pantai Teluk Lipat ini terletak di daerah Dungun. Pantai Teluk Lipat ini bersambung dengan Pantai Teluk Gadong.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah berjongging dan menikmati makanan laut celup tepung yang sememangnya popular di sini.
#10. Pantai Teluk Mak Nik (Monica Bay)
Pantai Teluk Mak Nik terletak dalam daerah Kemaman. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di pantai ini antaranya ialah bermain bola pantai, ATV, tengok motor scrambler, berkelah, bermain layang-layang dan banyak lagi.
Deretan pokok rhu di sepanjang pantai pastinya memberi kelegaan kepada mereka yang berkunjung ke pantai ini.
Kesemua 10 pantai yang menarik dekat Terengganu ini wajib anda kunjungi kerana bukan sahaja best tetapi mempunyai keindahannya yang tersendiri.
Secara keseluruhan, Terengganu mempunyai pantai-pantai yang cantik dan menarik serta sesuai untuk dijadikan destinasi bercuti.
Pantai-pantai ini menawarkan keindahan alam semula jadi yang sangat indah dan menjadi tumpuan para pelancong dari serata dunia.
Apa tunggu lagi jom datang berkunjung kesemua pantai dan pelbagai tempat menarik di Terengganu!
Selain pantai, Mommy boleh dapatkan pelbagai lagi info tempat percutian yang menarik di SINI!