Ibu, Bayi & Kanak Kanak

13 Pantang Larang Ketika Berpantang Yang Paling Popular

pantang larang ketika berpantang

Kredit gambar: astrafamily.co

Berpantang adalah satu amalan yang perlu dilalui oleh ibu yang baru lepas melahirkan. dalam masyarakat Melayu, amalan berpantang yang perlu dilalui oleh ibu yang baru lepas melahirkan adalah selama 44 hari.

Dalam tempoh 44 hari ini banyak pantang larang ketika berpantang perlu anda ikuti yang bertujuan untuk membantu pemulihan luka luaran dan dalaman ibu.

Hal ini kerana tubuh ibu telah melalui satu tempoh yang menguji ketahanan mental dan fizikal iaitu mengandung dan bersalin.

Semasa berpantang terdapat beberapa pantang larang yang harus diikuti oleh ibu bersalin. Apakah pantang larang tersebut?

Ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut!

Senarai Pantang Larang Ketika Berpantang

Highlighted

Kredit gambar: www.sog.com.sg

#1. Dilarang Tidur Tidak Berbantal

Tidur tidak berbantal akan menyebabkan ibu mudah terkena sakit kepala semasa berpantang. Hal ini kerana, darah kotor atau angin naik ke kepala.

Jika menggunakan bantal, kedudukan kepala yang lebih tinggi dari badan membantu mengelakkan darah kotor atau pun angin naik ke kepala.

#2. Pakai sarung kaki atau stokin

Kredit gambar: www.nst.com.my

Pemakaian sarung kaki atau stoki bertujuan untuk mengelakkan badan dimasuki angina dari bahagian kaki serta untuk memanaskan kaki.

#3. Elakkan Duduk Bercangkung

Terdapat 2 risiko yang mungkin berlaku sekiranya ibu baru bersalin duduk mencangkung. Yang pertama rahim boleh jatuh atau terkeluar dan yang kedua luka jahitan boleh terbuka. Jadi Mommy jangan duduk mencangkung ya!

#4. Duduk di Atas Kerusi semasa Mandi

Pantang larang ini bertujuan untuk mengelakkan ibu dari duduk bercangkung dan menjaga kesihatan sistem peranak dengan baik.

#5. Rapatkan Kaki semasa Tidur

Pantang larang seterusnya ialah apabila tidur kaki harus dirapatkan. Ini untuk mmebantu mempercepatkan penyembuhan sistem peranakan.

#6. Pantang Larang Semasa Berpantang dengan Mengelakkan Diri dari Terlalu Lasak dan Aktif

Selain itu, ibu baru bersalin tidak disarankan untuk keluar dari bilik selama satu atau dua minggu. Dapatkan bantuan suami atau orang lain untuk menguruskan kerja rumah dan juga bayi.

Melalui cara ini segala tenaga yang hilang dapat dipulihkan dan memberi kesempatan untuk Mommy berehat dengan sebaiknya.

#7. Elakkan Makan Ubi-ubian

Jika tidak mahu Mommy dan bayi mengalami masalah kembung perut, elakkan makan makanan yang berasaskan ubi-ubian. Ubi seperti keledek, keladi dan ubi kayu dikatakan bersifat angina yang oleh menyebabkan kembung perut.

#8. Jangan Tidur pada Waktu Matahari Naik

Kredit gambar: www.qchicken.com.sg

Pantang larang ini dibuat bertujuan untuk mengelakkan badan ibu menjadi lesu dan sakit-sakit. Mommy digalakkan untuk tidur sebentar sebelum masuk waktu Zohor untuk mendapatkan semula tenaga setelah penat berjaga pada waktu malam.

#9. Pantang Larang Semasa Berpantang dengan Mengelakkan Diri dari Tidur pada Waktu Senja

Mommy dilarang untuk tidur pada waktu senja. Hal ini kerana, tidur pada waktu ini boleh menyebabkan kepala terasa berat dan merasa pening. Waktu senja adalah waktu terbaik sekiranya Mommy ingin bersihkan badan.

Mommy yang sedang berpantang tidak dibenarkan untuk mandi pada waktu malam kerana risau sejuk angin malam akan masuk ke dalam tubuh.

#10. Jangan Menjahit dan Membaca

Kenapa tidak dibenarkan untuk menjahit dan membaca? Hal ini kerana, kedua-dua aktiviti ini memerlukan daya tumpuan yang lebih. Badan Mommy yang masih lemah akan membuat minda Mommy cepat letih dan hilang fokus.

#11. Tidak Boleh Minum Ais antara Pantang Larang Semasa Berpantang

Kredit gambar: pemconfinement.com

Ini adalah antara pantang larang yang sering dilanggar kerana faktor cuaca di Malaysia. Ini adalah pantang terbesar untuk ibu bersalin. Pantang ini bertujuan untuk mengelakkan badan Mommy menjadi lenguh dan sakit-sakit.

Sebaiknya, Mommy perlu amalkan minuman herba yang dijamin selamat untuk  Mommy dan bayi.

#12. Berjaga Supaya Ibu Jari Tidak Terhantuk

Mommy boleh pitam atau bentan sekiranya ibu jari kaki terhantuk. Oleh itu, Mommy perlu menjaga jari kaki sebaiknya dalam tempoh berpantang ini.

#13. Jangan bersama Suami selama 100 Hari antara Pantang Larang Semasa Berpantang

Pantang larang yang terakhir adalah jangan bersama suami selama 100 hari. Pantang larang ini bertujuan untuk membantu proses pemulihan sistem peranakan dan kesihatan ibu yang baru melahirkan.

Kesimpulannya, tiada salahnya untuk mengikuti pantang larang ketika berpantang ini kerana ianya bertujuan untuk memberikan ruang dan kesempatan kepada ibu yang baru melahirkan pulih dengan sempurna.

Namun, Mommy boleh juga amalkan mengikut kesesuaian tubuh Mommy. Mommy tahu kemampuan diri sendiri. Jika mampu lakukan semua adalah baik jika tidak mampu, lakukan semampunya juga sudah mencukupi.

Selamat membaca dan selamat berpantang!

Mommy juga boleh menyertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan pelbagai tips berguna serta ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi. Jom layari website Motherhood.com.my atau download aplikasi Motherhood.com.my.


Mommy boleh dapatkan pelbagai lagi info dan tips berpantang di SINI!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.