Ibu, Bayi & Kanak Kanak

TikTok Semakin Berbahaya Untuk Anak-Anak Kita? Ibu Bapa Perlu Pantau Penggunaan Gajet & Media Sosial Si Kecil

Kebelakangan ini, masalah penggunaan telefon pintar semakin membimbangkan. Lagi-lagi, semakin banyak penyebaran maklumat yang salah yang berleluasa di media sosial terutamanya di aplikasi TikTok.

Sebagai ibu bapa, kita kena ajar mereka bahawa ada akibat dari setiap tindakan yang mereka lakukan. Oleh itu, penting untuk anak-anak sentiasa selamat dan disajikan dengan informasi yang betul apabila berada di media sosial.

Ikuti perkongsian daripada Puan Hana yang sering kongsikan ilmu-ilmu parenting tentang kerisauan ibu bapa terhadap anak-anak mereka menghabiskan masa yang terlalu lama di media sosial.

Jom kita baca~

Lindungi Anak-Anak Semasa Menggunakan Gajet

Highlighted


Risau anak nak main gadget setiap masa? Nah, cuba ibu bapa try tips ni.

Tips ni sangat membantu kerana kita boleh setting screen time gadget anak mengikut masa yang kita sendiri tetapkan. Maksudnya, kalau kita nak anak kita main gadget selama 30 minit, kita boleh setting guna hp kita atau gadget mereka, dan selepas 30 minit, gadget itu akan tertutup atau lock secara automatik.

Lagi best, apps yang digunakan pun free! Best, kan?

Cara-Cara 

Download dan pakai Google Family Link (for parents, for children and teens). Ibu bapa boleh download apps ini melalui Appstore dan Playstore. Selepas selesai install, ibu bapa perlu sign akaun Google dan setiap device perlu beri akses antara satu sama lain untuk membenarkan ‘supervise’.

Apa yang akaun parent boleh buat:

  1. Boleh kawal akaun Google mana yang digunakan oleh device anak.
  2. Boleh membuat tetapan untuk aktiviti di browser device anak-anak.
  3. Boleh mengetahui lokasi device anak, sekali gus mengetahui lokasi anak.
  4. Kawalan kebenaran install, di mana ibubapa boleh membenarkan/tidak membenarkan aplikasi mana yang boleh di’install’, aplikasi mana yang diberi akses atau disekat.
  5. Screen time: ibubapa boleh setup penetapan waktu screen time yang mana dibenarkan untuk menggunakan device dan berapa lama tempoh anda benarkan untuk anak-anak mengguna device mereka.
  6. Ibubapa boleh membenarkan atau menyekat site di Chrome browser device anak-anak.
  7. Boleh turn on dan off Safe Search device anak.
  8. Boleh manage Google Play device anak dari akaun anda.
  9. Boleh lock dan unlock device anak pada bila-bila masa sahaja dari device ibubapa sendiri.

Walaupun apps ini tidaklah boleh mengawal penggunaan gadget anak sepenuhnya, tapi sekurang-kurangnya dapatlah membantu sedikit sebanyak, kan?
Ditambah lagi kita berikan anak pengganti gadget seperti buku interaktif My Islamic Book, insyaallah ketagihan gadget anak boleh hilang.

Cubalah. Atau kalau kalian ada apps lain untuk monitor phone anak-anak? Kalau ada, minta share ya.

Terima kasih Puan Hana! Sekarang Mommy pun dah tahu tips-tips ini untuk lindungi mereka di media sosial dan tak galakkan mereka ketagih dengan penggunaan gajet.

Betul, mungkin terdapat banyak faktor bila anak-anak kita ketagih dengan gajet dan tak lekang dengan penggunaannya. Tetapi sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita seharusnya lindungi mereka daripada tabiat buruk ini.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Kredit: Hana Shahadan 


Dapatkan lebih banyak tips keibubapaan di SINI!