Ibu, Bayi & Kanak Kanak

25 Pantun Indah Untuk Bonda Tercinta Di Hari Ibu!

pantun hari ibu

Kredit gambar: https://mobile.facebook.com/DBPMalaysia/

Orang tua kita ni berjiwa halus dan puitis. Kebanyakkannya suka kata-kata yang indah seperti puisi dan pantun Bahasa Melayu kita.

Apa kata dalam kad hari ibu nanti, selain daripada ucapan hari ibu, selitkan pantun indah yang penuh makna? Pastinya cukup puitis menyentuh dan menggembirakan hati ibu!

25 Pantun Indah Untuk Bonda Tercinta

Indah-indah koleksi pantun ini. Bolehlah pilih yang mana sesuai ya?

Pantun untuk hari ibu 1

Artis ibu kota datang ke desa,

Banyak orang terkagum-kagum;

Cinta kasih ibu sepanjang masa,

Selamanya manis dan harum.

 

Pantun untuk hari ibu 2

Bunga terompet berwarna biru,

Tumbuh subur berdekatan batu;

Hari ini adalah harimu,

Happy Mother’s Day untukmu.

 

Pantun untuk hari ibu 3

Jalan-jalan ke Danau Toba,

Jangan lupa naik perahu;

Untuk ibu kukirimkan doa,

Dan selamat Hari Ibu.

 

Pantun untuk hari ibu 4

Rajinlah kamu berolahraga,

Agar sihat jantung dan paru-paru;

Aku mencintaimu wahai Bonda,

Dalam tidur dan lenaku.

 

Pantun untuk hari ibu 5

Jalan ke sungai berbatu-batu,

Untuk itu pakailah sepatu;

Terima kasih di atas kasihmu,

Yang tak terhingga sepanjang waktu.

 

Pantun untuk hari ibu 6

Cuaca panas banyak debu,

Pakai masker jangan sampai terbau;

Kasih sayang seorang ibu,

Selalu abadi sepanjang waktu.

Highlighted


Pantun untuk hari ibu 7

Ketika malam mati lampu,

Semua jadi terlihat gelap;

Setiap malam ibu menimangku,

Agar tidurku begitu lelap.

 

Pantun untuk hari ibu 8

Bangun pagi di hari minggu,

Untuk pergi bekerja ke sawah;

Walau aku sering mengecewakanmu,

Kasih ibu tetap tercurah.

 

Pantun untuk hari ibu 9

Kerja bakti masyarakat desa,

Semua hadir riang gembira;

Kasih ibu sepanjang masa,

Yang tak terbayar pengorbanannya.

 

Pantun untuk hari ibu 10

Di Australia ada kanggaru,

Jalan melompat sangatlah lucu;

Ibu begitu indah telapak kakimu,

Di sanalah tempat syurgaku.

 

Pantun untuk hari ibu 11

Bermain bola memakai sepatu,

Lapangan rumput hijau warnanya;

Terima kasih padamu ibu,

Telah membesarkanku sepenuh jiwa.

 

Pantun untuk hari ibu 12

Sebelum tidur pasang kelambu,

Matikan lampu yang menyala;

Siapa tunduk kepada ibu,

Akan ditinggikan darjatnya.

Kredit gambar: https://mobile.facebook.com/DBPMalaysia/

Pantun untuk hari ibu 13

Awal pertama bulan puasa,

Bertemu dengan kawan lama;

Rela berkorban jiwa dan raga,

Semoga ibu masuk ke syurga.

 

Pantun untuk hari ibu 14

Hari minggu pergi ke kota,

Untuk bertemu sanak saudara;

Semoga ibu selalu bahagia,

Sihat selalu hingga akhir masa.

 

Pantun untuk hari ibu 15

Mangga jatuh busuk sebelah,

Sebelum dimakan dicuci dahulu;

Ke manapun kakiku melangkah,

Pada ibu selalu ku rindu.

 

Pantun untuk hari ibu 16

Terbang berkelompok burung layang,

Pergi ke laut berburu ikan;

Siapa orang yang paling sayang,

Dialah ibu selalu penuh perhatian.

 

Pantun untuk hari ibu 17

Jalan-jalan ke pekan baru,

Jangan lupa membeli duku;

Andai semua dunia membencimu,

Ibulah tempat untuk mengadu.

 

Pantun untuk hari ibu 18

Malam hari makan buah jambu,

Makannya di bawah terangnya bulan;

Sembilan bulan mengandung diriku,

Pengorbananmu tak akan mampu terbalaskan.

Pantun untuk hari ibu 19

Tiada mahkota di atas kepala,

Putihlah rambut ketika tua;

Tiada cinta di atas cinta,

Melebihi cinta ibu pada anaknya.

 

Pantun untuk hari ibu 20

Laut dalam berwarna biru,

Anak nelayan menangkap ikan;

Kasih sayang dari ibu,

Abadi hingga akhir zaman.

 

Pantun untuk hari ibu 21

Sebelum puasa membuat ketupat,

Bersilaturrahim ketika hari raya;

Ibu merupakan sosok malaikat,

Yang nyata di hadapan mata kita.

 

Pantun untuk hari ibu 22

Tunggang motorsikal beroda dua,

Melaju menuju ke pasar raya;

Wanita terbaik di atas dunia,

Ialah ibu kita yang tercinta.

 

Pantun untuk hari ibu 23

Memandang langit di akhir tahun,

Melihat terangnya cahaya bulan;

Ibu, rasa lelah mampu kau tahan,

Demi anakmu engkau rela berkorban.

 

Pantun untuk hari ibu 24

Buah jambu buah markisa,

Dipetik di hujung desa;

Hati ibu sungguh mulia,

Kasihnya membawa ke syurga.

Kredit gambar: istockphoto

Pantun untuk hari ibu 25

Bunga mawar dihinggapi kupu-kupu,

Kerana mawar indah mempesona;

Syurgaku ada di bawah telapak kaki ibu,

Kerana ibu berhati mulia.

Ungkapkan Cinta Pada Ibu Dengan Pantun Indah

Selain daripada ucapan hari ibu, pantun untuk hari ibu pun begitu indah didengar dan cukup bermakna!