Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Cara Untuk Meredakan Rasa Sakit Pada Bahagian Payudara Ketika Hamil

Setiap wanita akan mengalami beberapa perubahan ketika hamil, termasuk akan merasakan sakit di beberapa bahagian tubuh badan.

Salah satu bahagian yang akan selalu sakit adalah payudara. Mommy pun mesti ada pengalaman selalu sakit payudara ketika hamil kan. Rasa sakit payudara setiap orang berlainan ada yang salah satu sahaja ada juga yang merasakan sakit pada kedua-dua belah payudara.

Pada trismeter pertama kehamilan lagi, wanita yang hamil akan merasakan sakit yang sangat ketara di bahagian payudara. Ini disebabkan oleh hormon-hormon ibu hamil meningkat.

Hormon dalam badan sedang menyediakan payudara untuk laktasi (penyusuan susu ibu). Saluran susu akan lebih membesar dan meregang, menyebabkan payudara terutama puting susu menjadi lebih sensitif.

10 Cara Untuk Meredakan Rasa Sakit Pada Payudara Ketika Hamil

#1. Gunakan bra yang tepat

Jangan menggunakan bra yang begitu ketat dan sempit kerana akan mendatangkan sakit yang berlarutan. Mommy perlu guna bra yang bersesuaian atau sedikit longgar agar lebih selesa serta dapat mengurangkan rasa sakit di bahagian payudara.

Highlighted


#2. Pakai pakaian yang longgar

Pakaian yang terlalu ketat terutama di bahagian dada akan menyebabkan Mommy rasa lebih sakit dan tidak selesa.

#3. Tuam dengan ais atau air sejuk

Tuam keseluruhan bahagian payudara dengan ais yang  sudah dibalut kain untuk melegakan ketidakselesaan.

#4. Mandi air suam

Bagi meredakan kesakitan, Mommy boleh mencuba dengan mandi air suam pada keseluruhan tubuh badan. Ia dapat mengurangkan kesakitan.

#5. Banyakkan minum air

Pastikan Mommy lebih kerap minum air putih dan sentiasa hidrasi. Air adalah penting bagi hidrasi tubuh untuk menjalankan fungsi-fungsi penting untuk menghasilkan tubuh badan yang sihat.

#6. Pakai bra saat tidur

Bagi ibu yang hamil penggunaan bra saat tidur sangat disarankan kerana dapat membantu meredakan kesakitan yang dialami. Ini kerana bra dapat mengurangi tekanan dan rasa sakit yang ditimbulkan. Mommy pasti dapat tidur yang lebih selesa dan tidak terganggu.

#7. Tidak sering menyentuh payudara yang sakit

Payudara yang sedang sakit sangat tidak sesuai untuk disentuh, dan perlu memberitahu kepada pasangan. Kesakitan yang melampau akan menganggu aktiviti seharian ibu yang hamil.

#8. Gunakan breast pad 

Jika air susu mulai keluar dari payudara, Mommy perlu gunakan breast pad yang dijual secara online atau di farmasi berhampiran agar memudahkan Mommy untuk melakukan aktiviti harian.

#9. Ganti bra yang baharu

Lebih bagus jika memakai bra yang baharu serta memilih bra yang seperti di bawah:

  • Tali bahu bra yang lebar.
  • Cup yang lebar dan penuh (bra full cup).
  • Menambah satu atau dua nomor saat payudara membesar.

#10. Jumpa doktor

Jika Mommy merasakan kesakitan yang berpanjangan dan sakit yang teramat, lebih bagi pergi ke klinik yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan dan merujuk doktor.


Lihat tips untuk kehamilan yang sihat di SINI.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.