Kebanyakan wanita seringkali mendapat masalah pedih ulu hati ketika hamil. Masalah ini lebih sering terjadi semasa kehamilan trimester pertama dan trimester kedua, pada trimester ketiga kehamilan masalah pedih ulu hati ini jarang berlaku.
Mommy tahu tak kalau sakit ulu hati ketika hamil adalah perkara yang normal? Jadi, Mommy jangan terlalu risau kerana sebaik sahaja melahirkan, pedih ulu hati juga akan turut hilang. Untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai masalah ini, jom kita lihat perkongsian di bawah!
Punca Pedih Ulu Hati Ketika Hamil
Di bawah ini adalah antara sebab yang menjadi punca pedih ulu hati semasa mengandung iaitu:
#1. Perubahan Hormon pada Badan
Perubahan hormon pada badan seringkali menyebabkan pedih ulu hati kerana ia menjejaskan proses pencernaan makanan.
#2. Tekanan Terhadap Perut
Tekanan terhadap perut terjadi ketika janin yang semakin membesar dan boleh menyesakkan perut sehingga mampu menolak asid ke atas dan masuk ke dalam esofagus Mommy.
Tanda-tanda Pedih Ulu Hati
- Sakit dada selepas makan, tunduk dan baring.
- Rasa terbakar di dada.
- Keluar cecair panas masam atau masin.
Cara Hilangkan Pedih Ulu Hati Ketika Hamil
Di bawah ini merupakan beberapa tips atau cara hilangkan pedih ulu hati ketika hamil, melegakan atau mencegah ketidakselesaan ini. Semak sampai habis!
#1. Mengawal Pengambilan Makanan Cara Mudah Atasi Pedih Ulu Hati Ketika Hamil
Pemakanan yang sihat amat penting untuk ibu hamil. Jangan makan untuk ‘dua orang’ dalam satu masa yang sama. Pastikan makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap.
Ia bukan sahaja diet untuk mengurangkan berat badan tapi turut dapat membantu melegakan pedih ulu hati. Jangan makan makanan yang boleh mencetus masalah ini seperti makanan pedas dan alkohol.
#2. Kunyah Gula-gula Getah
Selain itu, Mommy juga boleh mengunyah gula-gula getah bagi melegakan masalah pedih ulu hati. Ini kerana, ia akan memperbanyakkan rembesan air liur yang mampu mengurangkan asid dalam esofagus dan juga mampu menyegarkan nafas.
#3. Baring dengan Gaya yang Betul
Yang ketiga, Mommy perlu baring dengan cara yang betul iaitu dengan meninggikan bahagian atas badan. Sekarang banyak bantal yang sesuai untuk ibu hamil dijual. Selain dapat melegakan pedih ulu hati, ia juga mampu membaiki pernafasan semasa tidur.
#4. Memakai Pakaian Longgar
Pemakaian ibu hamil juga memberi kesan pada masalah pedih ulu hati. Mommy perlu memakai pakaian yang longgar kerana pakaian yang ketat akan menambahkan tekanan kepada perut. Pilih pakaian hamil yang sesuai.
#5. Jangan Bongkok untuk Atasi Pedih Ulu Hati Ketika Hamil
Mommy perlu duduk dalam keadaan tegak . Ini adalah cara yang paling mudah untuk mengatasi masalah pedih ulu hati. Tegakkan badan semasa makan dan setengah jam selepas makan.
#6. Berjumpa Doktor
Sekiranya semua cara di atas tidak mampu membuatkan pedih ulu hati lega, Mommy perlu berjumpa doktor. Doktor akan memberikan nasihat dan ubat-ubatan yang mungkin mampu melegakan.
Mommy jangan terlalu risau kerana pedih ulu hati tidak akan mengganggu kehamilan dan akan benar-benar hilang setelah melahirkan. Mommy hanya perlu sedikit bersabar sehinggai hari melahirkan tiba.
Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!
Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!
Penafian : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Ikuti pelbagai lagi tips dan info kesihatan menarik yang lain di SINI!