Ibu, Bayi & Kanak Kanak

6 Pelakon Kanak-kanak Cilik Dan Popular Di Malaysia

Sumber: thestar.com.my

Rakyat Malaysia bertuah kerana filem dan drama tempatan Malaysia sering dimeriahkan oleh pelakon kanak-kanak yang amat berbakat.

Menceburi diri dalam dunia seni hiburan bukan untuk semua orang! Malah ada sesetengah orang dewasa pun tentu tergagap kalau berada didepan kamera kan? Bayangkang kanak-kanak kecil yang pandai memahami lakonan dan menghayati watak yang dimainkan. Hebat sungguh!

Pelakon kanak-kanak ni bukan sekadar berlakakon saja-saja atau hanya mendapat screen-time yang sekejap tau, malah ada yang pernah memenangi anugerah skrin!

Apa kata kita tengok beberapa orang pelakon kanak-kanak popular berikut.

6 Pelakon Kanak-Kanak Popular Di Malaysia

1. Nik Adam Mika

Highlighted

Sumber: playboard.co

Nik Muhammah Adam Mikael bin Nik Mohd Adli, atau lebih dikenali dengan nama Nik Adam Mika merupakan seorang pelakon kanak-kanak Malaysia berumur 11 tahun. Beliau lahir pada 12 Mei 2010.

Selain berlakon, beliau juga giat menyanyi dan menjadi model kanak-kanak. Beliau merupakan salah satu daripada dua anggota kumpulan rap duo bernama Dynamic Dynamite di bawah naungan syarikat rakaman RMW Records.

Anggota kumpulan rap Dynamic Dynamite lagi seorang ialah adiknya sendiri iaitu Isaac Iman.

Beliau dilahirkan di Sarawak tetapi sedang menetap di Kuala Lumpur buat masa ini. Nik Adam Mika mula aktif dalam bidang hiburan sejak tahun 2013 sebagai seorang pelakon, penyanyi, dan model.

Nik Adam Mika memulakan kerjaya sebagai pelakon melalui drama dan telefilm dan muncul di layar perak menerusi filem ‘Sangkar’ yang diterbitkan pada tahun 2019.

Beliau adalah anak sulung dari dua orang adik-beradik.

2. Alyssa Dezek

Sumber: kosmo.com.my

Dilahirkan dengan nama Aryanna Alyssa Dezek pada 24 April 2008, pelakon cilik ini bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, tetapi juga berbakat dalam menyanyi! Beliau berjaya mencipta sejarah sebagai selebriti internet tempatan paling muda yang berjaya tersenarai dalam carta 10 Teratas YouTube Malaysia.

Sehingga hari ini, adik Alyssa Derek telah mengumpul sebanyak lebih empat juta pengikut atau subscribers di saluran YouTube beliau. Kebanyakan lagu yang didendangkan adalah lagu saduran Malaysia dan Indonesia.

Sambil menyanyi, Alyssa Dezek juga berkemahiran bermain gitar, ukulele, dan biola.

Alyssa mula popular selepas memuat naikkan video di mana beliau menyanyikan lagu ‘Kun Anta’ sambil bermain ukulele.

Alyssa Dezek dilahirkan di Kuala Lumpur dan merupakan anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Suzanne Sahri Dezek dan Hafidz Dezek, adik lelakinya ialah Aaron Dezek. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Danau Kota, Kuala Lumpur.

Alyssa pernah tercalon untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 sebagai ‘Artis Baharu Wanita Popular’.

Antara lakonannya termasuklah drama ‘Jodoh-Jodoh Annisa’ dan telefilm ‘Ghahim Takut Nak Azan’.

3. Jay Nazif

Sumber: azhan.co

Pelakon kanak-kanak segak yang berasal dari Georgetown, Pulau Pinang ini mempunyai bakat besar dalam bidang lakonan dan juga nyanyian.

Lahir pada tahun 2008, Jay Nazif, atau nama sebenarnya Muhammad Nazif Ihsan Mohd Nazi mendapat pendidikannya di Pulau Pinang dan telah menjadi Ikon Pulau Pinang bagi kategori kanak-kanak atau sekolah rendah.

Beliau telah tampil dalam banyak drama dan program TV dan mula meraih nama sekitar 2018 menerusi drama bersiri ‘Mak Cun 4’ dengan memegang watak bernama Atan.

Filem ‘Mulut Masin’ yang diterbitkan pada tahun 2020 ialah cubaan pertama filem Jay Nazif.

Jay Nazif juga mencebur dalam bidang nyanyian dan telah tampil dengan lagu pertamanya berjudul ‘Friends‘ di bawah NAR Records.

4. Qistina Raisah

Sumber: Twitter @qistina1980

Dilahirkan pada 1 Disember 2008, Nur Qistina Raisah binti Mohd Kamarol Azri merupakan seorang pelakon kanak-kanak Malaysia yang terkenal dengan lakonan wataknya sebagai ‘Alisya’ di dalam drama Papa Ricky dan sebagai watak ‘Tengku Aqilah’ dalam ‘Lafazkan Kalimah Cintamu’.

Dibesarkan di Seremban, Negeri Sembilan, Qistina Raisah merupakan anak bongsu dari lima beradik.

Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada usia empat tahun dan membuat penampilan sulungnya dalam filem cereka selepas menerima tawaran membintangi filem seram ‘Kelibat’. Berani sungguh!

Sehingga kini, Qistina Raisah telah muncul dalam lebih 30 drama dan telefilm berserta tiga filem! Walaupun kecil, adik Qistina Raisah jelas adalah seorang yang gigih dan bekerja keras.

5. Rykarl Iskandar

Sumber: cloudbreakr.com

Rykarl Iskandar adalah salah seorang pelakon kanak-kanak Malaysia yang walaupun dah besar, tetapi masih popular. Dilahirkan pada 10 Mac 2005, pelakon berbakat ini giat dalam bidang lakonan semenjak berumur empat tahun.

Hingga kini, beliau sudah berjaya berlakon dalam lebih dari 50 drama dan telefilm! Beliau juga telah terbabit dalam enam buah filem, jadi boleh dikatakan Rykarl Iskandar sering menghias kaca TV tempatan.

Tidak hairanlah jika beliau pernah memenangi Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Malaysia di Festival Filem Malaysia dua tahun berturut-turut.

6. Mia Sara Nasuha

Sumber: Google

Siapa yang tak kenal dengan pelakon kanak-kanak Malaysia Mia Sara Nasuha, betul tak? Dengan tampilan dan gaya ala-ala babydoll,  Mia Sara Nasuha atau lebih dikenali sebagai Mia Sara mula mencebur diri dalam bidang lakonan dan memulakan kerjaya seninya seawal satu tahun!

Disebabkan popularitinya sebagai pelakon kanak-kanak, banyak juga syarikat yang mendekatinya untuk menawarkan beliau untuk menjadi model iklan kanak-kanak.

Beliau juga menceburi dalam bidang perniagaan walaupun usia masih sangat muda dan menjual produk tudung setelah berhijrah untuk memakai tudung sendiri semenjak pulang dari menunaikan umrah.

Mia Sara juga, seperti kebanyakan pelakon kanak-kanak lain, berkemahiran bermain ukulele. Beliau mempunyai lebih dua juta pengikut di laman sosial Instagram, setanding dengan nama-nama popular lain di pentas dunia!

Macam mana, terpegun tak dengan kejayaan pelakon kanak-kanak tempatan kita? Ini menunjukkan kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi dapat dicapai dengan usaha yang gigih dan sungguh-sungguh. Semoga pelakon kanak-kanak Malaysia ini terus menceriakan lagi kaca TV tempatan dan meraih kejayaan yang lebih hebat dalam bidang yang diminati.