Sebenarnya, tak bahaya untuk ibu mengandung dan menyusu berpuasa di bulan Ramadhan. Dah banyak kajian dijalankan, dan berpuasa ketika mengandung tidak membahayakan kandungan mahupun penghasilan susu ibu. Anda hanya perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan kaya dengan nutrisi seimbang sewaktu berbuka.
Cadangan pemakanan:
-
Kurma
Highlighted
Bagi orang Islam, kurma merupakan makanan Sunnah yang mempunyai pelbagai khasiat. Buah kurma kaya dengan zat besi dan kalsium yang membantu dalam menambahkan nutrisi penting untuk ibu dan kandungan.
Kurma juga baik dalam merangsang hormon dan otot-otot dalam badan bagi memudahkan proses bersalin. Pengambilan buah kurma dalam diet juga dapat membantu membekalkan tenaga seharian anda.
-
Oat
Tahukah anda, oat mengandungi sumber zat besi yang baik untuk pembentukan darah semasa hamil. Oat juga merupakan sumber asid folik yang boleh membantu mencegah kecacatan pada bayi.
Selain kesannya yang amat baik untuk jantung, pengambilan oat pada bulan puasa juga boleh mengenyangkan di samping melancarkan sistem penghadaman.
-
Susu atau yogurt rendah lemak
Susu dan yogurt mampu membekalkan kalsium, protein, vitamin B dan D dalam badan. Yogurt mengandungi probiotik yang baik berpotensi menjamin kesihatan ibu dan bayi.
Susu dan yogurt juga merupakan sumber kalsium yang boleh membantu pembentukan tulang bayi dan meningkatkan pengambilan protein. Kandungan protein yang cukup dalam badan kita dapat membantu pembentukan tisu dan otot yang sihat.
Dapatkan produk yang kaya dengan nutrien dan MURAH di sini!
-
Buah-buahan & sayuran hijau
Ibu mengandung juga dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan buah-buahan dan sayuran hijau dalam pemakanan anda. Sayur-sayuran hijau dapat memberi kesihatan menyeluruh dalam badan anda.
Kurangkan beli kuih-muih yang ada dibazar, dan gantikan dengan buah-buahan yang tinggi dengan kandungan air agar anda kekal hidrat semasa berpuasa.
Tambah pengetahuan anda mengenai kehamilan dan bayi DISINI.
Gaya pemakanan yang harus dielakkan semasa berpuasa.
- Minum air yang mencukupi selepas berbuka dan semasa sahur untuk kekal hidrat.
- Antara tips untuk kekalkan pengambilan 8 gelas air sehari adalah:
- 1 gelas sewaktu berbuka, 1 gelas selepas berbuka, 1 gelas sebelum solat Maghrib, 1 gelas sebelum Isyak, 1 gelas selepas solat sunat Tarawih, 1 gelas sebelum tidur, 1 gelas semasa bangun untuk bersahur dan 1 gelas sebelum habis waktu sahur.
- Antara tips untuk kekalkan pengambilan 8 gelas air sehari adalah:
- Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tapi anda HARUS bangun untuk bersahur.
- Elakkan makanan mentah atau separuh masak. Makanan mentah dan separuh masak berpotensi dicemari bakteria yang berbahaya.