Ibu, Bayi & Kanak Kanak

KPM Umum Pembukaan Sekolah Ditangguh ke 3 Oktober 2021

Sesi pembukaan sekolah yang pada awalnya dijadualkan pada 1 September 2021 telah ditangguhkan ke 3 Oktober depan.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Astro Awani, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi bin Md. Jidin memaklumkan, bahawa sesi pembukaan sekolah tersebut akan ditunda ke bulan Oktober dan dilakukan secara berperingkat, bermula dengan kelas peperiksaan.

Highlighted

Sumber: astroawani.com

Kata beliau dalam satu video yang dimuat naik ke akaun Facebooknya, tarikh pembukaan sesi persekolahan itu dilewatkan selepas pihaknya meneliti situasi perkembangan semasa membabitkan penularan COVID-19 di seluruh negara.

Keputusan tersebut juga dibuat selepas mengambil kira keselamatan para pelajar dan kebimbangan ibu bapa.

Sumber: mstar.com.my

Sambung beliau lagi,

Berdasarkan penelitan semasa, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah buat ketetapan bahawa pembukaan semula sekolah dilewatkan sedikit ke tarikh 3 Oktober 2021. Perincian mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan dimaklumkan oleh KPM dalam masa terdekat.

Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), tidak ada sekolah yang akan dibuka untuk negeri Fasa 1 PPN,

Pada bulan Julai 2021 yang lalu, pihak KPM telah mengumumkan bahawa sesi persekolahan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka dijadualkan bermula 1 September secara berperingkat.

Sumber: mstar.com.my

Namun, keputusan itu tertakluk kepada penilaian risiko oleh KKM dan MKN bagi melihat sekiranya terdapat keperluan untuk membuat perubahan terhadap tarikh tersebut.

Peningkatan kes COVID-19 dan varian baru di Malaysia sejak akhir-akhir ini telah menimbulkan kerisauan yang mendadak dalam kalangan ibu bapa dan orang awam.

Walaupun ramai sudah mula menerima vaksin dan pemberian vaksin juga semakin meningkat di setiap negeri di Malaysia, namun, peningkatan kes setiap hari masih pada tahap serius dan membimbangkan.

Vaksin COVID-19 Untuk 12-17 Tahun

Sumber: bharian.com.my

Walau bagaimanapun, ibu bapa boleh melepaskan nafas lega kerana baru-baru ini, Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, PICK akan memulakan proses vaksinasi kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun tidak lama lagi.

Sumber: utusan.com.my

Ia akan diberi mengikut keutamaan iaitu remaja (12 hingga 17 tahun) yang mempunyai masalah penyakit kronik, diikuti individu remaja (12 hingga 17 tahun) tanpa masalah perubatan dan berdasarkan penurunan umur.

Khairy berkata kaedah ini dilaksanakan mengikut saranan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).