Masih hebat perdebatan mengenai kes seorang individu autisme ditahan selepas dia didakwa mencabul. Ahmad Ziqri, 22 tahun dan merupakan seorang individu autisme, dikatakan telah mencabul seorang gadis berumur 24 tahun di Subang Jaya.
Penahanan mengikut prosedur
Penahanan suspek disahkan mengikut prosedur bagi membantu siasatan dan memberi keadilan kepada kedua-dua pihak. Walau bagaimanapun, hal ini telah menimbulkan pelbagai reaksi rakyat Malaysia. Ada yang kesal dan marah dengan tindakan itu, malah ada juga yang mempersoalkan hak wanita tersebut sebagai seorang mangsa.
Jawapan ibu pemuda tersebut mengenai penahanan anaknya,
I’m not blaming the police, and I don’t blame the complainant either. Putting myself in her shoes, it can be a harrowing experience, especially when you are not exposed to autism and my son looks like a normal guy, she said.
Kes kini masih dalam siasatan. Semoga keluarga Ahmad Ziqrie tabah menghadapi dugaan ini, dan moga keadilan dapat ditegakkan untuk kedua-dua pihak.
BACA: Autisme – Ibu Bapa perlu risau atau tidak?
Bagaimanakah keadaan seorang Autisme?
Rentetan daripada kes ini, seorang pengguna Twitter, Puteri Farhana yang turut bersimpati dengan kes Ahmad Ziqrie, telah meluahkan rasa kecewa dan sedih tentang pandangan orang awam tentang individu autisme – termasuklah kepada adiknya sendiri, Mukhreez.
Ini lah sebabnya kenapa kakak bersusah payah fikir macam macam cara untuk orang kenal dan faham anak-anak autisma macam Mukhreez dan rakan-rakan. Sebab itu dalam setiap peluang kakak ada, kakak mesti nak cerita pasal Mukhreez. Bukan semua orang boleh terima atau faham. pic.twitter.com/VGpmx5e6lB
— puteri farhana (@putriefarhana) September 16, 2018
“Tak mudah nak explain keadaan adik yang autisme”
Anak-anak istimewa ini adalah harmless.
Puteri Farhana turut berkongsi yang adiknya merupakan kanak-kanak non-verbal autistic, yang mana susah untuk dia meluahkan perasaan dan keinginannya 🙁
Mukhreez is non-verbal. Boleh tak you bayang bila you ada kehendak, atau you sakit, atau sedih and you nak bagitau orang tapi you tak tau bagaimana cara? Macamana mukhreez sedih tak dapat bagitau kehendak dia, sedih lagi hati kami yang try so hard to understand him.
Mukhreez juga amat suka bermain dengan wayar, atau benda panjang yang lain seperti tali, paip getah dan sebagainya. Dia suka tengok benda yang panjang bergolek-golek. Hinggakan satu hari, Mukhreez didapati bermain dengan ular! Mungkin dimata Mukhreez, ular itu benda lain. Nasib tak jadi apa-apa dekat adik Mukhreez.
Tengok video ni. Mukhreez suka main wayar. Or anything yang panjang. Tali, paip getah etc. And dia suka tengok benda tu golek2.
1 day we caught him buat macamni dengan ular. Can you imagine macamana dia tangkap ular tu at the first place ? Allahu, memang dilindung malaikat je pic.twitter.com/HwrICY3N43
— puteri farhana (@putriefarhana) September 16, 2018
BACA: Adakah anak anda, anak istimewa?
Apa itu Autisme?
Autisme merupakan sejenis gangguan perkembangan yang mengakibatkan masalah dalam komunikasi dan kemahiran sosial. Individu autisme melihat, mendengar dan merasai kehidupan didunia ini berbeza dengan orang normal. Jadi, orang ramai harus lebih prihatin dengan anak-anak syurga ini. Mereka tidak minta dilahirkan begitu.
Apa pula kata anda mengenai kes Ahmad Ziqrie ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.
Untuk ibu bapa atau keluarga yang mempunyai anak-anak autisme, semoga dipermudahkan segala urusan. Anda sangat bertuah dikurniakan anugerah yang sangat istimewa!