Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ini 6 Punca Utama Anda Cepat Penat Ketika Hamil dan 7 Tips Untuk Elakkannya!

cepat penat ketika hamil

Kredit gambar: www.healthline.com

Disahkan hamil merupakan sesuatu yang indah, namun bukan semuanya kekal indah kerana ia juga adalah satu tempoh yang menguji ketahanan mental dan fizikal bagi wanita yang mengandung dan penat ketika hamil merupakan suatu keadaan yang cukup sinonim.

Terpaksa berhadapan dengan pelbagai perubahan fizikal dan mental membuatkan Mommy mudah penat ketika hamil.

Ditambah lagi dengan keadaan perlu melalui pelbagai jenis test serta perlu bergelut dengan pelbagai jenis alahan serta kepenatan yang dialami sepanjang tempoh kehamilan.

Tak dapat disangkal, kepenatan atau keletihan adalah antara perkara yang sering terjadi kepada wanita hamil. Namun, tahukah Mommy apakah punca yang menyebabkan penat ketika hamil ini?

Pastinya ramai Mommy yang tertanya-tanya apakah punca yang menyebabkan rasa penat yang dialami semasa hamil.

Untuk mengetahui apakah punca cepat penat ketika hamil, jom ikuti perkongsian di bawah!

Punca Penat Ketika Hamil

Highlighted

Kredit gambar: www.morulaivf.co.id

Berikut adalah antara punca cepat penat ketika hamil iaitu:

#1. Perubahan Hormon Merupakan Punca Utama Cepat Penat Ketika Hamil

Kepenatan yang Mommy alami semasa hamil adalah disebabkan oleh perubahan hormon. Untuk pengetahuan Mommy, semasa hamil badan akan menghasilkan hormon-hormon kehamilan seperti Human Chorionic Gonadotropin (hCG), progesterone dan estrogen yang mana penting untk membantu perkembangan bayi dalam rahim.

Namun begitu, hormon-hormon ini mampu memberi kesan kepada Mommy yang hamil.

Untuk rasa penat yang dialami, hormon yang berkaitan adalah hormon progesteron yang menyebabkan Mommy mudah rasa mengantuk dan cepat penat.

#2. Loya dan Muntah Punca Cepat Penat Ketika Hamil

Loya dan muntah dalam kalangan wanita hamil adalah perkara yang normal. Ramai wanita hamil yang akan mengalami perkara ini.

Apabila Mommy sering rasa loya dan muntah ini akan menyebabkan Mommy cepat penat. Apa tidaknya, setiap kali rasa loya dan ingin muntah perlu bergegas ke tandas.

Bukan itu sahaja, loya dan muntah itu sendiri pun sudah cukup meletihkan.

Ditambah pula apabila segala yang dimakan telah dimuntah semula. Mana nak datang tenaga kalau semua dah dikeluarkan?

#3. Anemia Kekurangan Zat Besi

Kredit gambar: www.doc2us.com

Selain itu, masalah Anemia yang dihidapi oleh wanita hamil juga boleh menyebabkan rasa penat semasa hamil.

Anemia boleh berlaku kerana kurangnya zat besi dalam badan.

Antara simptom seseorang itu menghidapi Anemia adalah kelihatan pucat, susah bernafas, pening dan rasa penat yang melampau.

#4. Kenaikan Berat Badan

Normal bagi wanita hamil untuk naik berat badan semasa hamil, malah ianya penting untuk perkembangan dan kesihatan bayi dalam kandungan.

Selalunya, apabila menjengah trimester ketiga pastinya ramai Mommy yang hamil akan merasa cepat penat dan letih.

Hal ini kerana terdapat pertambahan beban yang datangnya dari berat badan ibu dan berat badan bayi.

#5. Emosi yang Tidak Menentu Punca Penat Ketika Hamil

Punca yang seterusnya adalah kerana emosi yang tidak menentu. Hal ini kerana, apabila emosi Mommy menjadi tidak menentu Mommy akan overthinking, tertekan, sensitif, cepat menangis dan lain-lain.

Sekaligus membuatkan Mommy berasa cepat penat. Emosi yang tidak menentu ini bukan sahaja mempengaruhi kesihatan ibu malahan bayi dalam kandungan juga akan turut terkesan.

#6. Rehat dan Tidur Yang Tidak Cukup

Kredit gambar: www.nct.org.uk

Rehat dan tidur yang tidak mencukupi juga boleh menjadi punca anda cepat penat semasa mengandung.

Tambah-tambah lagi jika Mommy wanita yang bekerjaya, untuk seimbangkan waktu dan tanggungjawab bukanlah perkara mudah.

Kadang-kadang waktu untuk berehat diperlukan untuk lunaskan kerja yang bertindan.

Cara Elakkan Penat Ketika Hamil

Kredit gambar: www.thebump.com

Terdapat beberapa cara yang boleh Mommy lakukan untuk mengelakkan dari badan cepat penat semasa hamil. Antaranya ialah:

#1. Kawal Emosi

Seperti yang dinyatakan di atas, antara punca cepat penat adalah perubahan emosi yang tidak menentu.

Oleh itu, Mommy perlu tahu untuk mengawal perasaan anda. Jangan terlalu melayan perasaan sehingga memberi kesan kepada kesihatan diri dan kandungan Mommy.

#2. Makan Makanan yang Tinggi Zat Besi

Anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi dalam badan antara punca cepat penat dalam kalangan wanita hamil.

Oleh itu, wajar untuk Mommy mengambil makanan yang tinggi zat besi. Antaranya ialah bayam, kangkung, ayam, daging, ikan bilis, kerang dan sebagainya.

#3. Lakukan Aktiviti Fizikal Yang Ringan

Kredit gambar: www.huffingtonpost.co.uk

Selain itu, Mommy boleh lakukan aktiviti fizikal yang ringan dan santai. Jangan terlalu memaksa diri dengan melakukan banyak aktiviti fizikal sehingga membuatkan badan penat.

Tetapi tidak boleh juga tidak melakukan apa-apa aktiviti langsung. Contoh senaman ringan yang boleh anda lakukan adalah dengan berjalan santai di taman.

#4. Dapat Tidur dan Rehat Yang Berkualiti

Di samping itu, pastikan badan Mommy mendapat tidur dan rehat yang berkualiti. Berkualiti di sini bermaksud rehat yang tidak diganggu dan tidur yang lena.

Pastikan Mommy tidak minum air yang banyak sebelum tidur jika tidak Mommy perlu bangun banyak kali untuk kencing.

Selain itu, pastikan Mommy tidur dengan posisi yang Mommy paling selesa dan menggunakan bantal yang empuk untuk keselesaan Mommy.

Oleh itu, anda akan dapat rehat yang berkualiti.

#5. Minum Air Banyak

Di samping itu, banyakkan minum air dapat mengelakkan Mommy cepat rasa penat.

Contohnya, bagi wanita hamil yang mengalami alahan iaitu muntah dan loya. Ini membuatkan badan kehilangan air semasa muntah.

Oleh itu, untuk memastikan badan anda sentiasa terhidrat, minum air dengan secukupnya.

#6. Tips Elak Cepat Penat Ketika Hamil dengan Menghirup Udara Segar

Kredit gambar: www.todaysparent.com

Hirup udara segar bukan sahaja terapi untuk tekanan tetapi juga dapat membantu Mommy yang cepat penat semasa hamil.

Udara pagi mempunyai kandungan oksigen dalam jumlah yang banyak. Ini dapat membantu tingkatkan daya tahan tubuh badan.

Mommy boleh cuba cara ini. Sangat mudah!

#7. Susun Semula Jadual Harian

Yang terakhir ialah susun semula jadual harian Mommy. Kehamilan membataskan sedikit aktiviti harian Mommy.

Mommy tidaklah secergas seperti sebelum hamil. Oleh itu, adalah penting untuk susun semula segala jadual harian.

Pastikan anda melebihkan waktu rehat untuk mendapatkan rehat yang secukupnya. Contohnya, selepas setiap aktiviti pastikan Mommy berehat terlebih dahulu kemudian barulah sambung dengan aktiviti lain pula.

Jika Mommy bekerja berbincanglah dengan majikan berkenaan jadual harian Mommy.

Cepat penat semasa hamil ialah perkara normal bagi semua ibu mengandung. Namun, sekiranya Mommy menjadi semakin lemah jangan berlengah untuk dapatkan rawatan.

Walaupun tempoh ini sangat menguji bagi sesetengah wanita hamil, namun iaa pasti akan meninggalkan satu ingatan yang sangat indah sepanjang hidup anda.

Perit untuk dihadapi namun sangat bermakna untuk diingati. Didoakan semoga pregnancy journey Mommy semua dipermudahkan sehingga sampai waktu bersalin nanti. Enjoy the moment!


Untuk lebih informasi yang terkini serta perkongsian menarik daripada pakar-pakar di Malaysia, Mommy boleh sertai Motherhood New Mom Privilege.

Mommy juga berpeluang untuk mendapatkan pelbagai baucar, welcome gift, cabutan bertuah bulanan, dan hadiah istimewa apabila anda mendaftar di New Mom Program yang dianjurkan Motherhood.com.my.


Dapatkan juga pelbagai lagi tips dan info kehamilan menarik yang lain di SINI!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.