Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Penawar untuk Bayi Kembung Perut

bayi kembung perut

Colic atau kembung perut adalah nama yang diberikan apabila keadaan bayi anda menangis untuk lebih lama daripada 3 jam setiap hari, lebih daripada 3 hari seminggu. Walaupun keadaan ini tidak berbahaya kepada bayi anda, ia adalah amat tertekan untuk ibu bapa.

Malangnya, punca kembung perut ini tidak diketahui tetapi ada cara untuk mengatasi keadaan tersebut. Kira-kira 20% daripada bayi (lelaki dan perempuan) mengalami kembung perut, biasanya bermula pada usia 2 hingga 4 minggu dan boleh berpanjangan sehingga 3 bulan.

Klik di sini untuk beli- belah barangan bayi anda!

Selain daripada menangis, simptom lain boleh berlaku seperti berikut:

Menangis pada masa yang sama setiap hari biasanya selepas menyusu (sering lewat petang atau malam)

Perut menjadi tegang kerana otot perut mengetatkan disebabkan menangis

Kaki terangkat dan tangan menggenggam

Klik di sini untuk beli- belah barangan bayi anda!

Highlighted


Anda boleh membantu bayi yang kembung perut dengan:

  • Menyusu bayi anda setiap 2-3 jam jika bayi anda menyusu badan
  • Berbincang dengan doktor mengenai perubahan susu tepung yang digunakan jika menyusu botol
  • Sendawakan bayi anda dengan lebih kerap semasa penyusuan
  • Berjalan dengan bayi anda atau letak di buaian dan cuba betulkan posisi
  • Letakkan bayi di riba anda dengan perutnya dibawah dan gosok belakang bayi
  • Mengurut bayi anda (ketahui bagaimana untuk mengurut bayi perut kembung)
  • Sentiasa memberi respon pada bayi anda yang menangis secara konsisten
  • Cuba untuk tidak panik atau bimbang
  • Bermain muzik dan menari dengan bayi anda
  • Bawa bayi anda keluar untuk berjalan-jalan dengan kereta sorong atau mengendong
  • Letakkan bayi anda dalam buaian – buaian itu harus digerakkan dengan tenang
  • Letakkan bayi anda di tempat duduk bayi di belakang kereta dan pergi bersiar-siar – pergerakan kereta dan getaran dapat memberi ketenangan
  • Bermain muzik – kebanyakan bayi bertindak balas dengan baik pada muzik
  • Memastikan tidak ada sebab lain untuk menangis seperti kelaparan, keletihan, sakit, panas atau sejuk, bosan, keperluan untuk menukar lampin

Berhenti merokok sebelum atau semasa mengandung untuk mengelak daripada semua risiko lain kepada bayi anda, merokok boleh meningkatkan kemungkinan kembung perut pada bayi anda. Jangan benarkan sesiapa sahaja merokok di sekeliling bayi anda kerana bayi kepada perokok sering menangis dan jatuh sakit.

Jika anda mempunyai bayi yang kembung perut, anda mungkin akan merasa letih dengan tangisannya jadi anda perlu menjaga diri anda sendiri pada masa yang sesuai. Dapatkan rehat secukupnya dari bayi anda jika boleh supaya anda boleh berehat untuk seketika dan ingat bahawa bayi anda membesar pada fasa ini hanya dalam beberapa minggu.

Klik di sini untuk beli- belah barangan bayi anda!

Artikel kredit kepada amoils.com