Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Panduan Pendaftaran Tahun 1 Bagi Sesi Pengambilan 2022/2023 Secara Online di Malaysia

pendaftaran tahun 1

Tahukah anda, sesi pendaftaran Tahun 1 ambilan 2022/2023 telah dibuka? Proses pendaftaran tahun 1 harus menjadi keutamaan sebelum Mommy sibuk menyediakan pakaian dan alat tulis anak-anak.

Walaupun seluruh dunia dilanda pandemik COVID-19 sejak awal 2020, namun proses pendaftaran tahun 1 masih sama seperti tahun-tahun sebelumnya. 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa Pendaftaran Tahun 1 bagi ambilan 2022/2023 telah dibuka bermula 1 Mac 2021 sehingga 30 April 2021 bagi seluruh negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan WP Labuan. 

Namun, Mommy harus tahu bahawa, untuk pendaftaran secara online, hanya boleh dijalankan bagi mereka yang berada di Semenanjung Malaysia, manakala negeri Sabah, Sarawak dan WP Labuan hanya boleh dilakukan secara manual, atau terus ke sekolah yang diinginkan. 

Berikut merupakan info-info dan proses pendaftaran Tahun 1 yang anda harus tahu:

Siapakah yang Layak Mendaftar Tahun 1 Bagi Sesi 2022/2023?

  • Kemasukan Tahun 2022 – Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016.
  • Kemasukan Tahun 2023 – Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017.

Tarikh Penting Yang Mommy Harus Tahu 

  • Pendaftaran secara atas talian kini telah dibuka: 1 March 2021 hingga 30 April 2021

Cara Mendaftar 

Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) telah diperkenalkan oleh KPM untuk memudahkan ibu bapa membuat pendaftaran Tahun 1 tanpa perlu isi borang manual.

a. Layari laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di sini dan kemudian klik pada butang ‘Pengguna Baru’. 

Highlighted


b. Isikan semua maklumat yang diperlukan. Mommy kena pastikan semua maklumat diisi dengan betul dan lengkap tau.

Kemudian, Mommy akan kembali ke skrin yang pertama tadi untuk log masuk dengan akaun yang baru anda isikan sebentar tadi.

c. Selepas Mommy log masuk, skrol ‘page’ tersebut ke bahagian bawah dan klik pada ‘Tahun 1’ untuk mendaftarkan anak tahun 1 anda.

d. Pilih ‘Permohonan Baharu’ untuk mendaftar dan isi semua maklumat yang diperlukan. Jangan lupa untuk klik ‘Hantar’ selepas selesai.

e. Sahkan pendaftaran anda di sekolah rendah yang dipilih dalam masa 14 hari dari pendaftaran Tahun 1 yang telah Mommy lakukan secara atas talian di atas. Cetak borang-borang yang telah lengkap diisi dan bawa bersama dokumen yang diperlukan di bawah untuk pengesahan. 

Dokumen Yang Diperlukan untuk Pengesahan 

Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan untuk pengasahan dalam tempoh 14 hari bermula daripada pendaftaran yang telah dilakukan:

  • Sijil lahir anak yang ingin didaftarkan (original dan 1 salinan).
  • Kad pengenalan ibu bapa/penjaga (original dan 1 salinan bagi kedua-dua ibu bapa).
  • Surat nikah/surat cerai (original dan 1 salinan).
  • Salinan bil elektrik/cukai pintu/perjanjian jual beli (sebagai bukti alamat tempat tinggal) bulan Januari atau Februari (yang terkini).
  • Sampul surat bersaiz standard dan setem (akan ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri yang dipohon).
  • Laporan doktor dan kad OKU (jika berkaitan).
  • Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan dan Imunisasi.

*Sila rujuk dengan pihak pengurusan sekolah yang dipohon dan dalam senarai semak permohonan online untuk keterangan lanjut berkaitan dokumen yang diperlukan.

Hanya ikuti langkah diatas dan semuanya akan diproses sebelum anda menerima surat daripada pihak sekolah.

Gambar sekadar hiasan.

Semakan Keputusan Pendaftaran Murid Tahun 1 Online 2022/2023

  • Permohonan Yang Berjaya 

Keputusan status permohonan pendaftaran Tahun 1 akan diumumkan di mana anda akan menerima surat rasmi sekitar bulan Julai atau Ogos 2021. 

Mommy jangan buang pula surat itu ya. Surat tersebut harus disimpan dan dibawa pada hari pertama anak anda di sekolah nanti. 

  • Untuk yang TIDAK berjaya

Rayuan Penempatan Semula boleh dibuat melalui sistem yang sama selepas keputusan diumumkan.

> Tarikh Rayuan: 1 Ogos – 31 Ogos 2021
> Keputusan Rayuan: 1 Oktober 2021

Manual Pengguna 

Mommy juga boleh download manual pengguna SPATKPM di sini.

Cara Hubungi Pihak Berkenaan

Sekiranya Mommy mengalami sebarang masalah ketika mengisi borang tersebut, Mommy boleh menghubungi pihak berkenaan di:


Untuk Mommy dan Daddy, jangan lupa untuk pastikan borang-borang yang telah diisikan dengan betul. ‘Double-check’ sebelum tekan butang ‘Hantar’ ya. Semoga dipermudahkan semuanya!

  1. Bilakah tempoh pendaftaran Tahun 1 2022/2023?

    1 Mac sehingga 30 April 2021

  2. Pendaftaran Tahun 1 2022/2023 secara atas talian.

    Pendaftaran Tahun 1 boleh dibuat di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) di link berikut: public.moe.gov.my

  3. Apakah yang harus dilakukan sekiranya permohonan gagal?

    Untuk permohonan yang gagal, anda boleh membuat rayuan dengan mengisi borang dipautan yang sama selepas keputusan diumumkan.

  4. Cara mendaftar pelajar Tahun 1 secara online:

    1. Layari laman web SPATKPM: public.moe.gov.my.
    2. Sekiranya anda pernah mendaftar, sila login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
    3. Untuk pengguna baru, anda harus mendaftar dahulu di: public.moe.gov.my/daftarpengguna

    Kemudian isikan informasi yang diperlukan.