Sebelum Mommy panik, pendarahan hidung ini merupakan perkara yang biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Ia lebih kerap berlaku dalam iklim kering. Apabila terdapat haba kering di rumah atau di dalam bangunan, ini boleh menyebabkan pengeringan, retak dan berkerak di dalam hidung kita.
Dalam pada itu, terdapat faktor lain juga mengakibatkan pendarahan hidung ni berlaku. Antara faktor utamanya adalah:
- Kerap mengorek hidung
- Selalu menghembus hidung
- Mengambil ubatan tertentu
- Menyembur spray nasal punca kenapa hidung berdarah
- Amalan makanan/suplemen dengan bahan tidak mesra hidung
Sebab itulah, kita kena pantau anak-anak kita jika berlakunya perkara di atas. Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, ikuti perkongsian daripada Dr Samhan tentang cara yang betul untuk merawat pendarahan hidung dalam kalangan kanak-kanak ni.
Jom kita baca.
Mana Cara Betul, Mana Cara Salah?
Bahaya suruh anak donggakkan kepala jika hidungnya berdarah! Rupanya selama ini ramai ibu bapa dan guru cuba berhentikan pendarahan dengan cara yang salah.
Awas, Mommy! Ni Cara Yang Salah
Highlighted
- Dongakkan kepala atau berbaring. Darah akan mengalir ke belakang hidung dan masuk paru-paru.
- Masukkan air ke dalam hidung untuk bersihkan darah. Pendarahan tak akan berhenti.
- Biarkan darah mengalir daripada hidung begitu sahaja!
Ni Cara Yang BETUL, Take Note Mommy!
- Dudukkan kanak-kanak di dalam keadaan menegak dan tunduk ke depan secara membongkok.
- Picit bahagian bawah hidung yang lembut selama 20-30 minit. Suruh nafas melalui mulut.
- Letakkan ketulan ais dipangkal hidung untuk menguncupkan salur darah seterusnya mengurangkan pengaliran darah dibahagian tersebut.
- Lepaskan picitan pada hidung. Selepas 10 minit periksa sama ada pendarahan telah berhenti atau tidak.
- Jika masih berdarah ulangi picit bahagian hidung selama 10 minit.
Jika pendarahan berterusan segeralah berjumpa doktor.
Bantu saya #SHARE cara betul hentikan pendarahan hidung sebab masih ramai yang amalkan cara yang salah.
Semestinya, pendarahan hidung ni jangan diambil remeh dan ringan sahaja. Tedapat pelbagai faktor kenapa hidung ni berdarah. Pastikan anak-anak Mommy dapatkan rawatan yang sewajarnya dan betul apabila berdepan dengan kemalangan seperti ini. Terima kasih Dr Samhan, sekarang Mommy pun dah tahu, cara yang BETUL untuk merawat hidung berdarah ni.
Semoga bermanfaat untuk Mommy pada masa kelak~
Kredit: Dr Ahmad Samhan
Dapatkan tips kesihatan lebih lanjut di SINI.