Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Sex Education #1: Pendidikan seks BUKAN ajar cara nak buat Seks

Untuk baca edisi Inggeris, klik sini.

Bila timbul je isu Pendidikan Seks di Malaysia ni, mulalah ramai yang salah faham. Masih ramai yang berpendapat pendidikan seks ni merupakan sesuatu yang negatif, salah satu perkara ‘taboo’ untuk dibincangkan. Ia dikatakan tidak perlu untuk dijadikan sebagai satu silibus dalam pembelajaran.

Malah baru-baru ni saya dan team motherhood.com.my ada menemu bual beberapa orang awam mengenai pendidikan seks di Malaysia. Salah seorang daripada mereka berpendapat yang pendidikan seks ni harus diajar kepada mereka yang sudah berkahwin sahaja, bukan kepada kanak-kanak.

Kemudian bila ditanya mengenai Sexual Transmitted Disease (STD), ramai juga yang menjawab mereka tidak tahu, tak pernah dengar. Katanya baru first time dengar. Jadi anda masih mempersoalkan kenapa negara kita perlukan Pendidikan Seks?

klik disini untuk barangan bayi yang best!

Tahukah anda?

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan theSunDaily, di Malaysia, lebih 18 000 kanak-kanak bawah umur telah mengandung. Dan yang lebih mengejutkan, ramai daripada mereka TIDAK tahu bahawa aktiviti seks boleh menyebabkan mereka mengandung! Aduh Highlighted


Sumber: R.Age

BACA: Pentingnya Carbetocin untuk si Ibu

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pula, 35% anak muda perempuan percaya mereka TIDAK akan mengandung selepas kali pertama melakukan seks! Nampak tak macam mana pemahaman anak-anak di sini?

Sumber: R.Age

Hmm, jadi anda nak berdebat lagi penting ke tak pendidikan seks ni?

Apa sebenarnya Pendidikan Seks ni?

Pendidikan seks bertujuan untuk mengajar anak-anak tentang perkara positif dan negatif yang boleh terjadi akibat perbuatan seks. Bukan lah nak menggalakkan mereka melakukan perbuatan tersebut, tapi sekurang-kurangnya dapat menyampaikan dan menyebarkan implikasi seks itu sendiri.

BUKAN mengajar cara nak buat Seks

Sumber: Google

Lagi ditekankan, pendidikan seks yang ingin diketengahkan TIADA kena mengena dengan mengajar cara nak buat seks. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa pun ada sarankan,

Jangan pandang pendidikan seks sebagai sesuatu yang tabu kerana dengan pendidikan, kita dapat mendidik mana yang betul dan salah pada peringkat awal. Kita juga dapat mencegah gejala masalah seksual yang hari ini begitu serius dalam masyarakat,

ujarnya dalam sesi soal jawab bersama menteri di Parlimen pada Julai lalu.

Bagi umat Islam pula, tekankan bagaimana persetubuhan sebelum nikah adalah haram! Boleh fokuskan apa implikasi yang akan terjadi jika terlanjur sampai lahirkan anak luar nikah, dsb.

Ubah mindset anda!

Jadi, apa yang anda boleh buat adalah dengan ubah cara pemikiran anda. Lihat dari sudut positif. Kenapa negara-negara luar banyak yang mementingkan pendidikan seks ini didedahkan sejak anak-anak kecil lagi? Dan walaupun kita negara Islam, rasanya tak salah untuk beri pendedahan pasal seks ni kepada anak-anak bukan? Input yang bakal diberi pun semestinya lebih tepat dan komprehensif.

Nantikan bagaimana kami bakal mengubah pemikiran ‘taboo’ anda dengan siri #SexEducation kami! 😉

klik disini untuk barangan bayi yang best!