Ibu, Bayi & Kanak Kanak

20 Pengajaran Penting Yang Perlu Ibu Bapa Ajar Pada Anak-anak

pengajaran

Kredit gambar: montessori-academy.com

Setiap ibu bapa pasti menginginkan yang terbaik dalam kehidupan anak-anak. Untuk memastikan anak-anak mempunyai masa depan yang cerah, anda sebagai ibu bapa mempunyai peranan yang sangat penting untuk membentuk sahsiah diri anak-anak.

Tugas ibu bapa bukan hanya mencari nafkah bagi mereka tetapi juga menjadi guru dan tauladan untuk mereka sejak kecil.

Disebabkan itu, Mommy Daddy yang berperanan sebagai ibu bapa kepada anak-anak mestilah menunjukkan contoh dan tauladan yang baik supaya dapat dicontohi mereka dan dijadikan pengajaran dalam hidup.

Oleh sebab hal ini penting untuk pendidikan dan pembelajaran anak-anak yang menentukan siapa diri mereka dewasa kelak, pada perkongsian kali ini kami akan mengongsikan beberapa pengajaran atau pelajaran yang boleh Mommy dan Daddy didik dalam diri anak-anak.

Senarai Pengajaran untuk Didik Anak-anak

Highlighted

Kredit gambar: www.boredteachers.com

Berikut adalah beberapa pengajaran hidup untuk anak-anak yang akan dikongsikan:

#1. Cuba Perkara Baru

Yang pertama, Mommy Daddy boleh mengajarkan anak-anak untuk sentiasa mencuba perkara baru.

Ini akan membuatkan mereka lebih berani dan tidak takut mengambil risiko. Namun, Mommy Daddy perlu memastikan mereka tahu apa yang baik dan apa yang tidak baik supaya tidak menjadi masalah di masa depan.

#2. Berani ambil Risiko

Seterusnya, ajarkan anak-anak untuk berani mengambil risiko atas setiap perkara yang dilakukan.

Ini akan membuatkan mereka belajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab atas setiap perkara yang dilakukan.

Ia juga akan menyebabkan mereka menjadi lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.

#3. Sentiasa Mengucapkan Terima Kasih

Hanya dengan menyebutkan dua perkataan ini, ia akan membuatkan diri kita akan dihargai. Selain itu, dengan mengucapkan terima kasih juga akan membangun hubungan yang baik antara manusia.

Mommy Daddy perlu mengajarkan anak-anak mengucapkan terima kasih dari kecil kerana dengan menggunakan perkataan ini, orang lain akan menganggap anak kita adalah anak yang baik.

#4. Sentiasa Positif dalam Hidup

Kredit gambar: quasa.io

Selain itu, Mommy Daddy perlu mengajarkan kepada mereka tentang pentingnya untuk sentiasa positif dalam hidup.

Jika mereka mempunyai sikap positif dalam diri, nescaya tingkah laku mereka juga akan menjadi positif. Ini akan membuatkan mereka membesar menjadi seorang manusia dan insan yang baik.

#5. Menghargai Orang Sekeliling

Sebagai ibu bapa, kita juga perlu mengajarkan mereka untuk menghargai orang sekeliling. Contohnya, ajarkan mereka untuk menggunakan bahasa yang baik dan sopan ketika bercakap dengan orang lain. Ini akan membuatkan mereka cenderung untuk menjadi seseorang yang penyayang.

#6. Didik Anak Pengajaran Mengenai Sifat Selalu Bersyukur

Pengajaran yang seterusnya adalah ajar mereka untuk sentiasa bersyukur. Mommy Daddy perlu memberitahu mereka supaya sentiasa mengucapkan rasa syukur di atas apa telah terjadi.

Contohnya, rasa syukur kerana mempunyai ibu bapa yang baik dan penyayang serta bersyukur diberikan nafas untuk hidup. Ini akan membuatkan mereka lebih menghargai setiap perkara dalam hidup.

#7. Didik Anak Pengajaran Mengenai Kepentingan Berjalan di atas Kaki Sendiri

Kredit gambar: tallypress.com

Sangat penting untuk mengajarkan anak-anak supaya berdiri di atas kaki sendiri dan tidak mengharapkan bantuan orang lain.

Seiring berjalannya waktu mereka akan menyedari betapa pentingnya hidup dengan berjalan di atas kaki sendiri. Ini kerana, tidak ada orang yang akan sentiasa menolong kita selain diri sendiri.

#8. Sedari Batas Keupayaan

Yang kelapan adalah sangat penting bagi mereka menyedari batas keupayaan diri. Sekiranya mereka melakukan sesuatu perkara di luar kemampuan diri, pasti mereka akan mendapat kesusahan. Mereka akan menjadi seorang yang berhati-hati sekiranya menyedari batas keupayaan dari awal.

#9. Tetapkan Pendirian Hidup

Pendirian dalam hidup sangat penting bagi setiap insan. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, Mommy Daddy perlu memupuk anak-anak menetapkan pendirian diri dalam kehidupan.

Salah satu pendirian yang ada ialah tidak mengikuti cara orang lain. Ini akan membuatkan mereka lebih percaya diri untuk menjadi orang yang berjaya.

#10. Jangan Musnahkan Kepercayaan Orang

Untuk berjaya dalam hidup, kita perlu mendapat kepercayaan dari orang lain. Mommy Daddy perlu menegaskan kepada anak-anak supaya tidak memusnahkan kepercayaan yang telah diberikan kepada mereka.

Sekiranya kepercayaan seseorang telah musnah, percayalah bahawa kita akan dipandang rendah dan tidak akan ada yang mahu percayakan kita lagi.

#11. Sentiasa Menunjuk Sikap yang Baik

Kredit gambar: www.mindchamps.org

Selain itu, Mommy Daddy perlulah mendidik mereka menjadi manusia yang baik supaya anak-anak sentiasa menunjuk sikap yang baik dan positif. Ia akan menyebabkan orang sekeliling berasa seronok berada dengan kita.

Untuk menjadi seorang yang bersikap baik, mestilah dipupuk dari kecil. Ada pepatah yang mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya.

#12. Pertahankan Hak Sendiri

Amat penting untuk mengajarkan anak-anak supaya berani pertahankan hak sendiri. Sekiranya tidak dipertahankan pasti orang lain akan mengambil kesempatan atas diri kita.

Sebagai contoh yang boleh diajarkan kepada mereka adalah tidak mudah meminjamkan sesuatu kepada seseorang apatah lagi orang yang tidak bertanggungjawab. Tapi perlu diingatkan untuk tidak menggunakan perkataan atau bahasa yang tidak elok walaupun tegas.

#13. Didik Anak Pengajaran Mengenai Kepentingan Belajar dari Kesilapan

Sememangnya setiap orang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Tapi pastikan kesilapan yang sama tidak terulang lagi. Ini kerana kesilapan dan kesalahan adalah guru yang terbaik dalam hidup.

#14. Sentiasa Memaafkan Diri Sendiri

Mommy Daddy juga perlu mengajarkan mereka supaya sentiasa memaafkan diri sendiri.

Sekiranya mereka tidak belajar memaafkan diri sendiri pasti mereka akan merasa terpuruk dan ia boleh menyebabkan hilangnya semangat dalam diri. Berdendam dengan diri sendiri juga adalah perkara yang sangat tidak baik.

#15. Didik Anak Pengajaran Mengenai Sifat Tidak Mudah Putus Asa

Kredit gambar: www.d2l.org

Tidak kira tua atau muda, kecil atau besar pasti akan mendapat ujian dalam hidup. Oleh itu, Mommy Daddy perlu memberi nasihat kepada anak-anak supaya tidak mudah putus asa.

#16. Didik Anak Pengajaran Mengenai Sifat Bertanggungjawab

Sikap bertanggungjawab amat penting dalam hidup. Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi anak-anak peluang untuk membuktikan yang mereka anak dan insan yang bertanggungjawab. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai sikap ini, pasti hidupnya tidak akan berjaya.

#17. Mempunyai Impian

Mommy Daddy perlu mengajarkan mereka tentang impian dalam hidup. Ini kerana, setiap manusia pasti mempunyai impian. Yang membezakannya hanyalah usaha setiap orang untuk mencapai impian tersebut.

#18. Mempercayai Diri Sendiri

Kredit gambar: raisingchildren.net.au

Selain itu, anak-anak perlu diajarkan untuk sentiasa mempercayai diri sendiri. Ini akan membuatkan mereka berasa lebih yakin untuk membuat sesuatu perkara dan tidak akan ada masalah sekiranya berdepan dengan sesuatu.

#19. Didik Anak Pengajaran Mengenai Sifat Jangan Memendam Perasaan

Anak-anak juga perlu diajarkan untuk tidak memendam perasaan dari kecil. Keburukan dari memendam perasaan adalah akan menyebabkan ia mungkin mendapat masalah mental seperti depress dan tekanan.

Tapi perlu diingatkan supaya tidak menunjuk perasaan secara berlebihan yang mungkin akan memudaratkan seseorang.

#20. Sentiasa Mengikuti Perintah Agama

Pengajaran yang paling penting sekali adalah dengan tidak meninggalkan perintah agama seperti solat. Selain dari menjadi anak dan insan yang baik, pastikan ia menjadi hamba Allah yang baik dan taat. Nescaya segala urusan akan dipermudahkan .

Sebagai ibu bapa, kita hanya boleh memberi pengajaran kepada anak-anak. Oleh itu, Mommy Daddy perlu sentiasa memberi tunjuk ajar dan nasihat yang berguna kepada mereka.

Mommy juga boleh daftarkan anak Mommy ke program “Super Kids“ oleh Motherhood.com.my yang menawarkan pelbagai bengkel dan aktiviti menarik. Para peserta juga berpeluang untuk mendapatkan Super Kids Activity Box PERCUMA, akses tanpa had ke pelbagai bengkel dan juga antara yang pertama mendapatkan diskaun serta tawaran terkini daripada Motherhood.com.my.

Sertai Super Kids bersama Motherhood.com.my sekarang!


Dapatkan pelbagai lagi info dan tips menarik yang lain di SINI!