Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Pengasuh Tak Sedar Bayi Tersedak Susu Sehingga Membawa Maut

terdesak-susu-bayi

credit: berita harian

Baru-baru ini di Melaka, Seorang bayi berusia empat bulan menemui ajal dipercayai akibat tersedak susu di sebuah Taman Asuhan kanak-Kanak (TASKA), Bukit Baru.

Difahamkan, bayi itu diberi minum susu yang dibekalkan ibunya jam 8.50 pagi dan pihak TASKA mendakwa bayi berkenaan sudah sendawa sebelum tidur.

Highlighted

credit: berita harian

Bagaimanapun, kira-kira jam 11.45 pagi pengasuh memeriksa bayi itu dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri sebelum membawanya ke hospital.

Selepas memberikan rawatan menyelamat kira-kira 30 minit, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia jam 12.30 tengah hari

kata Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Melaka.

Update

KEMATIAN bayi lelaki berusia empat bulan dipercayai akibat tersedak susu di Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA), Bukit Baru, Melaka, semalam disahkan berpunca jangkitan kuman pada paru-paru.

Ia disahkan hasil bedah siasat oleh pegawai perubatan Hospital Melaka, di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, laporan itu diperoleh selepas proses bedah siasat selama kira-kira lima jam yang berakhir pada 1.05 pagi tadi.

Selain itu, katanya, laporan turut mendapati tiada sebarang unsur jenayah mahupun akibat tersedak susu seperti yang didakwa dialami oleh bayi berkenaan, Yusof Al Baihakki Zainal Abidin.

Kematian bayi itu adalah disebabkan jangkitan kuman pada paru-parunya.

“Pegawai perubatan akan meneliti rekod perubatan bayi berkenaan bagi mengenal pasti jika dia mempunyai masalah kesihatan sebelum ini,” katanya pada sidang media di Ayer Keroh hari ini.

Tersedak Susu Bukan Perkara Remeh

Walaubagaimanapun, tersedak susu bukan perkara remeh yang ibubapa boleh pandang mudah. Ada sesetengah kes tersedak susu sampai bayi tu meninggal dunia. Risau kan?

Namun, untuk hari ini saya nak kongsikan 4 tips bagi mengelakkan bayi atau kanak-kanak anda daripada tersedak susu.

Cara memberi minum susu kepada bayi yang betul

1. Pemilihan Puting Susu

Pastikan lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam mulut bayi. Sebaiknya pilih puting yang sepadan mengikut usia bayi anda.

2. Sendawakan bayi setiap kali menyusu

Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.

3. Pastikan posisi bayi anda betul

Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.

4. Susukan dengan betul

credit: Malaysian Parents and Motherhood

Botol susu mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

Rawat anak sendiri jika anak tersedak susu

Jika anak tersedak susu, ibu- ibu semua jangan panik. Tenangkan diri dan boleh cuba perkongsian untuk merawat bayi yang tersedak susu daripada harian metro di bawah:

1. Tiarapkan bayi kemudian seperti position di dalam gambar, tepuk belakang badan beberapa kali sehingga susu atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.

2. Sekiranya susu atau ada benda lain di dalam mulut bayi tidak keluar, dalam keadaan duduk menghadap kehadapan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.

3. Selain menekan bahagian perut bayi boleh dibaringkan. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.
Dapatkan barangan bayi berkualiti hanya di motherhood.com.my!