Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Penggunaan Essential Oil Mendatangkan Bahaya Pada Kanak-kanak dan Ibu Mengandung! Ada Kesan Yang Tersembunyi

Penggunaan essential oil  (EO) dalam kalangan rakyat Malaysia bukanlah sesuatu yang baharu. Kepentingan minyak pati adalah untuk kesihatan diri serta dapat membantu bagi menghilangkan tekanan. Selain baunya yang wangi dan menenangkan ia menjadi kegemaran ramai.

Meskipun essential oil dibuat dari bahan semula jadi dan natural tidak menjamin ia selamat terutama kepada kanak-kanak dan ibu mengandung.

Essential oil menganggu hormon? Sejauh manakah kesan sampingan essential oil kepada kesihatan? Mari min kongsikan kepada Mommy supaya lebih alert tentang kesan sampingan kepada penggunaan essential oil di rumah.

Essential Oil Bahaya Kepada Kanak-Kanak dan Ibu Mengandung

Highlighted


Masih ramai yang belum menyedari bahawa, selain essential oil bermanfaat ternyata ada kesan bahaya yang harus diwaspadai.

Seperti kisah yang dikongsi di laman Twitter, seorang individu mendedahkan bahawa anak rakannya yang baru berusia 6 tahun sudah mula mengalami pembentukan payudara.

Perubahan yang sangat cepat kepada kanak-kanak itu mula mendatangkan kerisauan. Ibu kepada kanak-kanak itu telah mendapatkan rawatan dan merujuk doktor untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh anaknya. Doktor menyatakan bahawa kanak-kanak perempuan pada usia ini tidak sepatutnya menunjukkan perubahan ke arah akil baligh kerana terlalu awal.

Selepas doktor bertanyakan tentang penggunaan essential oil di rumah barulah ibu kepada kanak-kanak tersebut mengatakan bahawa telah menggunakan essential oil selama dua tahun di rumah. Doktor mengesahkan bahawa itu merupakan faktor kepada gangguan hormon kanak-kanak.

Katanya, doktor memaklumkan essential oil sebenarnya tidak baik untuk kanak-kanak dan bayi. Ini kerana sesetengah minyak mengandungi pewangi dan bau-bauan yang akan meningkatkan hormon estrogen di dalam badan. Disebabkan itu, hormon tumbesaran anak terganggu menyebabkan dia mengalami pembentukan payudara seawal 6 tahun.

Untuk pemeriksaan lanjut, doktor telah mengambil sampel darah anak dan melakukan imbasan x-ray tulang. Selain itu, kanak-kanak itu perlu menjalani beberapa lagi ujian untuk mengenal pasti punca utama paras estrogen di dalam badan meningkat.

Kanak-kanak tersebut perlu makan ubat untuk stop kan estrogen dia berkembang sampai umur 11 tahun untuk flat kan semula breast. Ini bagi membiarkan breast tersebut berkembang sendiri mengikut perkembangan tubuh badan.

Menurut doktor, penggunaan minyak pati untuk orang dewasa adalah digalakkan kerana terdapat pelbagai kebaikan untuk kesihatan diri. Namun, dinasihatkan agar mula memasangnya tanpa kehadiran anak-anak mahupun ibu yang sedang bergantung. Doktor juga menasihati orang ramai untuk memastikan pengudaraan bilik dalam keadaan baik.

Jadi, Mommy sila ambil tahu dahulu tentang bahan-bahan EO yang ada sebelum digunakan. Jauhi bahan EO yang tidak sesuai pada anak-anak.

Sesetengah essential oil, boleh mendatangkan kemudaratan dan menjejaskan kesihatan kanak-kanak. Jika pengunaan sendiri (dewasa) takda masalah kalau anda tiada alahan.

Kesan Sampingan Essential Oil Kepada Ibu Mengandung

#1. Menyebabkan Gangguan Hormon 

Essential oil boleh mengganggu aktiviti endokrin yang berfungsi dalam menghasilkan hormon. Endokrin yang terganggu boleh memberi kesan kepada penghasilan hormon dan mengakibatkan masalah kesihatan seperti kenaikan berat badan, ketidaksuburan, tidur yang terganggu dan kelesuan.

Antara kes yang dilaporkan, dapatan doktor mengatakan minyak lavender boleh mengakibatkan pembentukan payudara pada usia muda kanak-kanak perempuan serta minyak tea tree yang boleh mengakibatkan kesan yang sama pada kanak-kanak lelaki.

Kredit gambar: britannica.com

#2. Mengurangi Cairan Ketuban Dalam Tubuh Ibu Mengandung

Tidak semua essential oil bagus digunakan untuk ibu yang mengandung. Antara essential oil yang bahaya digunakan adalah juniper, rosemary, kemangi, kayu cedar, cengkih, ketumbar, adas, pala, pinus dan sage. 

Bagi Mommy yang dalam trimester pertama perlu elakkan penggunaan essential oil kerana ia berpotensi tinggi boleh menyebabkan kontraksi rahim berlaku sebelum waktunya.

#3. Menyebabkan Iritasi Pada Kulit

Disebabkan komponen aktif berkonsentrasi tinggi yang ada dalam essential oil, ia tidak sesuai disapu terus pada kulit.

Jika disapu terus, ia boleh menyebabkan iritasi pada kulit seperti kemerahan, kegatalan dan bengkak pada kulit. Larutkan essential oil terlebih dahulu sebelum menyapunya pada kulit.

Ada beberapa jenis essential oil yang mempunyai kesan ni, antaranya bergamot, lemon verbena, pala dan pudina.

Untuk Mommy yang gunakan essential oil ni, mesti kena tunggu sekurangnya 24 jam sebelum terdedah dengan cahaya matahari untuk elakkan kesan terbakar pada kulit.

Kesan Sampingan Essential Oil Kepada Kanak-Kanak

#1. Menyebabkan Sesak Nafas Anak

Kanak-kanak yang menghirup aroma dari essential oil secara berlebihan boleh menyebabkan kesesakan nafas terutama kepada bayi yang mengalami asma.

Minyak atsiri seperti peppermint dan kayu putih mengandungi senyawa bernama fenol yang dapat mengiritasi saluran pernafasan jika terhirup. Ini akan menyebabkan kesukaran untuk mereka bernafas dengan lancar.

#2. Menyebabkan Iritasi Pada Kulit

Disebabkan komponen aktif berkonsentrasi tinggi yang ada dalam essential oil tidak sesuai untuk terus disapu pada kulit terutama kulit bayi.

Jika disapu terus akan pada kulit bayi akan menyebabkan berlaku iritasi kulit seperti keradangan dan kegatalan pada kulit bayi Mommy.

#3. Mengakibatkan Alahan 

Terdapat sesetengah essential oil yang boleh menyebabkan alahan kepada kanak-kanak. Jika anak Mommy, kerap mata gatal dan berair, selalu bersin, dan hidung tersumbat itu merupakan simptom kepada alahan terhadap essential oil. 

Mommy perlu elakkan penggunaan essential oil di kawasan kanak-kanak bermain dan di ruang tamu.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu Mommy untuk lebih berhati-hati dengan penggunaan essential oil di rumah.


Dapatkan lebih banyak info kesihatan untuk ibu dan kanak-kanak di SINI.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.