Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Awas Mommy! Penggunaan Gajet Boleh Jadi ‘Red Alert Addiction’ Pada Anak-anak Jika Tidak Dipantau

Sesetengah orang ambil remeh sahaja tentang ketagihan gajet ni, nanti anak dah ketagih barulah menyesal. Sebelum ketagih, mari kita baca dahulu panduan daripada Dr Aisyah mengenai bahaya penggunaan gajet pada anak-anak kecil.

Gajet sebenarnya tidak boleh renggang, malah kita sebagai ibu bapa pun sukar untuk mengawal penggunaan harian. Walau bagaimanapun, ibu bapa harus memastikan anak-anak menggunakan gajet pada tahap sederhana ataupun moderate.

Pada Min, penting untuk Mommy buat screen time pada anak kecil. Bukan nak mengawal mereka sehingga tiada kebebasan, tetapi, anak kecil sangat mudah ketagih pada penggunaan gajet jika tidak dipantau.

Highlighted

Kredit gambar: Papa Annur / Shutterstock.com

Jom lihat penjelasan Dr Aisyah mengenai hal ini.

Macam Mana Anak Kecil Boleh Ketagih? 

Gajet ni bahayanya adalah dia boleh mengakibatkan ketagihan. Ketagih yang macam dadah tau. Sebab dia release dopamine. Anak rasa happy bila gajet ada, rasa kosong dan resah bila gajet tiada. Sebab tu kita kena control penggunaannya pada anak-anak. Saya sendiri personally ada “gadget time” untuk anak-anak. Sebab saya pilih untuk dedah dalam keadaan terkawal.
Semasa ‘gadget time’ anak-anak:
  • Tak boleh install apa-apa apps.
  • Tak boleh duduk dalam bilik. Mesti di hadapan kami sahaja.
  • Social Media memang saya tak dedahkan langsung, termasuk penggunaan whatsapp. Anak saya hanya tahu telefon sahaja guna phone, in case of emergency.
  • Anak saya TIADA PHONE SENDIRI.

Ada ramai rakan-rakan saya pilih untuk tidak dedah langsung. Bagaimana kita nak kawal, terpulang pada kita. Tapi, kalau kita pilih untuk dedahkan, atau sudah terlanjur dedahkan. Kita perlu jelas dengan guideline penggunaan gajet pada anak-anak. Terutamanya kalau anak kita tu kecillllll sangat lagi.

Dan kita perlu SANGAT ALERT tentang tanda-tanda anak kita KETAGIHAN. Ketagihan gajet adalah SANGAT BAHAYA kepada perkembangan otak anak-anak ya.

9 Tanda Anak Ketagihan Gajet

1. Kegagalan Kawalan 
Anak tak boleh ikut bila kita letak kawalan penggunaan. Tak boleh stop main gajet. Dan tak boleh bila dengar kita kata tak boleh gajet.
2. Anak Hanya Mahu Gajet Sebagai Reward 
“Gadget Time” sahaja yang anak mahukan. Bila kita minta anak pilih apa hadiah yang dia mahu, anak hanya mahu “PHONE”. Bila kita buat reward chart, anak hanya minta waktu penggunaan “PHONE” dipanjangkan. Ini juga tanda ketagihan ya.
3. Cerita Tentang Apa Yang Dimainkannya Dalam Gajet Sahaja
Kat meja makan, cerita tentang “minecraft”. Kat depan cerita tentang Red Ball. Asal cerita je, cerita tentang game favourite dia dalam gadget. This is not healthy. Anak-anak perlu eksplore dan rasa minat dengan KEPELBAGAIAN PERKARA di muka bumi. Bukan hanya gadget.
4. Mengganggu Kehidupan Sosial
Sentiasa berkepit dengan gajet. Tak boleh berenggang. Makan bawa gadget, nak tidur bawa gajet (eh.. bunyi macam kita pula kan?) Tapi, sentiasa mahu gajet sehingga anak sukar bersosial, mata tu ke gajet sahaja adalah tanda ketagihan.
5. Pernah Bergaduh Anak-Beranak Tentang Gajet
“Awak ni asyik phone je!!!” Kita pernah marah anak tentang penggunaan gadget dia, anak pernah mengamuk dengan kita tentang gajet dia, bergaduh adik-beradik berebut harta gajet tu. Ni tanda-tanda anak ketagihan gajet.
6. Anak Tunjuk Tanda Addiction Withdrawal
Bila kita off TV, off gadget, dia punya mengamuk semacam. Bila kita ambil gadget dia, jerit tak boleh bawa bincang. Orang ketagih, tak dapat barang, memang dia akan mengamuk tak boleh bawa bincang tau. So, tu tanda anak kita ketagihan ya.
7. Masa Dengan Gajet Semakin Lama Semakin Meningkat
Sepanjang masa anak nak tengok skrin. Kita kata “stimulation tolerance” dia meningkat. Dia boleh duduk, dalam posisi yang sama berjam-jam masa tengah main gajet tu. Bunyi guruh di langit ke, bunyi air di tempayan dicurahkan ke, semua dia tak dengar dah. Ni bahaya tau. Teruk dah addiction anak kalau macam tu.
8. Anak Curi-curi Guna 
Anak akan cari cara apa pun untuk curi-curi bawah gajet ke dalam bilik, bawa tidur, masukkan dalam beg sekolah. Ni memang tanda ‘addiction gadget’ dah tahap agak teruk. Rules yang kita bagi, semua dah tak mahu ikut. Dan mula sorok-sorok, curi-curi langgar rules. Ni RED ALERT ADDICTION ye, mama ayah. 
9. Hanya Dengan Gajet Anak Bahagia 
Bila tiada gajet, anak macam ayam berak kapur. Tiada pancaran kebahagian, asyik marah-marah, monyok tak tentu hala. Dapat je gajet, matanya bercahaya, sinar kebahagiaan terpancar dari wajah anak yang polos dan mulus. Haaa, ni TANDA BESAR GAJET ADDICTION.
So, mama ayah kena kawal betul-betul. Re-schedule semula penggunaan gajet. Kalau rasa tak mampu kawal, tak payah bagi langsung.

Haa, banyak tanda-tanda anak Mommy ketagih gajet ini sebenarnya. Sekarang Mommy pun dah tahu kan? Harap-harap Mommy boleh pantau dan kawal selepas tahu tanda-tanda ini. Terima kasih Dr Aisyah atas perkongsian ini.

Jadi Mommy, pastikan pantau penggunaan gajet pada anak kecil dari awal, sebelum mereka ketagih ya! Takut menyesal di kemudian hari.