Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Penggunaan Steroid Tanpa Dikawal Berisiko Meragut Pancaindera

Ubat steroid ataupun lebih dikenali sebagai ‘corticosteroids’ ialah ubat sapu yang biasa digunakan untuk merawat penyakit kulit seperti ekzema, ruam, keradangan kulit, kemerahan kulit, kegatalan dan ketidakselesaan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan serangga.

Bagaimanapun, ubat steroid tidak sesuai disapu dan digunakan di bahagian badan yang mempunyai permukaan kulit yang nipis dan sensitif seperti kawasan pangkal paha, muka, kelopak mata dan kawasan lampin.

Ia akan mendatangkan kesan sampingan yang bahaya di permukaan kulit sehingga rasa seperti kulit terbakar, kegatalan atau kulit mengelupas.

Ada kes dimana segelintir individu mengalami kebutaan kekal akibat penggunaan ubat-ubatan atau makanan tambahan mengandungi steroid tanpa mereka menyedari bahayanya.

Kesan Penggunaan Steroid Dalam Jangka Masa Panjang Pada mata

Highlighted


Pesakit yang menggunakan steroid untuk rawatan ekzema, asma atau mata gatal sangat berisiko untuk mendapat komplikasi ini jika pakai dalam jangka masa yang panjang tanpa mendapat nasihat daripada doktor.

Steroid dapat mencuri penglihatan dengan menyebabkan peningkatan tekanan mata dan menyebabkan penyakit dikenali sebagai glaukoma.

Ia akan diberikan untuk merawat pelbagai penyakit seperti asma, ekzema, alahan, penyakit autoimun dan sebagainya.

Bahan yang mengandungi steroid boleh terdapat dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk makanan tambahan atau ubatan.

Makanan tambahan adalah minuman pracampur menguatkan tenaga seperti kopi dan teh dengan tambahan ramuan herba atau ubatan tradisional seperti majun, tonik atau jamu.

Seterusnya, ubatan yang mengandungi steroid boleh terdapat dalam bentuk ubat titis mata, pil, ubat sapuan di kulit, ubat inhaler atau spray hidung.

Kebiasaanya, doktor akan memantau pesakit yang memakai ubat-ubatan untuk memastikan tekanan mata tidak meningkat yang boleh membahayakan saraf mata.

Namun, tiada pemantauan untuk pengambilan sediaan lain seperti makanan tambahan, kopi dan teh serta ubatan tradisional.

Individu mengambil ubatan ini secara berterusan berisiko mendapat penyakit glaukoma yang boleh menyebabkan kebutaan kekal jika tidak dirawat.

Ada pesakit yang membeli dan menggunakan ubatan pernah diberi doktor secara berterusan tanpa pemantauan yang akhirnya menyebabkan penyakit glaukoma dan kebutaan.

Peningkatan tekanan mata berlaku kerana kerosakan struktur mata yang bertanggungjawab mengalirkan bendalir keluar dari dalam mata, mengakibatkan bendalir ini terkumpul di dalam mata.

Elakkan penggunaan steroid tanpa mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Ini kerana penglihatan yang hilang tidak dapat dikembalikan semula walaupun tekanan mata dikawal.

Cara-cara untuk Mengurangkan Kesan Sampingan

  • Elakkan daripada menggunakan ubat steroid topikal untuk tempoh masa yang panjang.

  • Elakkan daripada menggunakan ubat pada keluasan permukaan kulit yang besar.

  • Hanya sapu pada kulit yang terjejas dan ikut arahan doktor.

  • Sekiranya boleh, guna ubat steroid topikal yang paling lemah dari segi kekuatan untuk mengawal keradangan kulit kecuali diarahkan oleh doktor.

  • Gunakan pelembap untuk mengawal keterukan keradangan.

Pastikan bertanya kepada doktor apa kandungan ubat diberi, elak memakan produk kesihatan tidak diketahui dengan jelas isi kandungannya.

Semoga perkongsian ini dapat menyedarkan tentang bahaya penggunaan steroid dan boleh menjadi punca kepada pesakit ekzema buta.


Lihat info dan tips kesihatan yang lain di SINI.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.