Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Pengorbanan ibu telah menawan hati rakyat Malaysia dengan Nasi Lemak yang sedap

nasi lemak

Klik disini untuk baca artikel versi Bahasa Inggeris

“Seorang ibu sanggup lakukan apa sahaja demi anak-anak”

Menurut pengguna Facebook Lynn Ahmad  apabila dia melihat bagaimana seorang ibu bekerja keras menghidangkan makanan di atas meja untuk tiga orang anaknya. Ia sangat menyentuh perasaan melihat wanita yang bekerja keras untuk menjaga ketiga-tiga anak sambil menjual nasi lemak katanya.

Wanita itu dilihat mengendong anak bongsunya dengan baby carrier, sementara dua anaknya yang lain duduk di bahagian tepi jalan dan menunggu ibunya.

Kerja seperti menjaga anak-anak sambil melayani pelanggan ketika berniaga sangat memenatkan, dan ia turut dapat dirasakan ibu kepada dua orang anak ini, Lynn.

Highlighted

image from Lynn Ahmad

“Nasi lemak dia sangat sedap, cuba rasa dan beli banyak-banyak nanti dia boleh balik awal”

klik disini untuk mendapatkan barangan bayi dengan harga termurah

image from Lynn Ahmad

Lynn menyeru orang ramai untuk membantu dan menyokong wanita tersebut dengan membeli nasi lemak dari gerainya, yang dibuka berhampiran stesen minyak Petronas di MRR2 berdekatan Tesco Ampang.

Katanya nasi lemak itu hanya berharga RM1.

Melalui penularan berkenaan, ramai rakyat Malaysia telah membanjiri gerai wanita tersebut oleh kerana nasi lemak yang sedap dan murah.

image from Dik Mas

Seorang netizen berkongsi, 27 Julai, ramai orang telah berkumpul untuk membeli nasi lemak dan memberi sokongan kepada ibu muda itu.

Dalam video yang disiarkan oleh Saifullah Sazwin, dapat dilihat ramai orang sedang beratur untuk membeli.

Apabila popularitinya berkembang, beberapa orang netizen mengenali wanita itu dan dikenali sebagai ‘Kak Ain’.

 

Ramai yang telah membeli nasi lemak daripada Kak Ain dan berharap dapat meringankan bebannya.

klik disini untuk mendapatkan barangan bayi dengan harga termurah

image from Zarina Daud

Ramai pelanggan baru memuji Kak Ain dan menyatakan nasi lemak itu sememangnya sedap seperti yang dikatakan orang ramai.

Dia sangat bersyukur dengan sokongan yang diterima beberapa hari lepas. Dia juga dengan rendah diri mengatakan terdapat pelanggan membeli sebanyak RM200 pagi ini.

klik disini untuk mendapatkan barangan bayi dengan harga termurah

Teruskan membaca artikel yang lebih menarik tentang ibu dan anak, klik di sini.