Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ikut 26 Tips Terbaik Ini Untuk Anak-anak Mahir Dalam Pengurusan Masa

pengurusan masa

Kredit gambar: www.timecentre.co.za

“Masa itu emas” adalah peribahasa Melayu yang menekankan tentang betapa berharga dan pentingnya masa itu. Penekanan tentang pengurusan masa yang betul bukan sahaja perlu kepada orang dewasa tetapi juga kepada kanak-kanak.

Seharusnya, seawal dari kecil lagi anak-anak harus diajar untuk uruskan masa dengan sebaiknya, bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Hal ini kerana, kanak-kanak yang terbiasa dengan cara pengurusan masa yang betul sejak kecil akan menjadikan mereka seorang yang berdisiplin dan tahu menghargai masa apabila dewasa kelak.

Mommy dan Daddy boleh ikuti perkongsian di bawah yang membincangkan mengenai pengurusan masa dan bagaimana cara untuk mendidik anak-anak mengenainya dengan lebih jelas dan terperinci!

Kepentingan Pengurusan Masa Kepada anak-anak

Highlighted

Kredit gambar: www.explico.sg

Berikut adalah kepentingan pengurusan masa kepada anak-anak iaitu:

  • Membantu anak-anak dalam membezakan sesuatu kerja berdasarkan keutamaan.
  • Mengajar anak-anak untuk membahagikan masa mengikut kerja yang ditugaskan.
  • Meningkatkan kebolehan kemahiran analitikal.
  • Membantu mereka untuk menyiapkan pelbagai tugas dalam masa yang singkat.
  • Membantu anak-anak menguruskan tekanan di sekolah atau tempat kerja apabila dewasa dengan baik.

Tips Didik Anak-anak Tentang Cara Pengurusan Masa yang Berkesan

Kredit gambar: yoyoboko.com

Pastinya Mommy tertanya-tanya bagaimana caranya atau tips untuk mengajar anak-anak tentang pengurusan masa. Berikut adalah antara cara pengurusan masa yang berkesan boleh Mommy dan Daddy gunakan untuk mengajar anak-anak menguruskan masa dengan betul iaitu:

#1. Apa Itu Masa?

Perkara paling penting semasa mengajar anak-anak ialah jelaskan kepada mereka apa itu masa. Tetapi harus diingat penjelasan tersebut haruslah dalam ayat yang mudah difahami oleh kanak-kanak.

Ini adalah perkara paling asas sebelum mengajar tentang perkara lain dalam pengurusan masa.

#2. Elakkan Menangguh Pekerjaan

Menangguhkan sesuatu pekerjaan adalah antara kesilapan yang ramai orang lakukan dalam pengurusan masa.

Menangguh pekerjaan bermakna menambahkan waktu dan membuang masa dengan begitu sahaja. Oleh itu, ajar anak Mommy dan Daddy untuk elakkan sikap menangguh kerja ini.

#3. Diari untuk Catatkan Rutin Harian

Kredit gambar: www.commbank.com.au

Mommy dan Daddy juga boleh mengajar anak-anak untuk menydiakan satu diari untuk mencatatkan segala rutin harian termasuklah mood mereka pada hari tersebut, aktiviti, tugas yang disiapkan, pencapaian dan kebimbangan yang mereka alami pada hari tersebut.

Ini akan membantu mereka untuk memahami bagaimana dan di mana kebanyakan masa mereka dihabiskan.

Diari ini akan membantu mereka untuk mengesan adakah hari mereka terisi dengan perkara yang berfaedah atau dihabiskan dengan cara yang tidak betul.

#4. Bantu Sediakan Jadual Pengurusan Masa

Jadual adalah perkara yang paling mudah untuk memudahkan anak-anak untuk menyelesaikan segalanya dengan teratur dan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Penggunaan jadual juga membantu anak-anak belajar menghargai masa dan tidak membuang masa.

Sekiranya mereka sudah terbiasa dengan cara yang teratur ini sejak dari kecil maka mereka akan cenderung untuk menjadikannya sebagai tabiat hingga ke besar.

#5. Tunjukkan Contoh Terbaik

Tunjukkan contoh terbaik kepada anak Mommy bagaimana Mommy dan Daddy menguruskan masa. Hal ini kerana, anak-anak cenderung untuk meniru dan belajar dari apa yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka.

#6. Tetapkan Rutin

Kredit gambar: parenting.firstcry.com

Mommy dan Daddy juga boleh menetapkan rutin harian untuk anak-anak. Libatkan anak-anak untuk membantu anda menetapkan aktiviti yang ingin dilakukan.

Antara aktiviti yang boleh dimasukkan dalam jadual adalah menyiapkan kerja rumah, bermain, menonton televisyen dan lain-lain.

Masukkan juga aktiviti yang mungkin tidak menjadi kegemaran mereka namun mempunyai kebaikan untuk mereka contohnya seperti membaca.

Dengan ini akan membantu mereka untuk belajar sesuaikan diri dengan perkara yang tidak disukai, belajar bersabar dan akan menjadi lebih proaktif.

#7. Tetapkan Waktu Tidur antara Cara Didik Pengurusan Masa

Penetapan waktu tidur ini akan membuatkan anak Mommy dan Daddy tidak membuang masa dengan melakukan perkara tidak berfaedah.

Hal ini kerana, mereka sudah tahu berapa jam yang mereka ada untuk lakukan aktiviti sebelum waktu tidur.

#8. Jelaskan tentang Kebaikan Persekitaran yang Tersusun dan Kemas

Jelaskan kepada anak-anak Mommy berkenaan dengan persekitaran yang kemas dan tersusun. Hal ini kerana, bilik yang kemas dan tersusun membantu untuk memudahkan sesuatu pekerjaan dan tidak melengahkan masa sesuatu aktiviti.

#9. Gunakan Timer untuk Didik mengenai Pengurusan Masa

Kredit gambar: www.learnercircle.in

Ajarkan anak untuk menggunakan timer semasa melakukan aktiviti atau menyiapkan sesuatu tugasan.

#10. Beritahu Sebab dan Akibat

Sebaiknya jelaskan juga kepada anak-anak Mommy dan Daddy berkenaan sebab dan akibat pembaziran masa. Ajar mereka untuk bertanggungjawab sekiranya membuang masa.

Contohnya, lengahkan kerja akan akibatkan aktiviti lain juga akan tergendala.

#11. Tetapkan Matlamat Jangka Panjang

Penetapan matlamat jangka panjang ini akan membuatkan anak Mommy dan Daddy untuk membahagikan tugas besar kepada beberapa tugas kecil.

Mommy dan Daddy perlu pastikan anak-anak memasukkan tugas-tugas ini ke dalam jadual harian mereka.

Ini akan mengurangkan tekanan pada saat akhir dan matlamat dapat dicapai dengan lebih baik. Penetapan matlamat ini akan membantu anak Mommy dan Daddy mengembangkan kemahiran pengurusan masanya.

#12. Buat To-Do-List

To-do-list ini akan menyenaraikan semua tugas yang perlu diselesaikan. Kemudian, mereka perlu senaraikan semula tugas tersebut mengikut keutamaan.

Ini akan membantu agar tiada tugas yang terlepas pandang dan dapat disiapkan dalam masa ditetapkan.

#13. Pilihan Waktu yang Tepat

Kredit gambar: growthtrainings.com

Pemilihan waktu yang tepat ini bermaksud ajar anak anda untuk menyiapkan sesuatu tugas semasa diri dalam keadaan terbaik. Jangan paksa diri untuk siapkan sesuatu pekerja walaupun badan sedang sakit atau keletihan.

#14. Buat Reward Sistem

Buat sistem pemberian reward bagi anak yang berjaya menyelesaikan tugas dan menguruskan masanya dengan baik. Ini akan membuatkan anak Mommy dan Daddy lebih bermotivasi untuk mengatur masanya.

#15. Waktu Makan yang Sama

Gunakan waktu makan bersama keluarga untuk bercakap sesama sendiri. Selain itu, boleh jadikan masa ini untuk berbincang berkenaan tugas yang tidak dapat disiapkan.

Oleh itu, setkan satu masa makan yang pada masa yang sama supaya semua orang dapat patuhi rutin makan bersama ini.

#16. Hadkan Penggunaan Gadjet sangat Penting Ketika Didik Tentang Pengurusan Masa

Semasa anak Mommy dan Daddy sedang menyiapkan sesuatu tugas hadkan penggunaan gadjet seperti telefon bimbit atau lebih baik lagi haramkan penggunaannya semasa melakukan sesuatu tugas.

Hal ini kerana, gadjet dapat mengalihkan perhatian anak anda.

#17. Buatkan Satu Study Zone

Kredit gambar: mindspace.mindchamps.org

Mommy dan Daddy boleh buatkan satu Study Zone yang mana ruang ini dikhaskan untuk tujuan pembelajaran sahaja.

Jauhkan segala benda yang boleh mengalihkan perhatian anak anda semasa berada di ruang ini. Ini untuk membantu mereka siapkan segala tugas dalam masa yang ditetapkan.

#18. Jadikan Setiap Aktiviti Menggembirakan

Jadikan setiap aktiviti yang dirancang penuh dengan kegembiraan. Hiasi aktiviti dengan nyanyian, mewarna dan lain-lain untuk menarik minat anak Mommy dan Daddy.

Apabila mereka seronok, lebih banyak tugas yang dapat disiapkan.

#19. Ajarkan Dari Kecil Tentang Pengurusan Masa

Pengurusan masa ini bukanlah perkara mudah. Walaupun orang dewasa masih memerlukan masa untuk menguasainya.

Apatah lagi anak-anak. Sebaiknya latih dan bimbing mereka sejak dari kecil bagaimana untuk menguruskan masa dengan baik.

#20. Masukkan Waktu “FREE” dalam Jadual

Kredit gambar: www.additudemag.com

Mommy dan Daddy juga perlu memasukkan waktu “FREE” dalam jadual harian mereka. Berikan masa rehat antara setiap tugas supaya mereka dapat merelakskan diri.

Pada masa ini mereka boleh lakukan perkara yang mereka sukai seperti bermain game, menonton rancangan kegemaran dan apa sahaja yang mereka sukai.

#21. Berikan Kata-kata Positif

Kata-kata positif seperti kata-kata pujian ini akan membantu anak Mommy dan Daddy menjadi lebih semangat untuk menguruskan masanya dengan baik.

Jika terdapat kesilapan yang dilakukan jangan sesekali mematahkan semangatnya dengan kata-kata negatif.

#22. Belajar dari Kesilapan

Jangan sesekali berikan kata-kata negative sekiranya anak gagal mengatur waktu dengan baik. Sebaliknya, berikan kesempatan untuk mereka belajar dari kesalahan tersebut dan tidak berputus asa.

#23. Ajar Anak Utamakan Tugas yang Penting Dahulu

Mommy perlu ajar anak Mommy dan Daddy untuk selesaikan tugas mengikut keutamaan sebelum melakukan perkara lain.

#24. Elakkan Over-scheduling Ketika Mengajar Pengurusan Masa

Kredit gambar: www.scholastic.com

Over-scheduling bermaksud terlalu banyak tugas yang perlu dilakukan. Hal ini kerana, ianya hanya akan meningkatkan tekanan dan akan menyebabkan mereka gagal menyelesaikan tugas yang diberikan.

Jika mereka terasa seperti dipush mereka akan mula hilang minat pada tugas tersebut.

#25. Bimbing Bukan Mengarah

Apabila Mommy dan Daddy bombing mereka mereka akan menjadi lebih berdikari. Berbeza dengan dengan mengarah.

Apabila anda mengarah mereka akan merasa lebih tertekan dan akan sukar untuk menyelesaikan tugas yang diberikan.

#26. Ketika Ajar Pengurusan Masa Elakkan Multitasking

Walaupun individu yang multitasking adalah kelebihan, namun bagi anak-anak yang baru mula belajar menguruskan masa sebolehnya elakkan terlebih dahulu.

Hal ini adalah kerana ia akan membuatkan anak Mommy dan Daddy hilang fokus dan tugas tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Ia juga mengundang tekanan kepada anak-anak.

Mommy juga boleh daftarkan anak Mommy ke program “Super Kids“ oleh Motherhood.com.my yang menawarkan pelbagai bengkel dan aktiviti menarik. Para peserta juga berpeluang untuk mendapatkan Super Kids Activity Box PERCUMA, akses tanpa had ke pelbagai bengkel dan juga antara yang pertama mendapatkan diskaun serta tawaran terkini daripada Motherhood.com.my.

Sertai Super Kids bersama Motherhood.com.my sekarang!

Jangan lepaskan peluang hebat ini untuk keseronokan dan kegembiraan yang tiada penghujung!


Dapatkan pelbagai lagi tips dan info keibubapaan menarik yang lain di SINI!