Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Penjagaan Mata Bagi Wanita Hamil

Eyes care

Sumber: www.google.com

Jangan terlepas pandang tentang penjagaan mata anda, bakal ibu! Kehamilan dan penglihatan datang seiringan, seperti juga perubahan badan anda yang lain semasa proses kehamilan.

Kehamilan dan juga penglihatan adalah satu perkara yang tidak akan terfikir akan datang seiringan. Kehamilan adalah satu proses yang mengujakan dan mencabar dalam hidup seorang wanita dimana badan seorang wanita akan mengalami perubahan yang ketara; kadar metabolik bertambah, hormon turun naik,, berat badan bertambah, bengkak dan perubahan bentuk badan.  Di antara perubahan yang disebutkan, mata juga mengalami perubahan, yang berkaitan dengan perubahan hormon. Kebanyakannya memberi kesan yang sedikit sahaja, tetapi sesetengah boleh memberi potensi kesan yang buruk secara serius.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

Mata kering

Pada umumnya, simptom mata kering merupakan kesan daripada turun naik hormon semasa hamil adalah sederhana.  Dengan menggunakan ubat titis mata yang terdapat di farmasi memadai. Penggunaan kanta lekap juga harus dikurangkan atau diberhentikan dulu dan bertukar kepada penggunaan kaca mata semasa proses kehamilan, jika simptom mata kering berterusan.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

Perubahan biasan.

Perubahan turun naik hormon boleh memberi perubahan yang agak besar kepada penglihatan sesorang. Ini selalunya berlaku kerana pembengkakan dalam tisu-tisu mata seperti di kornea dan lensa. Di dalam kes yang agak teruk, perubahan ini memerlukan perubahan tahap kuasa cermin mata si pemakai. Secara amnya, perubahan ini adalah sementara sahaja dan akan berkurangan selepas bersalin dan semasa menyusukan bayi.

Pembedahan mata tidak boleh dilakukan ketika hamil dan menyusukan, kerana kuasa mata berkemungkinan tidak stabil dan keputusan pembedahan adalah di luar jangkaan. Untuk wanita yang sedang hamil yang memerlukan bantuan penglihatan seperti cermin mata atau kata lekap, sila ambil perhatian yang lebih tentang perubahan gaya hidup sebelum hadirnya si bayi comel. Keletihan dan juga diikuti dengan kerap berjaga malam untuk penjagaan bayi, adalah merbahaya jika si ibu tercari-cari cermin mata di dalam gelap. Jika diperlukan, pertimbangkan pembedahan LASIK  sekurang-kurang 3-6 bulan sebelum hamil.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

Diabetes

Untuk penghidap kencing manis yang muda dan ibu hamil yang mempunyai penyakit berkaitan diabetis (gestational diabetes), perubahan di salur darah retina berkemungkinan berlaku disebabkan oleh hormon. Perubahan ini berpotensi menjadikan salur darah di retina mengembang dan pendarahan cenderung akan berlaku.

Pemeriksaan mata kerap haruslah dilakukan bagi mengesan risiko awal terjadinya pengembangan salur darah ini dan jika diperlukan, rawatan laser harus dijalankan untuk menghalang apa-apa masalah ketika jangka masa hamil.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

Tekanan mata

Tekanan mata munin akan berlaku ketika kehamilan dan pemeriksaan mata haus dijalankan bagi sesiapa yang telah didiagnosis pra-glaucoma. Secara amnya, perubahan ini adalah sementara dan akan hilang selepas proses kehamilan dan bersalin.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

Penggunaan ubat titis mata

Kebiasaannya, wanita hamil akan senang dijangkiti penyakit mata seperti konjugtivitis mata atau ulser kornea. Didalam situasi ini, adalah penting untuk pesakit mendapatkan rawatan dan mendapatkan ubat titis antimicrobial jika diperlukan. Namun begitu, sesetengah antibiotik tidak sesuai ketika hamil. Jadi, pesakit harus mendapatkan khidmat nasihat pakar sebelum membeli apa-apa jenis ubatan secara sendiri tanpa mendapat khidmat nasihat terlebih dahulu.

Hamil dan penjagaan mata adalah perkara yang sering dilupakan apabila ibu hamil terlalu gembira untuk menimang cahaya mata, namun penjagaan mata haruslah seiringan dgn penjagaan badan yang lain.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

Artikel ini dipetik daripada The Asian Parent