Ibu, Bayi & Kanak Kanak

“Gosok Puting Kuat-kuat Untuk Pastikan Puting Tu Bersih” Doktor Pesan Abaikan Nasihat Makcik Bawang

Hampir setiap ibu akan menyusu susu badan pada bayi mereka dan semestinya penjagaan puting ibu adalah berharga untuk bayi mendapatkan makanan mereka. Puting juga ibarat bibir kita tau Mommy!

Apabila terlalu kering, ia akan mengelupas dan Mommy akan rasa tidak selesa serta sakit. Oleh itu, penjagaan puting ibu selepas dan sebelum menyusu amat penting! Tanpa susu badan ibu, macam mana anak nak membesar dengan sihat dan kuat kan?

Penjelasan Dr Izzat ni sangat bermanfaat untuk Mommy tentang pembersihan puting ibu selepas dan sebelum menyusu dan juga cara untuk membersihkannya.

Jom kita baca!

5 Tips Penjagaan Puting Ibu, Bagi Ibu Yang Direct Feeding 

Highlighted



1. Cuci Waktu Mandi
Hanya cuci breast dengan air masa mandi. Tak perlu beriya menyental dengan sabun. Kelenjar pada breast (Montgomery glands) pada puting hitam menghasilkan minyak yang melembabkan dan melindungi putin. Sabun dan shower gel akan hilangkan minyak semulajadi ini dan sebabkan nipple jadi kering dan mengalami iritasi.

2. Keringkan
Lepas mandi, keringkan breast dan anginkan. Lap kering dengan tuala. Ada pesakit saya cakap, makcik bawang suruh gosok puting kuat-kuat untuk pastikan puting tu bersih dan menjadikan nipple kuat. Abaikan nasihat makcik bawang. Taktau apa yang nak ‘kuat’ sangat tu.

3. Tak Perlu Bersihkan
Bila nak menyusu, tak perlu bersihkan nipple. Bacteria pada permukaan nipple membantu pembentukan bakteria baik pada usus baby.

4. Urut Susu Mommy Pada Puting
Susu sendiri sebenarnya boleh digunakan untuk nipple crack. Amek few drops susu tu, bubuh pada nipple dan urut perlahan nipple sebelum dan selepas menyusu.

5. Nursing Pad

Kalau pakai nursing pad, tukar kerap untuk elakkan kawasan tu lembab – kurangkan risiko jangkitan kulat.

Saya tak advice ibu pakai apa-apa nipple cream sebab akan ubah rasa dan bau nipple. Nanti baby reject breast tu.

Mujur ada Dr Izzat jelaskan tentang puting ibu ni. Mommy tak perlu bersihkan puting sebelum mula menyusu sebab bakteria pada permukaan puting ada pembentukan bakteria baik pada usus bayi kita. Terima kasih Dr dengan tips yang membantu ini, Mommy jangan lagi gosok puting kuat-kuat seperti nasihat makcik bawang tu.

Ingat Mommy, apabila cari sumber, pastikan ia sahih dan bantu Mommy dengan cara yang betul! Semoga bermanfaat untuk Mommy dan anak Mommy~

Kredit: Dr Muhammad Izzat


Dapatkan lebih banyak tips menyusu di SINI Mommy!