Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Tips Penjagaan Rambut Keriting Anak Agar Kekal Cantik Dan Tidak Kusut

penjagaan rambut keriting

Kredit gambar : www.orami.co.id

Tidak seperti rambut lurus, penjagaan rambut keriting sangat sukar untuk dijaga disebabkan ia kurang lembap dan cepat kering. Terdapat banyak penyelenggaraan serta penjagaan khas yang perlu anda lakukan untuk menjaga rambut keriting anak dengan sempurna.

Bagi Mommy yang baharu pertama kali memiliki anak yang mempunyai rambut keriting, mungkin akan berlaku kesukaran. Tambah-tambah lagi ketika meleraikan rambut yang bersimpul-simpul.

Walaupun agak sukar untuk menjaganya, masih lagi terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk memastikan rambut anak anda kekal cantik dan berseri.

Ikuti panduan yang telah kami kongsikan di bawah ini.

10 Tips Penjagaan Rambut Keriting Anak

Anda memerlukan produk yang mampu memberi kelembapan tambahan kepada rambut dan elakkan sebarang produk rambut yang akan membuat rambut anak anda menjadi lebih kering dan kusut.

#1. Pilih syampu dan perapi rambut yang sesuai

Cari produk yang dicipta khas untuk rambut keriting. Ianya mestilah mengandungi:

  • aloe vera
  • keratin
  • minyak semulajadi atau pati contohnya seperti minyak kelapa, minyak jojoba, minyak bunga matahari
  • ekstrak tumbuhan
  • shea butter
  • provitamins dan panthenol

#2, Rawatan pra-syampu

Highlighted

Kredit gambar : www.sehatq.com

Jika rambut anak anda terlalu kasar atau keriting, anda perlu cuba untuk menggunakan rawatan pra-syampu iaitu menggunakan perapi sebelum dan selepas syampu rambut.

Disebabkan oleh rambut keriting mudah kehilangan kelembapan, menggunakan perapi sebelum dapat membantu melindungi rambut dan penggunaan syampu tidak akan membuatkan rambut kehilangan minyak semula jadi.

#3. Cuci dengan air sejuk

Kredit gambar : islami.co

Mencuci rambut dengan air sejuk dapat membantu untuk mengekalkan kelembapan dan kekuatan rambut.

#4. Elakkan terlebih cuci rambut

Kredit gambar : www.orami.co.id

Mencuci rambut setiap hari tidak bagus bagi orang yang mempunyai rambut keriting. Ia akan menyebabkan rambut kehilangan minyak semulajadi. Cuba cuci setiap 3 hari sekali.

#5. Pilih sikat rambut yang betul

Kredit gambar : id.aliexpress.com

Rambut keriting sangat cepat kering dan rapuh serta pecah apabila disikat. Cuba untuk sikatnya ketika mandi atau ketika rambut anda dilumur perapi untuk mengelakkan kerosakan pada rambut.

Pilih sikat yang luas untuk memecahkan ikatan rambut. Beli sikat yang berkualiti tinggi. Pilihan lain adalah tidak menggunakan berus atau sikat tetapi meraih rambut basah menggunakan jari.

#6. Pengering rambut

Kredit gambar : diary.marshabeauty.com

Elakkan mengeringkan rambut menggunakan pengering rambut kerana ianya akan membuatkan rambut menjadi lebih kering, keriting dan merosakkan rambut. Jika anda masih mahu menggunakannya, jarakkan pengering dari rambut anak anda dalam jarak 6 inci.

#7. Minyak rambut

Kredit gambar : www.popbela.com

Menjaga rambut agar kekal terhidrat bagi rambut keriting adalah sukar kerana minyak semulajadi tidak dapat bergerak hingga ke hujung rambut dengan mudah. Oleh itu, tambahkan minyak pada rambut untuk kekalkan kelembapannya. Antara pilihan minyak rambut yang sesuai adalah:

  • Minyak kelapa
  • Minyak zaitun
  • Minyak avokado
  • Minyak jojoba
  • Minyak argan
  • Minyak kastor

#8. Perapi rambut

Sebelum tidur, pastikan anda menyapu perapi di rambut anak anda terlebih dahulu. Ini bagi membantu mengukuhkan helai rambut dan membuatkan rambut lebih mudah diuruskan pada waktu pagi.

#9. Trim rambut

Kredit gambar : review.bukalapak.com

Lakukan trim rambut setiap enam hingga lapan minggu untuk elakkan rambut bertambah kusut dan rosak.

#10. Ikat rambut sebelum tidur atau pakai penutup rambut dari sutera

Kredit gambar : www.tokopedia.com

Mengikat rambut atau memakai penutup rambut sutera sebelum tidur dapat mengurangkan geseran rambut pada bantal dan membuatkannya menjadi lebih kusut.

Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan 

  • Elakkan produk yang mengandungi sulfat, alkohol, bahan kimia yang kuat serta wangian.
  • Mandi dengan air panas.
  • Mengikat rambut dengan kuat.
  • Menggunakan sikat yang mempunyai bilah rapat.
  • Jangan tidur di atas bantal beralas kapas tetapi gunakan sarung bantal daripada sutera.

Jika rambut si manja anda dijaga dengan baik dan betul, ia boleh kelihatan sihat, cantik dan bersinar. Semoga perkongsian ini memberi manfaat!


Ikuti panduan penjagaan si manja yang lain di SINI.