Ibu, Bayi & Kanak Kanak

PENKEK BLENDER BEREMPAH UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

Stack of pancakes

Penkek berempah bebas gluten, bebas gula halus, dan bebas tenusu ini padat dengan oat sihat, satu pisang, sedikit susu badam, dan segenggam rempah ratus. Yang paling best, penkek ini diperbuat 100% dengan blender dan masa penyediaan kurang daripada 4 minit!

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Highlighted


Bagi saya, apa yang buat resepi ini sangat best, adalah rempah yang kita masukkan – kulit kayu manis, halia, rempah ratus, dan buah pala.

Kalau anda nak sedapkan lagi, hias penkek anda dengan yogurt, taburan biji rami, bluberri, dan mungkin sedikit madu dan sirap maple. Untuk pagi yang sibuk, anda boleh ambil beberapa keping daripada peti sejuk, dan panaskan dalam pembakar roti.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Bahan-Bahan

1 cawan oat kering
1 pisang masak
1 telur
1/2 cawan susu badam (atau susu pilihan anda)
1 sudu teh ekstrak vanilla
1 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1/2 sudu teh halia kering
1/4 sudu teh buah pala
1/4 sudu teh rempah-ratus
1 sudu teh serbuk penaik

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Cara-Cara

 

  1. Menggunakan blender berkelajuan tinggi, masukkan oat, pisang, telur, susu, ekstrak vanila, kulit kayu manis, halia, buah pala, dan rempah-ratus. Blend (perlahan) selama 10 saat, kikis tepi blender, dan blend (laju) selama 1-2 minit atau sehingga oat hancur sepenuhnya dan adunan rata. Tambahkan serbuk penaik dan blend (perlahan) selama 20 saat.
  2. Panaskan kuali di atas api sederhana dan sembur dengan spray masak, minyak zaitun, atau minyak kelapa. Tuangkan lebih kurang 1/4 cup cawan adunan penkek ke atas kuali dan masak sehingga adunan mengeluarkan bubble, terbalikkan dan masak selama 2 minit lagi. Ulang sehingga adunan habis.
  3. Jika adunan menjadi terlalu pekat sementara menunggu, tambahkan 1 sudu susu ke dalam adunan, dan blend konsistensi yang bersesuaian terhasil.

Hasil : 7 – 4″ pancakes
Penyimpanan : Simpan di dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk selama 1 minggu atau peti ais selama 2 bulan. Panaskan penkek beku di dalam microwave selama saat atau dengan pembakar roti.
Umur : Sesuai untuk bayi berusia 7+ bulan, kanak-kanak, dan orang dewasa.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Artikel ini dipetik daripada Baby Foode.