Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Penkek Cincin Epal

stack of apple ring pancakes on a plate drizzled with maple syrup

Bahan-Bahan

  • 2 epal besar yang tengahnya dibuang, dan dipotong halus kepada 10 keping
  • 1 sudu jus lemon
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 7 1/2 sudu teh gula
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh soda penaik
  • 1 cawan tepung
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 telur
  • 2 sudu mentega, dicairkan, dan untuk memasak
  • 1 sudu teh vanilla
  • 1 cawan mentega susu
  • 1/2 sudu teh hirisan kulit lemon

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

 

Cara-Cara

Di dalam mangkuk bersaiz sederhana, toskan kepingan epal dengan jus lemon, kemudian taburkan 3 sudu teh gula dan ½ sudu teh serbuk kulit kayu manis kedalam mangkuk.

Di dalam mangkuk bersaiz sederhana, campur bersama lebihan gula dan serbuk kulit kayu manis dengan serbuk penaik, soda penaik, tepung, dan garam. Di dalam mangkuk lain, campur bersama baki bahan-bahan yang lain. Tambahkan campuran tepung dan kacau menjadi adunan berketul.

Di dalam kuali besar di atas api sederhana, cairkan ½ sudu teh mentega. Sapukan adunan ke atas kepingan epal, biarkan lebihan jatuh ke dalam mangkuk (cara sapuan ini dpat mengelakkan kepingan epal daripada terpatah). Tuangkan penkek ke atas kuali, kemudian ulang dengan 2 keping epal lagi.

Masak penkek sehingga kedua-dua bahagian bertukar perang-keperangan, lebih kurang 5 minit setiap bahagian. Masak baki kepingan epal, tambah mentega ke atas kuali jika perlu. Hidang serta-merta.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Artikel dipetik daripada Parents.com.