Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Penkek Oatmeal Yogurt Bluberri (bebas gluten, tinggi protein!)

Bluberry pancakes on a skillet

Sarapan pagi kegemaran saya selalunya tinggi dengan sodium. Saya telah mencari resepi yang rendah sodium, tetapi masih mengenyangkan. Yogurt Greek adalah salah satu makanan yang sedap, sihat, dan mengenyangkan!Highlighted


Saya gunakan Siggi’s yogurt di dalam resepi saya. Pada pendapat saya, yogurt ini lebih kurang sama dengan yogurt Greek, tapi tanpa gula tambahan. Saya suka yogurt ini kerana yogurt ini tidak semanis yogurt buah yang lain.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Tahu tak apa lagi trick yang saya suka? Tukarkan cip coklat dengan bluberri.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Penkek sihat yang dibuat menggunakan blender dengan oatmeal, yogurt, pisang, dan telur! Senang untuk dibuat, mengenyangkan, dan tinggi dengan protein!

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 cawan oat bebas gluten
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1 bekas (5.3 oz) siggi’s blueberry atau yogurt kacang vanilla
  • 1/2 pisang separa masak
  • 1 telur
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • 1/3 cawan bluberri segar atau beku, tambah untuk topping

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

CARA-CARA

  1. Masukkan semua bahan kecuali bluberri ke dalam blender; blend sehingga rata. Anda mungkin perlu menambahkan 1 sudu teh atau 2 sudu teh susu badam jika adunan terlalu pekat. Ketepikan adunan untuk beberapa minit supaya adunan pekat. Jika adunan terlalu cair, tambah sedikit oat dan blend lagi.
  2. Sapukan kuali dengan mentega di atas api sederhana. Tuang adunan sebanyak ¼ cawan ke dalam kuali. Tambahkan beberapa bluberri di atas. Masak sehingga adunan berbuih. Terbalikkan penkek dan masak sehingga keperang-perangan. Lap kuali hingga bersih dan ulang dengan langkah pertama iaitu menyapukan kuali dengan mentega, kemudian masak adunan. Cukup untuk menghasilkan 4 penkek.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

 

Artikel dipetik daripada Ambitious Kitchen.