Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Penkek Pisang Peanut Butter dan Jelly

PB&J Pancake

Orang dewasa juga akan terliur dengan resipi penkek ini.

Jumlah Masa: 0:20
Penyediaan: 0:20
Tahap: Senang
Hasil: 12 keping 4 inci penkek
Hidangan: 4

BAHAN-BAHAN

1½ cawan tepung serbaguna
¼ cawan gula pasir
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda penaik
½ sudu teh garam
2 biji telur
½ cawan mentega kacang
1 cawan susu penuh
1 pisang
½ cawan jem strawberri
2 sudu besar air

CARA PENYEDIAAN

Kacau tepung bersama gula, serbuk penaik, soda penaik, dan garam.

Di dalam mangkuk lain, kacau telur dan mentega kacang hingga sebati, kemudian campurkan susu. Campurkan campuran susu dengan campuran tepung, dan kacau sehingga sebati sepenuhnya (jangan risau jika masih ada beberapa ketulan). Kemudian masukkan pisang yang dipotong kecil kedalam adunan.

Panaskan kuali tidak melekat di atas api sederhana. Periksa jika kuali sudah cukup panas dengan memercikkan air ke atas kuali – setelah titisan air hilang sepenuhnya, tuangkan ¼ cawan adunan ke dalam kuali.

Masak penkek sehingga buih mula timbul di sekeliling dan di tengah, lebih kurang 1 ke 2 minit. Lihat bahagian bawah penkek, jika warna sudah berubah keperang-perangan, terbalikkan.

Masak penkek 1 minit lagi, pastikan bahagian bawah sudah berwana keperang-perangan. Alihkan ke dalam pinggan, dan ulang cara yang sama untuk baki adunan (jika penkek melekat, lap kuali dengan 1 sudu teh minyak canola sebelum memasukkan adunan).

Di dalam kuali kecil, kacau bersama jem dan 2 sudu besar air. Letakkan di atas api sederhana (tambah air jika jem terlalu pekat). Hidang bersama penkek dengan tambahan pisang.

 

Resipi ini dipetik daripada Woman’s Day.