Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Khas Untuk Keluarga Mommy! Ibu Ini Kongsikan Betapa Pentingnya Besarkan Anak-Anak Dalam Keadaan Ceria & Sihat

Puas dah cuba untuk ceriakan anak-anak tetapi tak ada satu pun yang jadi? Mungkin cara-cara itu tidak menjadi, tetapi tidak mengapa Mommy!

Hari ini seorang ibu, Puan Safinas Saberan kongsikan tipsnya melalui Facebook, mengapa pentingnya membesarkan anak-anak daam keadaan ceria dan sihat.

Banyak faktor yang menyebabkan keluarga tidak dalam keadaan bahagia ataupun terlalu stres dengan kerja-kerja lain.

Semua itu normal Mommy, yang penting kita cuba untuk menjadi lebih prihatin dan produktif untuk anak-anak kita!

Nak tahu lebih lanjur tentang tips ini? Jom kita baca di bawah~

Yang Paling Berharga Adalah Keluarga Bahagia 

Highlighted


Sediakah anda untuk tips #MommySafTips pada hari ini?

Sebelum tu, Saf minta maaf sebab lama tak share tips. sebabnya Saf busy sangat dengan kerja hakiki (Social Media Influencer) Bulan Januari ni banyak job review masuk, Alhamdulillah.

Si Abang Josseff Edryan pula busy dengan sekolah, belum lagi nak uruskan Home Schooling si Adik Jacob Edruce.

Sambil-sambil tu business MommyHana of course tak lupa. lagipun sekarang ada Surprise Sales 

Simple jer #MommySafTips today iaitu:

3 Petua Penting Untuk Membesarkan Anak Ceria dan Sihat

#1 Menjadi Ibu Bapa Yang Bahagia 

Start dari Ibu Ayah dulu, jika kita as a parents asyik sedih, monyok, negative… rasanya anak-anak akan happy tak?

Of course tak kan. As a parent, of course sometimes kita happy, ada masa kita sedih and its normal tapi tak kan kita nak tunjuk sedih 24 jam dekat anak kita.

If kita down, anak lagi down. so cepat-cepat positivekan diri for the sake of your children. If you still rasa down, please seek for help ya, kesian kat anak-anak.

#2 Persekitaran Yang Gembira

Tak kisah lah if just duduk rumah, wujudkan persekitaran yang gembira untuk anak-anak membesar.

Pastikan ada buku, mainan, makanan sedap dan aktiviti menarik untuk anak-anak tersayang.

Ia patut datang dalam pelbagai rupa yang buat anak rasa seronok and macam Saf, kalau boleh Saf nak anak keluar bermain dekat padang permainan, main tanah/lumpur semua tu tapi time pandemic ni Saf risau sikit.

#3 Luangkan Masa Bersama Anak-Anak

6 tahun pertama adalah sangat penting sebab otak anak-anak berkembang laju masa ni dan guru terbaik adalah kita, Ibu bapa.

Lihat mata mereka, wujudkan hubungan, jalinkan ikatan itu dengan anak-anak anda. Anak-anak Saf memang paling gembira lah kalau Saf tumpukan 100% perhatian dekat diaorang.

Min cadangkan Mommy cuba untuk sentiasa lakukan pelbagai aktiviti bersama anak-anak seperti aktiviti menulis atau messy play (jika bayi kecil).

Dan saya dapat melihat bagaimana dengan meluangkan masa bersama anak-anak anda akan menjadikan mereka gembira dan sihat dari segi emosi, mental dan fizikal!

Salam Sayang Dari MommySaf .

Yang Ingin Membantu Ibu Ayah Untuk Mendapatkan Anak Soleh dan Solehah di Serata Dunia 

Terima kasih Mommy Saf dengan petua-petua yang telah diberi untuk membesarkan anak-anak dalam keadaan ceria dan sihat.

Harap-harap perkongsian daripada Mommy Saf boleh membantu Mommy serba sedikit! Kadang-kadang kita sudah tahu semua ini tetapi perlukan peringatan, betul tak Mommy?

Semoga cemerlang dan selamat mencuba!