Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Penutup Pantang Melalui 3 Kaedah Rawatan Terbaik – Bantu Mommy Kekal Awet Muda

penutup pantang

Kredit gambar: www.miszrockers.com

Akhirnya hari yang dinanti-nantikan oleh mommy hampir tiba ke penghujungnya, penutup pantang! 44
hari menahan selera makan dan minum, tidak keluar rumah dan perlu menjalani tempoh yang mencabar mental dan fizikal Mommy.

Sebab apa perlunya penutup pantang? Jika ada pembuka pasti ada penutupnya bukan? Oleh itu, hari ini kita bawakan tajuk penutup pantang untuk panduan Mommy di luar sana.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui apakah itu penutup pantang, keperluan dan kepentingan serta cara-caranya. Jom lihat!

Apa Itu Penutup Pantang?

Highlighted

Kredit gambar: suri.makchic.com

Penutup pantang ialah penamat kepada rawatan berpantang menggunakan ritual dan teknik rawatan tertentu. Ianyanya berbeza mengikut bidan (confinement lady) yang menjaga dan merawat Mommy. Penutup pantang ini adalah sesi terakhir di dalam sesi penjagaan berpantang Mommy.

Selalunya, penutup pantang ini dilakukan pada hari ke 40 hingga hari 44. Penutup pantang ini telah menjadi amalan dalam masyarakat Melayu kerana telah diamalkan sejak dari zaman nenek moyang kita.

Kepentingan Penutup Pantang

Mesti mommy tertanya-tanya kenapa perlu buat amalan penutup selesai berpantang ini? Antara sebab kenapa perlu buat amalan penutup ini adalah:

  • Mengelakkan dari tubuh dimasuki angin.
  • Membantu untuk mengembalikan kecantikan tubuh badan yang mana fokus rawatan tertumpu pada bahagian pengurusan badan, vagina, payudara dan punggung.
  • Rawatan yang lengkap membantu untuk mengembalikan keyakinan terhadap penampilan Mommy.
  • Merawat aura negatif semasa tempoh berpantang yang masuk ke dalam tubuh melalui masalah kesihatan Mommy dan bayi serta tumpangan sihir.
  • Bidan akan membantu Mommy untuk memeriksa samada rahim telah kecut atau tidak. Jika tidak Mommy sendiri tidak tahu keadaan rahim Mommy ketika itu.

Rawatan Penutup Pantang

Kredit gambar: www.hmetro.com.my

Bagi rawatan pula, terdapat beberapa rawatan yang akan dijalankan semasa amalan penutup ketika berpantang ini. Rawatan-rawatan yang dijalankan ini lebih memfokuskan kepada mencantikkan semula tubuh badan Mommy. Antaranya rawatan-rawatan tersebut ialah:

Rawatan vagina

  • Rawatan yang melibatkan kaedah bertangas basah, bertangas kering, masker, urutan peranakan dan organ sulit Mommy. Penggunaan herba juga akan digunakan untuk membantu masalah otot vagina yang longgar kerana proses bersalin. Rawatan ini turut melibatkan kaedah urutan yang mana akan menfokuskan kepada titik masalah batin bagi mengelakkan masalah mati putik.

Rawatan payudara

  • Bertujuan untuk memperbanyakkan susu Mommy. Namun, Mommy harus repeat semula rawatan ini selepas Mommy tidak lagi menyusu bagi mengembalikan semula keanjalan otot payudara.

Rawatan punggung

  • Bertujuan untuk merawat semula tulang punggung yang terbuka kesan dari proses bersalin. Bidan atau confinement lady juga mungkin akan menggunakan scrub dan masker bagi mengembalikan semula ketegangan otot punggung dan menjadikannya lebih putih dan bersih.

3 Kaedah Penutup Pantang

Kredit gambar: www.mamacare.my

Berbeza dengan bidan-bidan dahulu yang menggunakan 3 kaedah seperti di bawah sebagai kaedah bagi amalan penutup mereka. Namun kini, kaedah-kaedah ini sudah jarang digunakan dan digantikan kaedah yang lebih moden tetapi masih mengekalkan tujuan yang lebih kurang sama.

3 kaedah yang digunakan oleh bidan-bidan dahulu ialah:

#1. Benang mentah akan menggunakan 1 tali atau benang panjang yang dicantumkan. Kemudian, tali atau benang tersebut dibawa masuk bermula dari kepala sehinggalah ke kaki Mommy. Ini bertujuan untuk membuang semua anasir buruk (bad energy) yang ada pada ibu.

#2. Kain batik lepas pula ialah kaedah yang menggunakan kain batik yang belum dijahit. Kain batik ini akan dihadiahkan kepada bidan selepas selesai rawatan. Caranya adalah dengan melalukan kain batik tersebut di atas kepala ibu kemudiannya turun ke badan dan kaki Mommy.

#3. Mandian herba pelepasan pantang ini masih diamalkan oleh kebanyakan bidan sekarang. Ianya bertujuan untuk menaikkan seri wajah Mommy apabila anasir negatif keluar dari badan. Caranya ialah bidan akan memandikan Mommy sendiri bermula dari kepala hingga ke kaki.

Kelebihan Penutup Pantang

Kredit gambar: www.miszrockers.com

Banyak kelebihan buat Mommy yang melakukan penutup pantang ini. Antara kelebihan tersebut adalah:

  • Mengelakkan angin memasuki badan
  • Menaikkan seri wajah Mommy
  • Dapat mengembalikan kecantikan tubuh badan Mommy
  • Mengembalikan tenaga dan keyakinan Mommy
  • Merawat aura negatif Mommy semasa tempoh berpantang
  • Dapat tahu keadaan rahim samada telah mengecut dan kembali ke tempat asalnya atau sebaliknya.

Kesan Skip Penutup Pantang

Tapi kalau tak buat ada kesan atau tidak? Berikut adalah kesan sekiranya Mommy skip amalan ini:

  • Mudah berasa penat dan kelihatan pucat dan lesu.
  • Tubuh Mommyy mudah dimasuki oleh anasir negatif.
  • Menjejaskan hubungan suami isteri (seks).
  • Fizikal Mommy tidak dapat dikembalikan seperti asal. Contohnya, perut buncit selepas bersalin.
  • Mommy tidak yakin dengan penampilan diri sendiri.

Semoga dengan perkongsian ini memberi gambaran lebih jelas berkenaan dengan amalan berpantang ini. Selamat membaca!


Dapatkan pelbagai lagi info menarik mengenai kesihatan, kehamilan dan tips keibubapaan yang lain di SINI!