Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Awas! Ini Adalah Penyakit Akibat Daripada Air Kotor Banjir: Panduan Kesihatan Seisi Keluarga

Kredit gambar: Berita Harian

Menjelang musim banjir, terdapat pelbagai penyakit akan berlaku jika kita tidak berhati-hati dan menjaga kesihatan kita. Kita haruslah berwaspada dengan penyakit yang berleluasa serta wujud akibat daripada air kotor banjir yang mungkin boleh memudaratkan kesihatan kita semua.

Doktor, pengasas dan pengerusi @MedTweetMY di Twitter, Dr Khairul Hafidz sedia menjawab soalan berkaitan kesihatan kepada netizen yang curious dan mahukan maklumat lanjut.

Berikut adalah perkongsian Dr Khairul di bebenang Twitter beliau:

Mencegah Penyakit Akibat Daripada Air Kotor Banjir

Salah satu penyakit yang biasa berjangkit selepas banjir adalah penyakit berjangkit bawaan air (water borne diseases). Salah satu penyakit tersebut adalah leptospirosis (kencing tikus). Boleh baca infografik di bawah.

Leptospirosis

Highlighted

Kredit gambar: KKM

Selain dari kencing tikus, penyakit-penyakit bawaan air lain adalah kolera (taun), demam tifoid (kapialu), Hepatitis A, cirit birit, giardiasis, botulism dan lain-lain.

Persiapan Semasa Banjir

Kredit gambar: KKM

Di bawah ini adalah infografik mengenai kolera (taun).

Kolera (Taun)

Kredit gambar: KKM

Demam tifoid boleh terjadi jika kita mengambil bekalan air yang tidak bersih, atau air bersih dicemari oleh air banjir mengandungi bakteria S. typhii.

Demam Kepialu (Tifoid)

Kredit gambar: KKM

Keselamatan Pemakanan Semasa Banjir

Selain itu, kita juga perlu berhati-hati dengan makanan pasca banjir kerana terdapat pelbagai penyakit merbahaya yang mungkin mudah untuk kita jangkiti.

Selain dari penyakit bawaan air (water-borne diseases) dan penyakit bawaan vektor sewaktu banjir, penyakit bawaan makanan (food-borne diseases) juga perlu diambil perhatian. Berikut adalah 10 tip keselamatan makanan semasa banjir.

10 Tips Keselamatan Makanan Semasa Banjir

Kredit gambar: KKM

Keracunan makanan adalah penyakit yang sering terjadi sering terjadi sewaktu banjir. Ianya terjadi akibat pengambilan makanan yang tercemar. Infografik di bawah menjelaskan mengenai keracunan makanan.

Keracunan Makanan

Kredit gambar: KKM

Adalah penting untuk membuat langkah pencegahan untuk memastikan makanan yang kita makan tidak dicemari tidak kira di PPS atau apabila sudah pulang ke rumah. Basuh sayuran & bahan masakan dengan air yang bersih serta masak dengan sempurna. Makanan terhidang tak boleh terlalu lama.

Semoga semua mangsa banjir dihindari daripada penyakit-penyakit bawaan makanan. Stay safe all.

Kredit: Twitter Dr Khairul Hafidz

Terbaik! Terima kasih Dr Khairul atas perkongsian ini. Panduan khas untuk musim banjir ini adalah sangat dihargai. Kita perlu menjaga antara satu sama lain dalam masa yang sukar ini. Pendek kata, sentiasa jaga kebersihan semasa membuat pembersihan rumah supaya tidak attract apa-apa penyakit yang merbahaya.

Semoga panduan ini membantu Mommy dan Daddy untuk lebih berwaspada dengan penyakit disebabkan air kotor banjir.

Peringatan untuk Mommy, sekiranya anda berasa tidak sihat, segera ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan segera.