Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Perhatian Mommy: 4 Penyakit Yang Sedang Aktif Menyerang Secara Mendadak Sejak Akhir-akhir Ini

Kredit gambar: The New York Times

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kenaikan kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) yang meningkat berkali ganda di Malaysia. Di Terengganu sahaja sebanyak 782 kes dilaporkan di Terengganu setakat 7 Mei lepas. World Health Organization (WHO) juga menunjukkan kebimbangan dengan kenaikkan kes ‘Acute Hepatitis’ yang semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak.

Kenaikan Beberapa Penyakit Yang Membimbangkan

Menerusi akaun media sosial Twitter, Dr Rashdan, Pakar Kanak-kanak dan Pakar Pediatrik Endokrin, Kementerian Kesihatan Malaysia kongsikan apa penyakit semakin meningkat naik di Malaysia.

Dr Rashdan memberi peringatan untuk berjaga-jaga dengan penyakit-penyakit seperti ini:

  1. MIS-C (post COVID-19)
  2. HFMD
  3. RSV pneumonia/bronchiolitis
  4. Acute hepatitis

Ini adalah penyakit-penyakit yang menjadi kebimbangan dalam kalangan anak-anak kita, sekarang Mommy!

Menurut Dr Rashdan, kes untuk penyakit 1 hingga 3, sedang naik mendadak. Untuk penyakit nombor 4, ia adalah penyakit baru yang menjadi kebimbangan oleh WHO.

1. MIS-C / Virus Kawasaki

Highlighted


Ciri-ciri MIS-C adalah:

  • demam yang berpanjangan
  • bintik merah
  • mata merah
  • mulut dan bibir yang amat kering
  • bengkak pada kelenjar limfa
  • bengkak pada tangan/kaki
  • tiba-tiba tak sihat, sangat sakit
  • keletihan/tidak aktif
  • tidak bertindak balas dengan ubat demam dan antibiotik

Jika anak Mommy mempunyai gejala-gejala ini, cepat-cepat bawa mereka ke hospital!

2. Demam HFMD (Hand, Foot, Mouth Disease)

Bagi penyakit kaki, tangan dan mulut pula, Mommy harus berwaspada dengan tanda-tanda seperti:

  • ruam (pustules) di tangan & kaki
  • ulser mulut
  • tidak minum & makan banyak
  • dehidrasi
  • palpitasi (karditis mungkin berlaku)

Penyakit ini sedang pantas menular dan kes penyakit ini semakin meningkat. Diingatkan untuk Mommy agar sentiasa amalkan kebersihan sepanjang masa!

3. RSV (Respiratory syncytial virus) pneumonia/bronchiolitis

Penyakit pneumonia biasanya menjejaskan paru-paru, dan sistem pernafasan menurut Dr Rashdan. Mommy harus berikan lebih perhatian kepada gejala-gejala ini:

  • demam
  • pernafasan cepat
  • pernafasan yang bising
  • menarik dada
  • kesukaran bernafas
  • kepenatan
  • tidak aktif
  • ketepuan oksigen mungkin menurun

4. Hepatitis

Kredit gambar: The New York Times

Gejala penyakit hepatitis atau radang hati adalah seperti:

  • jaundis (perubahan warna kekuningan mata/kulit)
  • muntah-muntah
  • air kencing berwarna gelap
  • kepenatan
  • tidak aktif
  • kurang selera makan
  • nampak sakit

Mommy harus take note! Menurut Berita Harian, terdapat kes di Sabah yang melibatkan seorang kanak-kanak berumur 4 tahun yang di kenal pasti “Hepatitis Akut yang Tidak Diketahui Penyebabnya”. Awas Mommy!

Untuk baca dengan lebih lanjut, boleh klik pada pautan dibawah.

Risau betul dengan keadaan sekarang dengan macam-macam penyakit yang berleluasa. Kini, Mommy boleh menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mengenalpasti tempat-tempat yang berisiko tinggi di sekitar kawasan Mommy. MySejahtera kini mempunyai ciri yang menunjukkan kadar jangkitan penyakit demam denggi, rabies (penyakit anjing gila) HFMD dan demam campak.

Kredit gambar: Twitter @KKMPutrajaya

Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat kepada Mommy. Apa yang penting adalah pencegahan. Jaga kesihatan seisi keluarga setiap hari dan jangan lupa untuk mengambil pemakanan yang seimbang dan sihat.

Sekiranya anak-anak atau ahli keluarga menunjukkan gejala-gejala di atas, segera bawa mereka untuk mendapatkan rawatan pakar.


Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mommy mengundi jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mommy di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!