Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Awas Mommy! Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD) Meningkat Secara Mendadak Di Malaysia

Kredit gambar: Malay Mail

Baru-baru ini, terdapat kenaikan mendadak kes penyakit tangan, kaki dan mulut di Malaysia. Penyakit tersebut atau lebih dikenali sebagai Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD), dilaporkan telah meningkat sehingga 22,463 kes di seluruh Malaysia.

Lebih merisaukan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut menyatakan bahawa kes ini menunjukkan peningkatan sehingga 12.8 kali ganda berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021, hampir di setiap negeri di Malaysia: meningkat sehingga hampir 1,000 peratus di Melaka, 8.4 kali ganda di Pulau Pinang, 47% di Kedah dan lebih 700% di Terengganu (setakat artikel ini diterbitkan).

Highlighted

Kredit gambar: Malay Mail

Dr Noor Hisham berkata

HFMD kebanyakannya dijangkiti kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah, dengan 21,508 kes, diikuti 729 kes membabitkan mereka berumur tujuh hingga 12 tahun dengan selebihnya membabitkan kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke atas.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan fakta menarik mengenai penyakit HFMD ini, jom ikuti perkongsian seorang Pakar Dermatologi & Pensyarah Kanan Klinikal di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), Dr. Wan Syazween Lyana dan apakah yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab?

Apakah Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)

HFMD disebabkan oleh jangkitan enterovirus. Cara ia tersebar mmg mudah; cecair dari hidung (hidung), kerongkong, air liur, air dari lepuh kulit (blisters) malah dari najis sekalipun. Selalunya, minggu pertama yang seseorang tu sangat mudah berjangkit dengan orang lain.

Gejala-gejala HFMD

  • Bintik-bintik merah/lepuh-lepuh (small blisters) dekat tangan/kaki
  • Ulcer dalam mulut yang sakit sampai kanak-kanak tidak mahu makan/minum.
  • Demam, letih, mata merah, sakit kepala, sakit perut dan cirit-birit.

Dr Syazween juga menyatakan bahawa selalunya HFMD tidak berbahaya. Ia mengambil masa seminggu untuk pulih. Yang bahayanya, ia boleh menjadi kes yang teruk seperti:

  • jangkitan kuman otak (meningitis/encephalitis)
  • jantung/paru-paru (neurogenic pulmonary edema & myocarditis)

Untuk pengetahuan Mommy, orang dewasa, tua dan ibu mengandung pun boleh dijangkiti penyakit ini. Awas ya!

Rawatan Untuk HFMD

Dalam kes biasa, rawatan is more towards untuk kurangkan gejala seperti ubat demam dan rehat. Jangan bagi antibiotik! Ini virus, bukan bakteria. Untuk ulcer yang sangat sakit, kita galakkan parents untuk bagi air secukupnya supaya mereka tidak kering (dehydrated).

Oleh itu, Mommy perlu lebihkan makan makanan sejuk dan lembut seperti ice-cream, pudding, yoghurt supaya lebih mudah untuk kanak-kanak hadam, dan elakkan makanan panas atau pedas. Ini adalah masa untuk memanjakan anak-anak dan beri apa yang mereka inginkan.

Jangan Sebarkan Dekat Orang Lain!

Dr Syazween juga mengingatkan, selain merawat, ia adalah sangat penting untuk ibu bapa mengamalkan pencegahan. Terdapat beberapa tips yang dikongsi oleh Dr Syazween untuk mencegah HFMD daripada tersebar ke orang lain.

Jika anak Mommy sudah besar, boleh ajarkan mereka sekali:

  1. Kerapkan cuci tangan dengan air & sabun. Keringkan tangan guna kain tisu yg boleh dibuang terus. Jangan simpan buat kenangan.
  2. Jika tiada air berdekatan, boleh gunakan hand sanitizer (>60% alcohol). Lebih elok, cuba gunakan air dan sabun.
  3. Bila batuk or bersin, sila sopankan diri dan tutup hidung dan mulut. Jangan nganga luas-luas macam mulut abang buaya.
  4. Cuci betul-betul meja makan, perkakas makanan, permainan dan apa-apa yang kanak-kanak tersebut pegang dengan sabun pencuci (detergent). Jangan kongsi-kongsi dengan orang lain. Lampin bayi pun sila buang dekat tempat yang betul. Jangan bersepah.
  5. Pakaian dan cadar/selimut/sarung bantal yang terkena cecair dari kanak-kanak tersebut, boleh dicuci guna air panas. Pastikan cuci barang-barang ni ya dengan air panas, bukan pegi cuci kanak-kanak tu.
  6. Kalau kanak-kanak ada HFMD, sila jangan pentingkan diri sendiri dan hantar mereka ke taska, taman permainan atau taman rekreasi. 
Kredit gambar: Twitter @DrSyazween

Bila Mommy Perlu ke Hospital? 

Berikut merupakan tanda-tanda yang Mommy harus berikan lebih perhatian dan harus segera membawa anak yang dijangkiti ke hospital untuk mendapatkan rawatan:

  1. Bila anak Mommy tidak makan/minum. Pampers jadi ringan. Dan kencing jarang.
  2. Anak Mommy nampak makin sakit.
  3. Demam panas yang berpanjangan dan tak kebah >48 jam.
  4. Jadi lesu, tarik (seizure), separa sedar (drowsy).

Semak Kawasan Anda Melaui ‘Hotspot Tracker’ 

Mommy dinasihatkan untuk berwaspada dan jaga kebersihan dan kesihatan anak-anak. Jika anak Mommy dijangkiti, pastikan dia mendapatkan rawatan yang sebetulnya dan elakkan daripada mengjangkiti orang lain.

Kredit gambar: Twitter @KKMPutrajaya

Mommy juga boleh semak kawasan yang terdapat jangkitan HFMD melalui aplikasi MySejahtera. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah kemaskini ciri baru di aplikasi MySejahtera, dengan memperkenalkan fungsi Pengesan Penyakit Berjangkit untuk melihat jumlah kes aktif penyakit berjangkit seperti Rabies (penyakit anjing gila), HFMD, demam campak & denggi di kawasan berdekatan. 

Sama-sama kita menjaga keselamatan dan kesihatan anak-anak kita. Jaga diri!

Kredit: Twitter Dr. Wan Syazween Lyana & Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia