Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Tips Penyusuan Bayi Semasa Menaiki Kapal Terbang. Apa Yang Mommy Harus Mommy Take Note

Setelah pembukaan sektor pelancongan dibuka untuk orang ramai melancong di dalam ataupun luar negara, mesti banyak persiapan yang harus dilakukan terutamanya untuk Mommy yang ada anak kecil.

Terpaksa kita membuat checklist supaya kita tidak lupa dengan barang-barang keperluan kita.

Bagi yang ingin berjalan jauh dan perlu menggunakan kenderaan di udara seperti kapal terbang, pasti Mommy risau fikirkan cara menyusu dan kualiti susu tersebut, serta kemungkinan yang akan berlaku apabila travel bersama dengan si kecil.

Berikut merupakan beberapa tips yang boleh digunakan sebagai panduan Mommy (dan Daddy) sekiranya semasa dalam penerbangan bersama anak kecil yang dikongsikan Puan Nazerah Zaher.

Jom kita baca sama-sama.

Bayi Yang Masih Menyusu: “Susu sebelum terlambat!”

Highlighted


  1. Bagi bayi minum susu semasa berlepas dan mendarat.
  2. Walaupun bayi tidur, bagi juga minum supaya bayi telan air liur supaya tekanan dapat dikurangkan.
  3. Jangan tunggu sehingga bayi menangis baru nak bagi susu.

Haa, ingat tu Mommy! Mommy perlu mengambil berat tentang perkara ini yang telah disenaraikan di atas. Tetapi boleh ke kita bawa cecair dalam penerbangan?

Jika Mommy rungsing dan keliru mengenai membawa cecair semasa dalam penerbangan, berikut merupakan beberapa tips yang Mommy boleh cuba yang dikongsikan Puan Siti.

Boleh ke bawa susu EBM semasa dalam kapal terbang? 

“Saya asal Sabah dan berpantang dan cuti bersalin di rumah suami di Taiping, macam mana ye saya nak simpan susu bawak balik ke Sabah sebab saya bekerja dan kerja di Sabah. Tolong saya ya akak, macam mana saya nak bawa susu yang saya dah simpan bawa balik ke Sabah..“

Sarah, 28 tahun

Soalan ni akak dapat dari seorang ibu muda berusia 28 tahun yg begitu bersemangat untuk fully breastfeeding anak beliau. Akak sangat puji sangat sikap macam ni. Walaupun nak kena travel naik flight bawak susu EBM nanti, tapi beliau tak anggap pun benda tu sebagai halangan untuk terus buat stok untuk si kecil tercinta.

Jadi, akak terfikir untuk tulis artikel berkenaan masalah ini dan akak kongsikan dengan semua mommies kat sini supaya mommies semua tak pening-pening lagi bila kena nak kena melancong atau outstation dan nak bawak susu EBM.

Ok, mesti ada mommies yg terfikir kan, kalau naik kereta, mungkin boleh urus lagi stok susu. Tapi kalau nak naik kapal terbang, boleh ke bawa stok susu naik penerbangan? Boleh ke pam susu dalam penerbangan? Tahan ke susu dalam kabin?

Ok mommies, untuk bawa EBM naik kapal terbang, akak cadangkan mommies check perkara-perkara berikut:

#1 Sahkan dahulu dengan pihak penerbangan.

Isytiharkan susu anda supaya ia tidak di ambil sewenang-wenangnya. Kalau MAS boleh lenggang kangkung bawa dalam luggage atau ‘hand carry’ bawa. Kalau penerbangan lain seperti Korean Airlines, anda perlu isytihar sebagai ‘liquid medication’, dan boleh bawa dalam bagasi.

Untuk kapal terbang lain, akak minta mommies luangkan sedikit masa untuk hubungi pihak penerbangan untuk dapatkan pengesahan mengenai stok susu yang bakal kita bawa.

#2 Sediakan satu beg hand carry untuk pam susu dan simpan stok susu yang di pam.

Beg khas ni penting supaya kita tak kelam kabut nak cari aksesori pam bila dalam penerbangan. Dan tak perlu segan silu nak pam susu dalam penerbangan, kita dah bayar kan seat tu. Tapi ingat! Aurat kene jaga ya. Kalau boleh bawa ‘nursing cover’ atau boleh pam sambil tutup dengan shawl.

Beg simpan stok susu pula make sure dilengkapkan dengan ‘ice pack/gel pack’ supaya susu kekal sejuk.

#3 Dapatkan cooler bag yang berkualiti.

Beg penyejuk ni tujuannya untuk memastikan susu kekal sejuk walaupun duduk dalam kabin.

#4 Eksperimen keadaan susu.

Maksudnya, sebelum hari kejadian tu, cuba buat eksperimen terhadap susu kita. Contoh, kita plan nak simpan stok susu yang telah diperah nanti, di dalam kabin. Jadi cuba simpan stok tersebut dalam ‘cooler box’ atau beg penyejuk. Stok susu dibalut dengan tuala dan ‘gel pack’.

Biarkan selama 5 jam atau 18 jam (bergantung kepada anggaran tempoh penerbangan kita, sampai lapangan terbang dan perjalanan pulang ke rumah nanti). Perhatikan, cara macam mana yang boleh mengekalkan susu beku.

#5 Jika outstation kurang dari 5 hari.

Tak perlu bekukan susu kalau kurang dari 5 hari sebab nanti bila sudah sampai ke destinasi, payah pulak nak pastikan susu beku kekal beku. Lagipun susu beku kalau dah mencair, kita tak boleh bekukan semula.

Semoga tips yang akak kongsikan ni, dapat membantu mommies yg tengah runsing nak bawa EBM naik kapal terbang. Moga dipermudahkan segala urusan mommies ye. 

Macam-macam perlu siapkan untuk bayi kita kan Mommy? Harap tips yang dikongsikan oleh Puan Nazerah dan Puan Siti dapat membantu Mommy dengan rancangan melancong Mommy. Semestinya banyak barang untuk dikemaskan dengan keperluan bayi dan juga keperluan Mommy.

Selamat mencuba~

Kredit: Tiktok Nazerah Zaher & Facebook Siti 


Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mommy vote jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mommy di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!