Dua tahun selepas kejadian tersebut, kematian suami Sheryl Sandberg yang mengejut, eksekutif Facebook itu belajar untuk mengatasi kesedihannya — bagaimana kesedihan itu memberi kesan kepada anak kecilnya, kanak-kanak perempuan kecil berumur 7 tahun dan kanak-kanak berusia 10 tahun.
“Ketakutan terbesar saya ialah apabila kegembiraan anak-anak saya musnah akibat kehilangan,” tulisnya di karangan New York Times yang diambil dari buku barunya, Option B: Facing Adversity, Building Resilience, and Finding Joy. “Saya perlu tahu jika apa-apa terjadi, saya boleh membantu mereka melaluinya.”
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Dia duduk bersama anak-anaknya pada tengah hari itu, bersama papan poster yang besar, pen yang berwarna untuk menulis “peraturan keluarga” untuk mengingati mereka tentang mekanisma tahanan jika mereka perlukannya.
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Senarai yang mereka keluarkan yang masih tergantung di ruang tamu untuk dilihatnya setiap hari,” adalah:
- Boleh untuk merasa sedih dan berhenti untuk melakukan sesuatu untuk menangis.
- Tidak mengapa untuk gembira dan ketawa.
- Boleh untuk berasa marah dan cemburu dengan mereka yang masih mempunyai ayah.
- Bukanlah menjadi satu kesalahan untuk tidak bercakap tentang sesuatu perkara kepada seseorang.
- Bukanlah menjadi satu kesalahan untuk meminta pertolongan.
Walaupun peraturan mereka, khususnya peraturan yang ketiga, lebih khusus untuk keluarganya, mesej yang hendak disampaikan ini sangat luar biasa: “Mengingatkan kita bahawa perasaan kita juga penting dan kita tak bersendirian,” tulisnya.
Perkara lain yang Sandberg terapkan di rumah adalah tradisi yang di buat olehnya bersama mendiang suaminya di meja makan.
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
“Setiap seorang dari kami akan berkongsi saat-saat indah pada hari tersebut,” ujarnya. “Berikan anak anda sepenuh perhatian — sesuatu yang kita semua tahu bahawa ianya penting tetapi seringkali gagal membuatnya — ia adalah langkah untuk membina kemampuannya. Saya meneruskan tradisi ini bersama anak saya, dan sekarang kami juga berkongsi sesuatu yang membuatkan kami bersyukur untuk mengingatkan kita bahawa selepas kehilangan, masih ada sesuatu yang boleh di hargai lagi.”
Artikel ini dipetik dari SherylSandberg